BAB 32

2.8K 146 11
                                    

Syahran buka matanya perlahan-lahan. Matanya beberapa kali berkedip, membiasakan suasana bilik yang gelap itu. 

Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat wajah polos Amylia yang menyapa pandangannya. Pelukannya dieratkan lagi sambil bibirnya menghadiahkan sebuah ciuman di ubun-ubun Amylia.

Ingatannya kembali kepada majlis akad nikahnya itu. Majlis itu hanya di hadiri ahli keluarga terdekatnya sahaja. Dia langsung tidak memaklumkan kepada rakan-rakanya mengenai perkahwinannya.

2 tahun lepas, 

Syahran berkalih memandang Amylia yang baru sahaja menjadi isterinya yang sah. Dia dapat melihat wajah Amylia basah, penuh dengan air matanya. Dia bingkas bangun daripada duduknya di hadapan tok kadi itu sambil dipimpin oleh Syahmi. Baru sebulan dia keluar daripada hospital.

Sebaik sahaja dia menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan Amylia kepada ibu bapanya, mereka terus mengaturkan majlis pernikahan itu. Majlis itu hanya kecil sahaja, dihadiri oleh ahli keluarga mereka sahaja.

Puan Sri Mahirah yang duduk di sebelah Amylia memeluk erat tubuh Amylia. “Sekarang ni, Amy dah jadi anak mama. Amy adalah ahli keluarga Tan Sri Syahril dan Puan Sri Mahirah. Tiada siapa yang boleh harm you anymore,” ucap Puan Sri Mahirah.

Amylia membalas erat pelukan ibu mertuanya itu. 

Perlahan-lahan, Syahran mengambil tempat di hadapan Amylia. Dia tersenyum memandang Amylia. Puan Sri Mahirah segera melepaskan pelukannya. Dia mencapai tangan Amylia lalu diletakkan di dalam genggaman Syahran.

“Assalamualaikum, isteri abang,” ucap Syahran.

“Waalaikumusalam, abang Ran,” jawab Amylia. Tangan Syahran terus disalaminya lalu dia tunduk mencium tangan yang sudah menjadi syurganya. 

Syahran mengusap-usap kepala Amylia sebelum dia mengangkat kepala Amylia perlahan. 

Amylia pandang Syahran. Mereka bertentang mata, lama. 

Syahran senyum. Dia angkat tangannya, mengelus lembut pipi Amylia. Kemudian, dia menghadiahkan ciuman buat isterinya di dahinya.

“You look beautiful, sayang,” ucap Syahran, perlahan.

Mata Amylia berkaca-kaca. Tangannya memegang tangan Syahran yang berada di pipinya. 

"Abang."

Syahran senyum manis. Dia memandang tepat ke anak mata Amylia. "Amylia Amanda sudah menjadi tanggungjawab abang. Whether you want it or not, you are under my responsibility. Jangan risau tentang semua yang dah jadi. Kita boleh lakukannya. Kita akan selesaikan semuanya," ucap Syahran.

Amylia mengangguk. "Ada tahu tentang itu. Ada percayakan abang,” kata Amylia.

“Good. Now, abang taknak air mata ni jatuh lagi di pipi isteri abang ni. Kita kena kuat, Ada. Untuk masa depan yang abang tak janji yang ianya akan indah selama-lamanya. Abang hanya boleh janji yang abang akan sentiasa di sisi Ada. Akan sentiasa protect Ada,” kata Syahran sambil tangannya menyeka air mata yang jatuh di pipi Amylia.

Amylia senyum. Dia mengangguk. 

Syahran senyum. Kemudian, dia berkalih menghadap ibunya yang berada di sebelah Amylia.

“Mama,”

Puan Sri Mahirah senyum sambil menyeka air matanya yang mengalir di pipinya.

“Don’t be like that, mama. Jangan menangis pada hari gembira Ran. Mama menangis, macam ni kenduri pengebumian Ran je,” kata Syahran, mengusik mamanya.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now