Pengumuman

36.7K 2.3K 145
                                    

Assalamualaikum, semua. Begitu lama sekali Serunai Maut menyepikan diri. Alhamdulillah hari ini dapat jumpa balik pembaca-pembaca yang setia menunggu Falah.

Di sini saya mahu kongsi berita, bahawa Serunai Maut tidak jadi diterbitkan buat masa sekarang. Selepas menghantar pada publisher tahun lalu, pihak penerbitan tidak berapa berkenan dengan jalan cerita saya dan meminta saya agar menyunting kembali jalan cerita ini.

Namun, saya tidak bersetuju untuk menyunting balik Serunai Maut. kerana saya sudah sayang jalan cerita asal. Maka selepas beberapa proses, akhirnya saya menarik balik manuskrip saya dari pihak penerbitan itu bulan lalu.

Jadi saya nak umumkan, saya akan tamatkan Serunai Maut di wattpad sahaja. Korang dapat membacanya dengan percuma :)

Saya akan update sedikit demi sedikit. Kerana banyak juga perbezaan di antara draft asal di wattpad dan manuskrip.

Terserah samada ada tak orang nak baca, tapi saya tetap akan letak di sini. Semoga ia dapat memberi manfaat pada semua pembaca!

Bersedia untuk pengembaraan Falah!

Bismillah!

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now