1

18.9K 795 104
                                    

Qisya masuk ke banglo milik keluarganya sambil menyanyi tetapi perlahanlah kalau kuat kuat ade yang kene rembat. Dia baru sahaja balik daripada membeli belah dengan bff till jannah nya, Dewi.

"Cak maksom! hahahaha" Qisya menegur tetapi seperti mengejutkan maksom yg sedang memasak di dapur. Kelihatan mata maksom membesar dek terkejut dengan sergahan si ponti. Eh tak qisya.

"Ish Qisya ni! Nasib baik tekanan darah maksom stabil tau" kata maksom seperti merajuk. Bahaya betul duduk dengan si qisya ni. Dari kecil sampai ke besar kerja nak kejutkan aku sahaja. Nasib aku tak mampus.

"Ala maksom ni qisya tengah test tekanan darah maksom kalau sihat ke tak sebab qisya kan baik dan cantik hehehe" Qisya membela diri sambil membuat aktiviti masuk bakul dan mengangkatnya sendiri. Haih qisya ni.

"Maksom tengah masak ni qisya pergila masuk bilik ya"

"Okayla maksom. Mama mana?"

" Ada kat taman agaknya"

"Okay qisya gerak lu pape roger tau!"

" yela yela adui qisya ni ade je la" pape roger tu apa ya? Sempat maksom berfikir. Bahasa budak budak zaman now ni memelik sahaja lah!

Qisya ketawa sambil melangkah mencari mamanya.Dia dan maksom memang rapat dari dia kecil kerana maksom la yang menjaganya dari kecil sebesar zarah eh baby hinggalah sampai sekarang. Tetapi dia tetap sayangkan mamanya. Baginya maksom dan mamanya sama sahaja. Dua dua wanita 40 an kan? Sama jela.

Qisya melihat mamanya sedang menyiram bunga bunga yg ada di taman rumahnya.  Mama qisya, tengku ifa memang suka bercucuk tanam lagi lagi bunga ros dan lily. Jadi halaman rumah qisya memang berwarna warni . Dah boleh guna kalau kalau nak shooting macam kuch kuch ho ta hai.

"Mama!Qisya dh balik."

Tengku ifa yang mendengar suara anaknya pantas mengerling sekilas qisya yang nelangkah ke arahnya.
" ha anak bertuah dah balik...baguslah ada benda yang mama nak bincang dengan kamu ni." Terus alatan tanaman di letak dan mendekati anaknya.

Berkerut kening qisya mendengar kata kata tengku ifa.
"Apa mama? Macam serius je mukanya cuba senyum lagi bertambah seri tau." Ni mesti macam hal serius ni. Haih jangan jangan mama dah tahu aku kena scam dengan kedai pizza sampai rm60 tak? Biadap punya kedai.

"Mama nk senyum tapi lepas mama bincang sabar ya " tengku ifa layankan saja anaknya.

"Ha cecite mama" Kata Qisya selepas dia dan ibunya sudah duduk di kerusi di taman itu. Qisya terus meningkat dagu dan fokus melihat wajah tengku ifa.

Tengku ifa senyum dan mula membuka mulut.
"Macam ni mama ada kawan ni namanya puan Ani. Dia ade anak lelaki .Muda dan hensem tau"

Anak lelaki eh?Qisya macam dah dapat teka apa yg ingin dibincangkan. Haih dengar mukadimah pun aku dh tau isi dia. Abis kalau anak dia muda hensem pikir aku nak ke adui. Dia menggaru kening.

"Jadi?" Qisya buat buat tak tahu. Jadi bodoh sekejap.

Tengku ifa sudah melirik senyuman pemujuk.
"Jadi mama nak kenalkan kamu dgn anak dia. Tak silap nama dia ikram. Ala qisya jomlah" tengku ifa sudah bertindak memegang tangan anaknya.

Qisya memandang sekilas tangan mamanya yang sudah menyentuh tangannya. Heh nak pujuk aku lah tu. But sorry. Qisya tak nak!
"Ala mama qisya tak suka la jumpa orang yang qisya tak kenal ni. "

Sorry tengku ifa. No means no!

"Ala abistu nak tunggu kamu lama lagila jawabnya. Kamu tu dah 25 tahun bila lagi la nak kawin.jadi mama carikan la abistu bantah bantah pulak. ADUH serabut pulak mama macam ni qisya oiii" bertubi tubi tengku ifa berkata dengan tangan sudah memicit dahi.

Qisya menggaru tangannnya . ADUI macam machine gun siot mulut mama ni. Tak rilek betullah. 25 je. Bukan 35 tahun.

Qisya tersengih.
"Okay mama jgnla risau nanti qisya bawkla mama jumpa kekasih qisya one day nanti. Nanti qisya punye kekasih tu lagi hensem pastu nanti kitorg kawin mcm mama nak pastu dapat cucu comel comel ikot muka nenek dia ya" Qisya mula memujuk mamanya sambil merapu. Cubaan memujuk sudah bermula.

"Eh kamu ni one day tu bila qisya oi." Kata je one day. Tapi nanti two day four day ber day day sampailahhhh Hari tua.

"Takpelah mama sama sama kita nantikan.tapi mama janganla carikan qisya suami pulak qisya tak sukalah." Memang dia tidak suka pun. Setiap minggu memang akan mamanya mencadangkan nama lelaki kepadanya. Iqram lah. Daniel lah. Najib lah. Eish!berapa banyakklah kawan mama eh? Sampai setiap minggu ada je nama anak kawan dia?

"Haih macam macam la kamu ni." Tengku ifa akhirnya bersetuju. Mungkin benar kata anaknya itu. Tetapi kalau tak dapat cari juga menantu siap dia.

"Hmm mama qisya pun ade bende nk bagitau mama." Qisya mengetap bibir. Fuh jangan nervous! Tangannya sudah bermain dengan hujung baju mamanya.

"Apa dia? Cakap cepat!" Pelik sahaja tengku ifa memandang qisya. Ini kalau dah pintal pintal baju aku adalah something dia nak.

"Eh lek la mama." Mama ni period ke?

" Macam ni qisya dah sewa satu rumah ni dekat dengan U. Qisya ingat nak duduk sana sebab senangkan nnti.Lagipun qisya duduk dengan Dewi la mama plishhh."tinggi harapan qisya supaya impiannya tercapai. Tolonglah setuju wahai ibunda. Sesungguhnya anakmu inj lemas dengan soalan bila nak kahwin.

"Aik rumah kita pun takdela jauh sangat."

Qisya mengigit bibir. Apa alasan lagi ni? Ha!
"Ala Qisya nak belajar berdikari la mama."  Yeye je berdikari padahal nak lari je dari soalan soalan mama.Ampunkan qisya mama.

Dia  melihat wajah berkerut tengku ifa. Tolonglahhhh.

"Hmm sukahati  tapi kamu janji jangan buat bende bukan bukan . Siap kamu kalau malukan nama mama ni. Nanti mama bagitau papa.Ha bila kamu nak get out dari sini?"

Aik mcm halau la pulak mama ni ke aku sorang je rasa cam tu? Tak menyangka pula mamanya bersetuju. Aku ni dahla anak manja rumah ini. Entah entah betul tak dia halau aku.
"Eh mama ni jangan la gelojoh .mungkin minggu depan."

"Hm yela nanti ada masa balik tau! Kalau tak mama buat lawatan kat rumah kamu!"

Gulp! Buat lawatan ? Seramm betul.
"Okay okay chill mama sayang"

Selepas mamanya masuk ke dalam rumah. Qisya terus bangkit dari duduk.

Qisya mula bangun dan menari akibat keterujaan yg agak melampau. Bukan gelek ya.

"Yeh yeh yeh yeh ahhh tak sabarnya!!! Rumah baru kau tunggu aku datang!"

Qisya mula berlari ke pagar rumah dan berdiri tegak. Sebelah tangan dinaikkan.

"Merdeka! Merdeka!merdeka!" Lagak seperti tunku Abdul Rahman sahaja dia melafazkan merdeka. Kucing jirannya yang lalu di hadapan rumah banglo itu mula memandang pelik ke arah qisya yang terpekik.

Kalau beginilah sifat pelik manusia, aku rela jadi haiwan selamanya.







Bosan? Maaf baru bab1 memanglah bosan. But sokay tapi...VOTE JUGAK YA!

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWhere stories live. Discover now