BAB 39

2.6K 154 20
                                    

Syahran melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Akif itu. Dia pandang sekeliling. Dia nampak Akif sedang merenung jauh ke luar tingkap hospital itu.

Syahran terus berjalan mendekati Akif lalu mengambil tempat di sebelah katil Akif.

"Are you okay?" soal Syahran.

Lamunan Akif terganggu. Dia terus berkalih memandang Syahran yang sudah mengambil tempat di kerusi yang ada di sebelah katilnya.

Akif senyum hambar. Dia pandang Syahran lama.

Syahran mengangkat keningnya. "Kenapa?"

"Ran dah lama tahu?" soal Akif.

"Tahu? Tahu pasal apa?" soal Syahran, sengaja menjawab soalan Akif dengan soalan.

Akif mengeluh.

"Pasal abang. Pasal perkara ni," kata Akif.

Syahran senyum tawar. "Tiga bulan lepas, tiba-tiba abang menghilang. For a week. Even abang Amir pun tak tahu keberadaan abang. Ran syak something happen during that time."

"Tapi, itu tak bermakna yang Ran tahu tentang perkara sebenar yang terjadi," kata Akif sambil merenung tajam ke arah Syahran.

"Even Lee pun tak tahu pasal ni, Ran. That's why abang pelik kenapa Ran tahu perkara ni," ujar Akif.

Syahran balas pandangan Akif itu. Dia menarik nafas panjang. "Actually, Ran dapat agak yang final step Farihah is to get you. But, I don't expect that she will poison you. Walaupun dalam perkiraan Ran, dia boleh buat macam tu. Tapi, Ran fikir sebab dia sayangkan abang, dia takkan berani buat macam tu."

Syahran ramas rambutnya sambil menundukkan kepalanya. "Ran betul-betul tak sangka dia buat macam ni. Sebab dalam perkiraan Ran, probability untuk dia ambil langkah ni amat tipis. Sebab tu, Ran tak arahkan my men to protect you."

Syahran angkat kepalanya, memandang tepat ke arah Akif.

Akif terkedu. Mata Syahran jelas menunjukkan kekesalannya. Dia nampak Syahran yang lemah. Selama ini, payah untuk dia melihat Syahran menunjukkan perasaannya di hadapannya. Kali terakhir ketika dia baru sedar daripada komanya 2 tahun lepas. Perasaan sebenar Syahran selama ini dilindungi oleh sifat tidak seriusnya itu.

"I'm sorry. Really, really sorry. Kerana tak berjaya untuk protect abang. Ran betul-betul minta maaf," ucap Syahran, lemah.

Akif menarik nafas panjang sebelum menghembusnya kasar. Dia mengepal tangannya, kuat.

"You don't need to apologize, Ran. Lagipun, ni bukan salah Ran pun. Semua ni jadi sebab kecuaian abang," kata Akif, lembut.

"But..,"

"Tak, Ran. Semua ni bukan salah siapa-siapa. Ini adalah takdir yang Allah tetapkan pada abang. Kalaupun kita dapat elak sekalipun, kalau DIA mahukan sesuatu perkara tu terjadi, perkara tu tetap akan terjadi. So, this is not anyone's fault," kata Akif.

"Tapi, kalau Ran lebih berhati-hati, perkara ni takkan jadi. Dia takkan berjaya buat abang macam ni," ujar Syahran.

Akif senyum tawar. "Benda dah nak jadi, Ran. Sekarang ni, kita kena fokus untuk tangkap dia."

Syahran ketawa perlahan. Akif dapat dengar ketawa Syahran yang begitu lemah di pendengarannya itu.

"Ran dah lama tahu dalang di sebalik pembunuhan ni. Tapi, kenapa Ran tak dapat nak tangkap dia lagi? Ran rasa betul-betul tak berdaya. Ran rasa yang Ran ni worthless sangat-sangat. Rasa diri Ran ni, lemah sangat."

Akif terus menggeleng kepalanya. "NO! Jangan cakap macam tu."

Syahran pandang Akif. "Then, kenapa Ran tetap tak dapat nak tangkap Farihah tu? Sedangkan dia ada di depan mata Ran je. Kalau ikutkan Ran, dah lama Farihah mati. Sebab dia, ramai yang terkorban."

Hati Ini Untuk AwakDove le storie prendono vita. Scoprilo ora