25

7.9K 498 7
                                    

"Aunty!" Panggil melissa. Dia yang sedang berjalan jalan di shopping mall ternampak kelibat puan sri zaifa. Disebabkan dia antara kawan baik athif, maka dia agak rapat juga dengan puan sri zaifa.

Puan sri zaifa berpaling ke arah suara yang seakan memanggilnya. Terus dia ternampak melissa yang sedang mengejarnya hingga sampai ke padanya.

"Hu penat mel kejar aunty. Tak sangka boleh jumpa aunty kat sini!" Sapa melissa sambil menyalami tangan puan sri zaifa.

"Eh aunty pun tak sangka. Jomla kita pergi minum2 kejap. Aunty sebenarnya haus sekarang ni. Boleh kita sembang membawang" pelawa puan sri zaifa. Dia memang kenal dengan melissa. Dia rakan baik athif. Lama juga mereka berkawan tetapi athif tidak pernah ada perasaan terhadap gadis ini. Pelik juga.

"Okayla mel pun tengah free. Rindu aunty!" Ikhlas melissa. Tapi mel lagi rindu anak aunty. Huh.

*************************

Athif menutup pintu kereta. Dia berjalan ke arah qisya yang sedang menyimpan fon di dalam sling bag nya. Mereka baru sahaja sampai di mall.

"Jom" ajak athif. Dia baru sahaja hendak berjalan tiba tiba qisya memanggilnya.

"Awak kejap!" Tahan qisya. Dia berlari anak ke depan athif. Menghalang athif untuk meneruskan langkah.

Athif memandang qisya yang lebih pendek darinya.
"Why?" Tanya athif.

Qisya tidak membalas sebalinya dia menjengketkan kaki sedikit dan membutangkan satu butang baju athif yang terbuka. Memang takla aku nak bagi perempuan lain tengok dada bakal laki aku.

Athif hanya membiarkan dan merenung wajah qisya. Entah dia tidak tahu asal lihat wajah qisya je hatinya tenang.

"Ha dah siap!" Qisya tersenyum.

Athif memandang bajunya. "Ala nampak tak macho la kalau butangkan baju."
Athif yang baru hendak membukanya balik terus terkejut apabila terasa ada tangan kecil menampar lembut tangannya. Sapa lagi qisyala.

"No no no" qisya membuat jari seperti tidak.

"Yes yes yes" kata athif sambil ingin meneruskan atktiviti membuka butang bajunya.

"No la awak. Saya tak sukala." Kata qisya sambil menarik narik lengan athif yang ingin mrmbuka butang. Qisya membuat muka comel.

Athif memandang muka qisya. Dia mengeluh. Budak ni!
"Perlu ke ? Memang style baju ni macam ni la" pujuk athif.

"Perlu la awak. Saya tak suka la tengok perempuan lain tengok badan awak" kata qisya sambil menundukkan wajah. Malu.

Athif baru faham. Ooo haih. Perempuan perempuan. Insecure betulla. Dia tersenyum.
"Oo rupanya kau jeles. Baru aku faham. Okayla demi kau aku sanggup jadi nerd sekejap" athif mengalah. Qisya menghela nafas lega.

"Tapi ada syaratnya" bisik athif di telinga qisya. Tak jadi nak lega!

Qisya mengangkat wajah.
"Ala apa syarat2 ni awak" qisya menggaru kepala. Ala dia ni asik2 macam ni tau!

"Taknak takpe. Biarla perempuan lain pandang aku. Aku kan idola gadis gadis." Selamba athif sambil memasukkan tangan dalam poket seluar.

"Eee yela yela! Apa dia?" Tak sanggup aku perempuan lain pandang dia!

"Not now sweetheart. Nanti aku bagitahu kau" kata athif sambil tersenyum smirk.

Qisya blur. Aik kalau bukan sekrang bila lagi?

Athif melihat wajah blur qisya. Ala budak ni. Sikit2 selow.
"Dahla tu. Memang nak diri kat situ sampai esok ke? Jom." Ajak athif.

"Tapi kan awak..." athif mengeluh. Budak ni kalau tak tanya apa apa tak boleh ke?

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWhere stories live. Discover now