Ada orang request bunyi serunai maut. Nah. Itu bunyinya. Tapi itu sebenarnya bunyi instrumen yang sedih, tiba-tiba jadi seram haha.Apapun, get ready dengan pengembaraan yang semakin mengarut. Sendiri tak faham apa yang ditulis.. Allahu. Hadap jelah. 😔
.
.
.PEKAN itu meriah. Jam dua petang ramai penduduk kampung yang hendak membeli barangan rumah. Sekali pandang kampung di Pulau Jengka ini seolah-olah satu kampung yang sangat harmoni dengan barangan yang murah dan berkualiti. Malah penduduknya pun tampak baik hati dan ramah sesama sendiri. Namun di sebalik semua itu tiada siapa sangka ada kepercayaan khurafat yang menakluk pulau yang damai ini. Membuatkan penduduknya hidup dalam ketakutan pada waktu malam. Dan menjadi tidak mesra dengan orang luar kerana bagi mereka orang luar ialah ancaman untuk mereka.
Awal petang itu - Iman, Henry dan Falah menaiki bot ke pulau tersebut. Semuanya atas permintaan Falah sendiri kerana dia belum pernah melihat pulau ini secara dekat. Selepas mendengar rakaman serunai tadi lama juga mereka berbincang sesama mereka berkenaan tindakan selepas ini dan akhirnya mesyuarat itu ditutup dengan keputusan dari Falah yang dia mahu melihat sendiri Pulau Jengka itu.
Maka di tengah pekan yang sibuk dan sesak ini, mereka bertiga berjalan tidak seiring. Henry berada paling hadapan, diikuti Iman yang kekadang ralit melihat barangan murah yang menarik hati hawanya dan di belakang sekali ialah Falah. Dua penyiasat lagi yaitu Melissa dan Dr Khalil menetap di feri sahaja untuk menjaga. Lagipun mereka ada misi mereka sendiri yang Dato' Hussain telah berikan secara persendirian pada mereka, Henry malas hendak ambil tahu misi itu kerana ianya tada kaitan dengannya pun.
"You perasan tak diorang pandang kita lain macam?" Iman bersuara perlahan di belakang, cukup untuk Henry yang sedang mengelamun itu mendengar soalan wanita itu.
"Mestilah diorang pandang kita lain macam, kita pakai pakaian orang luar." Henry balas tanpa berkalih. Terus menyelit di tengah orang ramai yang berasak-asak hendak membeli barang.
"No, diaorang pandang kita macam diorang tahu siapa kita." Iman sudah pun menyaingi langkah Henry, hendak lebih mudah bercakap. Wajahnya sesekali memandang pada orang di pekan ini yang sering menjeling mereka.
"Mungkin diorang kenal kita sebagai penyiasat kes ini_"
Ayat Henry terputus apabila tiba-tiba wajahnya terasa ada cecair likat.
Mata Iman membesar.
Telur?
Pekan yang asalnya meriah dan riuh rendah tadi serta merta berubah sepi. Semua memandang Henry dengan pandangan tajam.
Iman pandang kiri kanan mahu mencari siapakah yang mencampakkan telur ini pada Henry.
"Woi, orang luar! Berambuslah!!! Kau tahu tak sebab kau semua lah 'dia' marah!!"
"Ya betul tu!!! Kau semua pembawa sial!!!"
"Celaka!"
"Berambuslah!!!"
Pekan itu berubah riuh dengan herdikan-herdikan kasar itu.
Semua tampak mencemuh Henry dan Iman kerana mereka sudah mengenali dua orang penyiasat ini. Mereka juga mendengar cerita yang dua orang penyiasat ini mengatakan bahawa sesiapa yang mempercayai tentang serunai maut maka dia dipanggil tidak waras. Malah dua orang penyiasat ini juga menuduh tok penghulu mereka tidak waras hanya kerana tok penghulu berpesan benda yang betul.
Mereka sudah tidak dapat bersabar lagi.
"Apa lagi kau nak hah?!!! Tak puas lagi ke tengok orang mati! Nak bukti apa lagi baru nak percaya yang serunai maut memang ada!!" Seorang peniaga lelaki menjerit kasar.
YOU ARE READING
FALAH | Serunai Maut ✔
Mystery / ThrillerSeluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry dan Iman segera menyiasat kes itu. Sehinggalah penyiasatan itu membawa kepada sebuah mitos yang tidak...