BAB 41

2.4K 153 18
                                    

Syahran terus berjalan mendekati Akif yang sedang menunggunya di lobi bangunan itu. 

“Abang Kif,” panggil Syahran.

Akif bingkas bangun. “Ran.”

Wajah Akif masih lagi pucat memandangkan dia baharu sahaja keluar hospital. Sewaktu Akif menawarkan dirinya untuk berjumpa dengan Farihah, Amir dan Adam terus membantah. Mereka tahu kondisi badan Akif yang lemah itu. 

Syahran mengeluh.

Akif yang mendengar keluhan Syahran itu terus memegang bahu Syahran. 

“Don’t be like that. Abang okay je. Semua ni harus ditamatkan. Penantian kita selama ni akan berakhir. Farihah Inani akan tewas,” ucap Akif.

“Tapi, abang Kif still lemah,” kata Syahran.

Akif senyum tawar. “She promised to give the antidotes. So, I’ll be fine,” ujar Akif, perlahan.

“Tapi, abang tak percaya kan? Yang dia akan berikan antidotes tu?” soal Syahran.

Akif terdiam.

Syahran menghembus nafas kasar. Dia meramas-ramas rambutnya itu.

“Kita stop. Abang tak payah pergi,” kata Syahran, tiba-tiba. Dia terus melangkah menuju ke arah pintu keluar bangunan itu.

Akif terus pegang lengan Syahran. “No. Abang tetap akan pergi,” kata Akif.

Langkah Syahran terhenti. Dia terus pandang Akif yang pucat mukanya itu.

“Abang tetap dengan keputusan abang,” kata Akif, tegas.

Syahran mengeluh.

“Let him go, Ran. Dia tetap dengan keputusan dia,” tiba-tiba Tengku Hakimi menyampuk perbualan mereka. 

Syahran berkalih memandang Tengku Hakimi yang sedang berjalan mendekati mereka berdua. Kelihatan Amir dan Adam yang turut mengikut langkah Tengku Hakimi.

“You are here,” kata Syahran.

“Of course. We are brothers,” jawab Tengku Hakimi.

Syahran senyum. 

“Aku ikut kau, Ran. My men pun dah sedia untuk bantu selamatkan Amylia,” kata Adam.

Syahran pandang Adam meminta kepastian. 

Adam mengangguk. “We are ready. Aku dah arahkan orang-orang aku untuk follow your instruction.”

Syahran senyum. Dia tepuk bahu Adam. “Thanks, buddy. Nasib ada kau.”

Amir pegang lengan Akif lalu memerhati Akif yang lemah itu. “Kau yakin dengan keputusan kau?” 

Akif melemparkan senyuman kepada Amir. “Don’t worry. Semuanya akan baik-baik. But, just in case. Kalaulah aku tak kembali, kau tolong jagakan mak dengan ayah baik-baik. I’m not filial son to them.”

Wajah Amir berubah.

“Don’t say that. Kau tahu we are one. Without you, my life won’t complete. Kau adalah separuh nyawa aku,” kata Amir, tegas.

Akif ketawa. “Tak payah cheesy sangat. Kau ada Mira dengan anak kau. So, tak payah nak berdrama sangat.”

Amir pandang Akif, serius. “Akif Sufyan!”

Ketawa Akif terhenti. Dia pandang wajah adik kembarnya itu.

Amir genggam erat kedua-dua lengan abang kembarnya itu. “Kau adalah abang aku. My twin. Sejak kita lahir, kita tak pernah berpisah. Di mana ada kau, di situ ada aku. Masa kita study di UK dulu pun sama. Walaupun kita bukan satu course, we still together.”

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now