| Nuna | 53

11.2K 1.7K 327
                                    

LINDA tidak tahu kenapa dengan dia, malam ini dia tak dapat tidur dengan lena. Asyik berbolak-balik di atas alas tidur dalam keadaan resah. Walaupun cuaca malam ini sejuk dan nyaman namun itu semua langsung tidak membuatkan Linda dapat lena. Maka sebagai Muslimah yang sejati, dia telah bangun mendirikan solat malam itu.

Mungkin sebenarnya dia risaukan Falah dan Henry, dia risaukan semua orang Anjana yang keluar berperang. Walaupun mereka kata yang mereka akan sampai di Teluk Nyai subuh esok tetap Linda tak dapat tenang memikirkan keadaan mereka sekarang.

Apatah lagi Falah.

Sungguh, sejak dua menjak ini fikirannya banyak terarah pada pemuda sederhana itu. Tidak, Falah bukanlah pemuda sederhana tapi Falah ialah pemuda yang sangat hebat di mata Linda. Linda tidak pernah bertemu mana-mana lelaki sehebat Abang Falah.

Sebenarnya hati Linda telah lama terpaut pada Falah sejak awal perjalanan lagi. Falah terlalu baik dengannya. Falah punya sikap yang buat hati perempuan Linda terusik. Falah sangat menjaganya dengan tertib. Tapi Linda tahu, Falah tiada hati pun dengannya. Falah cuma anggap dia seperti seorang adik yang perlu dijaga. Mengenangkan itulah Linda memilih untuk bersendiri sewaktu orang lain menghantar pasukan Anjana yang hendak bertolak ke Teluk Nyai pagi tadi.

Ketika itu, Linda hanya memandang dari jauh tentera yang sedang bersiap itu. Tidak mahu berada di situ seperti orang lain. Dia cuma mahu mengelak dari Falah sebab dia tahu, jika dia pergi kepada lelaki itu dia akan sedih untuk melepaskan Falah pergi. Mungkin dia akan menangis jika tidak menahan perasaan. Dan perasaan itu bertambah sedih bila melihat Anggun menyapa Falah. Mereka berbual sejenak dalam waktu itu. Linda terpaksa menahan cemburu.

Dia tahu dia hanyalah budak kecil pada pandangan Falah. Dia sedar hakikat itu, maka dia terlebih dahulu mengundur diri dari Falah. Walaupun dia sedar, mata Falah kerap juga bergerak ke sini seolah mencari seseorang - tapi dia tidak mahu syok sendiri maka dia pun memilih untuk menunggu di dalam rumah. Tidak betah duduk di luar lama-lama.

Maka malam ini, sewaktu tahajud dia menangis sesungguh hati mendoakan yang terbaik untuk Falah dan semua tentera Anjana. Dia cuma mahu melihat Abang Falah selamat. Dia tak sanggup untuk menerima berita buruk tentang lelaki pujaannya itu. Dia sayangkan Abang Falah sepertimana dia mencintai arwah ayahnya. Lelaki pertama yang menghuni dalam hatinya. Ayah.

"Ya Allah, selamatkan Abang Falah. Walau apapun terjadi, jangan ambil dia dari kami." Linda bersungguh-sungguh berdoa. Air matanya tumpah dengan murah malam ini.

"Ya Allah, aku tahu aku tak patut suka pada Abang Falah. Tapi aku tak dapat tahan perasaan ini. Ya Allah, jika Abang Falah bukan untuk aku, maka hilangkan perasaan ini Ya Allah." Linda bergelumang kesedihan sebaik menyebut doa itu. Dia sebenarnya tak sanggup kehilangan rasa ini kerana rasa ini sangat membahagiakan. Apabila Abang Falah mengulas senyuman padanya, hanya Allah tahu betapa pantasnya degupan jantung dia tika itu.

Tapi, sebenarnya senyuman itu hanyalah senyuman seorang abang kepada adiknya. Tidak lebih tidak kurang. Hanya kerana Linda menyukai Falah maka dia tersalah faham sedikit. Namun di hujung cerita, dia faham siapakah dia di mata Falah.

Selesai berdoa, Linda terus menangis. Meluahkan perasaan sedih bila terpaksa menerima hakikat yang dia sebenarnya hanya bertepuk sebelah tangan.

"Linda.."

Linda tersentak demi mendengar namanya dipanggil. Laju dia mengesat air mata. Dia tahu, Iman yang menyapanya itu. Iman sudah pun melabuhkan duduk di sebelahnya. Nampaknya Iman juga tak dapat tidur, suaminya di medan peperangan siapakah yang boleh tidur.

"Betul ke apa kakak dengar?"Iman membuka soalan selepas jeda terlalu lama.

Linda senyap sahaja. Dia sudah faham soalan Iman.

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now