BAB 28

2.8K 163 34
                                    

Seorang perempuan melangkah masuk ke dalam bilik yang dipenuhi oleh bekas-bekas kaca itu. Dia pandang sekelilingnya itu.

Kemudian, dia mengambil satu bekas kaca yang tertulis satu nama. Dia memandang ke dalam bekas kaca yang berisi cecair formalin. Jari jemarinya mengelus kaca yang menampakkan organ dalaman manusia itu.

“Kau takkan sempurna, kak Maya. Abang Akif akan tetap jadi milik aku juga,” kata wanita itu.

Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka kasar dari luar. Wanita itu terus memandang ke arah pintu bilik itu.

“Kau dah balik Malaysia?” soal wanita itu.

Lelaki itu mengambil tempat di kerusi yang ada di situ. Dia membiarkan soalan wanita itu tidak terjawab.

“Kalau kau ada kat sini, mesti Syahran Daniel pun ada juga. Betul kan, Lee?” soal wanita itu, kembali sibuk bermain-main dengan organ dalaman manusia itu.

“Dia arahkan aku ke Malaysia dahulu. Dia kena selesaikan sesuatu sebelum pulang ke Malaysia,” jawab Lee.

“Then, he will be back to Malaysia?”

“Kalau kau dah tahu, kenapa tanya lagi?” soal Lee sambil memandang wanita yang sedang asyik mengusap-usap koleksi jantung mangsa-mangsanya.

“Mesti Amy beritahu pasal pembunuhan baru-baru ni,” kata wanita itu. Dia meletak kembali bekas kaca di atas rak itu.

“Yes. She told him about the case. She asked Niel to help her,” kata Lee.

“Yup, aku tahu tentang tu. Masa dia call Syahran, aku ada kat situ. Aku tak sangka secepat ini Syahran balik ke Malaysia,” kata wanita itu sambil mengambil tempat di hadapan Lee.

"Kau buat semua ni demi balas dendam ke, Ree?" soal Lee sambil memandang ke arah wanita yang duduk di hadapannya itu.

Wanita itu senyum sinis. "Kau tanya macan kau kenal aku sehari dua je. Kau tahu kan apa yang berlaku 10 tahun yang lepas kan?"

"Tapi, itu tak boleh dijadikan alasan untuk kau bunuh semua perempuan ni. Sampai jadikan Amri as one of your accomplices," kata Lee.

Wanita itu ketawa. Dia pandang Lee. "Aku buat macam tu sebab nak halang dari abang Akif jatuh cinta pada perempuan-perempuan tu. Lagipun, perempuan-perempuan itu mirip sangat dengan kak Maya," kata wanita itu.

“Ree, you are a psychopath,” kata Lee.

Wanita itu ketawa. “Kenapa kau cakap macam tu?”

“Kau dah kenal lama dengan Amy, right? You are her close friend, kakak senior dia sendiri. Why are you doing this?” soal Lee.

“I’m doing what?” soal Farihah sambil mengangkat bahunya. Dia menyilangkan kakinya sambil memeluk tubuhnya.

“Doing all of these things,” kata Lee.

Farihah ketawa sinis. “Amy involved dengan Syahran. So, secara automatik, Amy dan Syahran perlu dihapuskan.”

“Tapi, Amy tak tahu apa-apa. She didn’t know anything. And Niel also still wondering what is your motive for involving him in this case,” kata Lee sambil pandang Farihah yang sedang berpeluk tubuh itu.

“Motive? Dia nak motif? Okay, I will tell you one thing, Lee. Because of him, Akif met his sister. Sebab dialah, Maya dan Akif menjadi satu pasangan,” kata Farihah.

“But, Ree. Maya kawan baik dengan Princess Diana. Dia tetap akan jumpa dengan Akif dan semua orang kerana mereka dalam kelompok kawan yang sama,” kata Lee.

Farihah mencerlung tajam ke arah Lee. Dia merengus. “Kau kerja dengan siapa sekarang ni? Syahran atau aku?” tempelak Farihah.

Lee terdiam. Dia terus menutup mulutnya.

Hati Ini Untuk AwakHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin