Serunai Maut | Henry | 6

13.2K 1.9K 156
                                    

"BERDASARKAN kamera cctv, kami dapati bermula jam enam setengah petang bekalan elektrik diputuskan. Tapi hanya untuk bahagaian lampu sahaja. Untuk yang lain masih berfungsi seperti biasa. Sebab itu kamera cctv masih berfungsi."

Penganalisis bernama Aiman itu memberi penerangan. Bilik yang sebenarnya ialah bilik mesyuarat ahli jawatankuasa Feri Miranda Gold tiba-tiba bertukar menjadi bilik mesyuarat untuk pihak penyiasat. Lagipun di bilik ini televisyen gergasi dan segala benda lain sudah disiapkan. Mudah kerja Aiman untuk membuat pembentangan dengan skrin besar di belakangnya sedang menunjukkan enam belas rakaman cctv di beberapa kawasan dalam feri ini jam enam petang semalam.

Semua dapat melihat dengan jelas penumpang kapal sibuk bergerak ke sana ke mari untuk membuat persiapan bagi sesi bergelap nanti.

Dan tepat seperti yang Aiman katakan, jam enam setengah petang - feri serta merta bergelap. Tinggal lagi cahaya petang sahaja yang masih berbaki. Serta merta feri mewah itu nampak buruk dan menakutkan dalam rakaman cctv. Mungkin kerana selama ini feri itu jadi mewah adalah kerana lampu, tanpa lampu kemewahan feri ini hanya tinggal bayangan sahaja.

"Selepas sesi bergelap tiada siapa yang keluar dari bilik. Mungkin kerana tidak sukakan kegelapan buat semua orang hanya duduk di bilik masing-masing." Aiman menunjukkan setiap lorong feri yang kosong dari sesiapa melalui kamera pengawasan yang sudah bertukar kepada warna hijau kerana mode night-vision.

"Sehinggalah jam satu pagi, seseorang keluar dari biliknya." Aiman menekan-nekan papan kekuncinya. Semua dalam bilik itu berdebar.

Sebuah video yang di-pause dengan latar belakang warna hijau putih menjadi tatapan semua orang. Ianya ialah kamera pengawasan bernombor lapan yang berada di aras hotel paling atas. Aras paling mewah.

"Dia ialah Tuan Andika.."

"..pemilik Ezus." Henry sambung dengan perlahan. Jeda. Tidak menyangka lelaki berhud dalam kamera itu ialah Andika.

Yang lain berkerut. Saling berpandangan. Seolah baru faham kenapa mayat Andika dijumpai di dek atas sedangkan kebanyakan mayat lain dijumpai di bilik masing-masing.

Aiman mengangguk. "Ya, pemilik Ezus."

"Apa dia buat dekat luar tengah malam macam tu?" Iman bertanya hairan. Dahinya berkerut.

"Takkan dia suspek pula?" Perempuan kedua dalam bilik itu membalas dengan kening naik sebelah. Dia ialah Koperal Hana.

"Kalau kita andaikan dia suspek kenapa dia nak bunuh dirinya juga bukan?" Iman mencipta soalan.

Yang lain terangguk-angguk. Mustahil ada yang nak membunuh dirinya.

"Itulah yang saya pelik Cik Iman." Aiman menekan-nekan papan kekunci lagi.

"Dan yang lagi pelik tak ada lagi kelibat Tuan Andika dalam mana-mana rakaman cctv yang lain. Seolahnya Tuan Andika sengaja mengelak dari pengawasan kamera." Aiman menunjukkan beberapa rakaman yang memaparkan lorong yang kosong sahaja. Kelibat Andika yang berhud tidak kedapatan di mana-mana.

"Dan keanehan ini tidak terhenti di situ, beberapa minit selepas Tuan Andika keluar dari biliknya, seseorang yang lain juga keluar."

Semua makin berdebar apabila melihat Aiman menekan-nekan papan kekunci. Muncul gambar kedua di skrin besar itu.

Semua berkerut melihat gadis kecil yang baru keluar dari kubikelnya itu. Dari paparan yang agak kabur ini semua dapat lihat wajah gadis itu cemas dan ketakutan.

"Siapa tu?" Henry bertanya. Berkerut.

Satu petak kecil keluar di sebelah gambar tersebut. Tertulis di petak itu biodata gadis bertudung dengan wajah manis.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now