| Anjana | 49

11.8K 1.9K 205
                                    

SELESAI sahaja azan dari Falah, segala haiwan yang sudah bertukar rupa asal tadi terus mencicit lari dengan langkah pingkul. Berteriak ketakutan seolah dikejar harimau. Langsung tidak berlengah walau sesaat pun untuk melarikan diri selepas di'bakar' laungan azan dari Falah.

Semua terpinga-pinga dengan apa yang terjadi. Segalanya berlaku dengan pantas. Bagai dilanda gempa bumi apabila semua binatang tak berdosa itu bertempiaran.

Falah turun dari atap landai itu. Berjalan ke sisi Henry dengan mata tajam memerhati kekalutan di hadapan. Henry hanya mampu terlopong dengan segala yang mendadak terjadi. Apabila dia memandang Falah, riak adik iparnya itu hanya tenang.

Henry betul-betul tak dapat memahami isi hati Falah! Sangat sukar ditafsir!

Keadaan mulai tenang apabila segala jenis haiwan itu mula bergerak pergi. Yang aneh apabila haiwan yang masih hidup akan menarik rakannya yang sudah terkorban, membawanya bersama. Tidak mahu ditinggalkan walaupun 'dia' sendiri dalam kekalutan. Sangat ajaib.

Sehinggalah tanah di mukim ini mula bersih dari apa sahaja haiwan, samada hidup ataupun yang sudah bertukar bangkai. Bersih. Hanya tinggal darah yang memercik di merata tempat, bercampur darah manusia dan haiwan.

Falah tertunduk sebaik hilang segala jenis haiwan tadi. Wajahnya keruh. Dia sepertinya tidak gembira.

"Falah?" Henry tidak mengerti riak keruh itu.

Falah meraup wajah. Lalu mengangkat wajah menatap pemandangan di hadapan. Satu rasa hiba melanda hatinya.

"Anjana.." Suaranya perlahan.

Henry serta-merta memandang hadapan. Raut mukanya mendadak berubah.

Apa yang terpampang sungguh buat Henry terkedu. Dia baru tersedar.

Atap rumah-rumah tercabut. Pokok tumbang merata tempat. Beberapa perwira cedera parah, sedang mengerang kesakitan di tanah. Malah ada yang sudah tidak sedarkan diri. Terbaring kaku seperti mayat di balik rimbunan pohon yang tumbang entah sejak bila. Beberapa lelaki lain menerpa lalu cuba mengangkat pokok tumbang itu.

"Allah.." Henry terluah ucapan itu. Tidak menyangka serangan tadi akan menyebabkan kemusnahan sebegini rupa.

Bila dia pandang Iman dan Linda, dua wanita itu turut kesedihan. Falah apatah lagi, memandang mukim yang separuh musnah ini dengan tatapan jernih.

Dia merasakan dialah punca mukim ini musnah. Dialah punca Bunga datang ke sini.

"Falah.." Suara Ketua mengejutkan Falah dari terus menatap keriuhan di hadapan sana. Dia memandang Ketua. Matanya redup serba salah.

Ketua menatapnya lama. Falah serta-merta merendahkan mata.

"Saya-"

"Terima kasih kerana selamatkan kampung kami."

Falah tergamam sebaik mendengar kata-kata itu. Membulat matanya menatap Ketua. Henry dan lain turut terkejut. Sangkanya Ketua akan marah.

"Terima kasih kerana bantu kami." Ketua menepuk bahu Falah seraya tersenyum kecil.

Falah tercengang. "Tapi Ketua, mukim Ketua musnah.."

"Yang musnah mampu dibaiki. Tapi kisah Bunga sampai bila hendak dibiarkan? Untuk mendapat kebahagiaan perlukan pengorbanan yang besar. Seperti aku sudah sedia menjadikan tempat ini medan maka aku bersedia dengan apa sahaja yang akan berlaku."

Falah tidak terkata. Tidak menyangka itu yang bakal menjadi reaksi Ketua.

"Lagipula, suara kamu melaung perkataan-perkataan tadi sangat menarik perhatian aku. Apa itu? Ianya seakan panggila--"

FALAH | Serunai Maut ✔Where stories live. Discover now