| Linda | 3

15.7K 1.9K 136
                                    

"PERLU ke pergi sana?"

Dari pagi tadi lagi, suara Kak Wafana berbunyi tidak puas hati. Biarpun dia sudah pun cantik bersiap dan berdandan seperti hendak ke pantai Hawaii tetap juga dia merungut tidak mahu pergi. Malah sekarang mereka telah pun mula bergerak ke dek atas bagi menaiki bot kecil untuk sampai ke Pulau Jengka, masih lagi Kak Wafana membebel.

Linda hampir mengeluh penat dengan bebelan kakak tirinya itu.

"Kalau tak nak pergi, duduk jelah dekat sini sorang-sorang. Kawan dengan hantu serunai maut." Abang Andika membalas selamba.

"Abang!!" Terus Kak Wafana menampar lengan abangnya. Tidak suka dikacau dengan perkara mistik sebegitu. Sudahlah dia memang sudah seram sejuk sekarang dengan cerita abangnya tentang Pulau Jengka.

"Andika.." Suara Ibu Suraya mula kedengaran mengugut. Spontan Andika melindungi kedua-kedua telinganya. Bimbang nanti ditarik macam semalam. Masih terasa sakitnya sekarang.

Andika akhirnya tersengih cuma. Suka sungguh dapat mengenakan ibu dan adiknya.

Sesampai di dek atas, mereka mula beratur hendak turun ke bot. Dari arah sini jelas kelihatan sebuah pulau di hujung sana, Linda dapat lihat pulau itu sangat makmur dan cantik. Bukanlah sebuah pulau yang menyeramkan dan kekampungan sangat. Kelihatan seperti pulau yang normal dan langsung tidak sesuai dengan mitos serunai maut.

"Tuan Andika!" Seorang kelasi menegur Andika dengan mesra. Sejurus dia mengajak Andika dan seluruh keluarganya untuk turun ke pelantar bagi menaiki sebuah bot khas. Bot paling besar antara yang lain. Kelihatan Kevin sudah menunggu di situ dengan kaca mata hitamnya bertenggek di hidung.

"Hei bro!" Dia tersenyum lebar sebaik ternampak Andika di pelantar. Andika hanya mengangkat tangan membalas sapaan itu. Dia kemudian melompat ke bot tersebut. Membantu ibunya dan adiknya untuk melompat sama.

Hanya ketika giliran Linda tiada siapa melayan, Linda hampir terjatuh jika dia tidak cepat-cepat memegang palang di tepi. Dia sudah biasa tidak dihiraukan sebegitu. Malah jika dia mati lemas pun bukan ada orang peduli.

Akhirnya mereka bergerak ke Pulau Jengka.



PULAU ini memang cantik dan meriah. Pekan di jeti sangat makmur. Begitu banyak barang yang dijual dengan harga yang sangat murah. Malah barang-barang itu sangat cantik. Ibu Suraya dan Kak Wafana teruja sungguh apabila melihat begitu banyak aksesori wanita yang dijual. Kelihatan sangat berkualiti namun harganya murah. Rambang mata mereka dibuatnya.

Seketika, mereka jadi lupa terus dengan kisah misteri serunai maut yang sangat terkenal di Pulau Jengka ini. Merasakan itu hanyalah mengarut. Sehinggalah ketika dalam langkah mereka di tengah pekan ini, tidak semena pandangan mereka jatuh pada satu papan tanda bertulisan merah gelap dengan latar belakang warna keruh.

Langkah Andika yang tadinya penuh bersemangat serta-merta terhenti, diikuti Kevin begitu juga Ibu Suraya dan Wafana. Andika dan Kevin berpandangan dengan maksud tersirat. Wafana pula spontan memegang lengan ibunya. Hanya Linda terdiam sendiri membaca amaran di papan tanda itu.

"Abang.." Wafana berasa seram sejuk.

Di papan tanda yang sangat besar itu tertulis;

Larangan membuka lampu pada jam 6:30 petang sehingga jam 7 pagi.
Mandatori.

"Abang kata serunai maut tu tak betul, kenapa ada larangan macam tu dekat pulau ni?" Wafana bertanya dengan takut-takut.

"Kan abang dah kata, itu hanyalah kepercayaan karut diorang. Janganlah percaya." Andika membalas yakin. Merasakan apa yang ditulis di papan tanda itu hanyalah mengarut.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now