BAB 13

2.6K 181 3
                                    

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh," ucap Amylia sambil mengalihkan kepalanya ke kanan dan kirinya.

Dia mengeluh perlahan. Beberapa ayat lazim dan zikir dibacanya bagi menenangkan hatinya yang gundah itu. Amylia meraup-raup wajahnya dengan tangannya. Dia pejam matanya.

Masih terbayang-bayang lagi jenazah Syahira yang dilihatnya pagi tadi. Hatinya sakit apabila mengingatkan Syahira telah melalui pengalaman yang cukup mengerikan. Namun, dia tahu, apa yang berlaku itu adalah takdir Allah. Siapalah dia untuk menidakkan takdir itu.

Amylia menadah tangannya, meminta pengampunan daripada Allah, supaya dibersihkan hati daripada sifat buruk manusia.

"KAU yang maha mengetahui apa yang terbaik buatku, KAU berikan kekuatan kepadaku dalam menempuh segala dugaan yang KAU tetapkan. KAU lindungilah aku dan Syahran daripada sebarang malapetaka yang terhasil akibat hasad dengki manusia."

Setitik air matanya jatuh di pipinya. "KAU yang maha berkuasa, peliharalah aku dan orang-orang aku sayang daripada manusia-manusia yang berhati busuk. Aku mohon pada-Mu, tempatlah roh Syahira di tempat yang Engkau kasihi. Kau ampunkanlah segala dosa-dosanya," doa Syahira.

"Rabbana atina fiddunia hasanah, wa fil akhiratul hasanah, wa qina azab bannar. Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro. Subhanaana rabbika rabbil-'izzati amma yashifuun wa salamun 'alaikal-mursalin wal-hamdullillah rabbil-'alamin."

"Amin, amin ya rabbal a'lamin," ucap Amylia sambil meraup wajahnya yang basah dengan air matanya.

Perlahan-lahan, dia berbaring di atas sejadah. Dia membawa lututnya ke dadanya lalu memeluknya. Lama dia merengkot di atas sejadah. Matanya terpejam. Dia cuba melupakan semua kejadian buruk itu. Namun, pengalaman yang dialami itu tidak dapat dilupakan seumur hidupnya.

"Kuat Amylia Amanda. Kuat please. Jangan lemah sangat boleh," kata Amylia sambil menepuk-nepuk lembut pipinya.

Amylia terus bangun daripada pembaringannya. Dia menanggalkan kain telekung yang dipakainya lalu mengambil tempat di meja studinya. Di atas meja itu, beberapa kertas A4 putih berselerak di situ.

Kertas-kertas itu penuh dengan tulisannya, mencari klu pembunuh itu. 'Blue', klu yang diberikan oleh pembunuh itu ditulis dengan tulisan besar. Otaknya ligat memikirkan klu itu.

Warna biru selalunya dikaitkan dengan baju scrub pakar bedah dan warna itu sendiri menjadi warna rasmi fakulti perubatan universiti itu. Syahran sudah lama membuat kesimpulan tentang identiti pembunuh itu.

"Apa yang ada dengan warna biru ni?" kata Amylia sambil menggigit bibirnya.

"Apalah yang pembunuh ni nak?" ujar Amylia, geram dengan pembunuh yang membuatkan hidupnya sengsara itu.

Amylia kembali membaca beberapa buku yang sudah sedia terbuka di atas meja itu. Ada dapatan daripada bedah siasat jenazah Syahira yang buatkan dia membaca buku-buku itu. Beberapa keraguan timbul di benaknya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syahran duduk bersandar di mejanya sambil berpeluk tubuh. Dia pandang ke arah papan jernih yang penuh dengan contengan itu. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.

Tiba-tiba kepala Syahran berkalih memandang Lee yang duduk di sofa yang ada di pejabatnya.

"Kenapa?"

Lee angkat keningnya. "Kenapa apa?" soal Lee kembali.

Syahran menggelengkan kepalanya. Dia meneruskan kerjanya menulis di atas papan jernih itu. Dia memikirkan sesuatu dengan khusyuk.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now