| Gimbaran | 41

13.7K 1.8K 1K
                                    

"LA haula wala quwwata illa billah."

Zikir tersebut bergema. Melantun-lantun nadanya di hutan sepi ini. Suria sudah pun memunculkan diri di kaki timur. Menebarkan cahaya mentarinya yang bersinar redup.

Falah bersendiri di kawasan ini, menyandarkan belakang tubuhnya pada sebatang pohon sebesar tiga pemeluk manusia. Sebelah lututnya ditegakkan sekadar memangkin tubuh daripada condong ke kiri atau kanan. Sebelah lagi dimasukkan ke celah tegakan lutut.

Tangan kanannya yang memegang tasbih direhatkan atas lutut, tasbih terjuntai dan sesekali berhayun apabila dia bergerak.

Sedari Henry dan Iman meninggalkannya di sini, untuk pergi mencari sarapan di sekitar sini sehinggalah langit sudah mula cerah dengan remang pagi - Falah tetap menyibukkan diri dengan zikrullah.

Hakikatnya dia sengaja menyibukkan diri dengan hal itu hanya semata-mata hendak mengelak daripada sesuatu yang tidak diingini berlaku apabila ditinggalkan berdua dengan Linda yang terbaring di hujung sana.

Semuanya kerana Henry mahupun Iman kedua-duanya mengelak daripada menjaga Linda saat mereka berpakat untuk pergi mencari makanan.

"Siapa akan keluar cari makanan?" Falah menyoal selepas solat subuh selesai.

"Abang boleh." Henry mempelawa diri.

"Perlu dua orang." Falah senyum. "Jika abang hendak pergi.."

"Biar aku join Falah!" Iman yang masih berkelubung kain bersih itu mengangkat tangan. Terus dua orang itu memandangnya.

"Tapi kalau akak join abang, tak akan Falah perlu tinggal dengan Linda." Falah tersenyum pelik.

"Tak.. Macam ni.." Iman menarik nafas dalam-dalam. Seolah mahu berhujjah panjang.

"Kitaorang mana pandai bab-bab ilmu hitam ini.. Kalau jadikan cerita tiba-tiba si Linda tu jaga lepas tu mengamuk macam semalam, apa aku kena buat? Mahu aku lari sebatu! Hanya kau yang sesuai sebab kau pandai hapuskan ilmu hitam." Iman terangguk-angguk dengan muka penuh keyakinan.

"Penakut.." Henry mencebik.

Mata Iman terjegil. "Okay! Kalau macam tu you tinggal, I pergi dengan Falah!"

"Eh mana boleh! I lelaki, Linda tu perempuan. Tak elok tinggal berdua. Nanti syaitoonn yang ketiga!"

"Lepas tu you fikir Falah tu bukan lelaki? Pondan?" Iman bagi smirk face.

"Sebab itulah you yang paling sesuai, you perempuan Linda perempuan.. Haa.. It's make sense."

"Nooo.. Kan I dah cakap, kalau si Linda di bangun tiba-tiba lepas tu kena rasuk macam semalam? You nak I bacakan ayat kursi dekat dia? Eee.. I bagi kerusi bolehlah. Ayat kursi ke laut."

"Apa salahnya kalau you jaga dia.. Lagipun you sahaja yang sesuai. Dia kena rasuk or kena apa itu belakang cerita, tapi yang penting sekarang ini kena ada yang jaga Si Linda tu. Dan yang paling sesuai ialah you. You perem--"

"Tak nak.. I tak nak jaga dia. Tak nak. Tak nak. Tak nak." Iman geleng dengan muka ngeri habis.

Akhirnya pergaduhan kecil antara sepasang suami isteri itu terhenti apabila Falah mencelah dengan tawa perlahan. Berasa lucu dengan pergaduhan itu.

"Sudahlah.. Biar Falah tunggu Linda. Abang dan akak pergilah."

Terus berubah muka suami isteri itu.

Henry berkerut. "Tak apa ke Falah? Kalau abang pergi seorang tak apa.."

"Tak.." Falah berwajah serius tiba-tiba. "Di luar lagi bahaya daripada sini. Perlu berteman jika hendak ke mana-mana."

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now