17

7.8K 523 21
                                    

"Athif sini kejap" puan sri zaifa memanggil athif yang baru sahaja turuni tangga. Athif tanpa banyak songeh terus melangkah ke puan sri zaifa. Dia mengambil tempat di sebelah uminya.

"Why umi?"

"Tak payah nak acah speaking dengan umi eh" dengan aku pun nak speaking ke budak ni?

"Ala umi ni athif try je" athif mengekek ketawa.

"Athif..cuba kamu serius sikit. Umi nak cakap ni"

"Okay athif serius. Cakapla umi. Athif tengah serius." Athif sedaya upaya membuat muka serius.

Malas puan sri zaifa ingin melayan. Ada benda penting harus diluahkan.

"Mama nak kamu kahwin dengan qisya." Dengan sekali lafaz puan sri zaifa memberitahu niat di hatinya. Gila? Tidak. Dia hanya ingin melihat athif bahagia.

Hampir pengsan athif mendengarnya tetapi acah cool.
"Kenapa umi tiba tiba suruh kahwin dengan budak tu pulak?" Adui pahal aku kena kahwin pulak? Lagi2 dengan dia?

"Hey athif. Kamu sendiri kata dia gadis kesayangan kamu. Umi hanya nak senangkan kerja athif. Kamu pun tahu kan masa yang papa berikan dah hampir. Mama nak kamu kahwin dengan qisya. Nak kata kamu tak kenal? Kenal je. Nak kata kamu tak sayang? Sayang kan? Kata gf!" Eleh budak ni! Bukan aku tak tau dia berlakon jadi kekasih si qisya. Takpe nak sangat berlakon kita kahwinkan. Lagipun puan sri zaifa sudah suka benar dengan qisya. Lawa pun lawa. Baik pun baik!

Athif sudah tercengang. Alamak! Aduh macam mana ni?

"Me me memang athif sayang dia. Tapi lama lagila nak kahwin. Qisya tu pun still study la umi" athif membuat muka sedih supaya uminya menarik balik hasratnya.

"Athif, umi buat semua ni demi kebahagiaan athif. Apa kamu ingat dia tak boleh study lepas kahwin? Umi tak kira kamu kahwin je denagn qisya. " puan sri zaifa sudah membuat keputusan. Yang muktamad.

"Ala umi alaa athif nak hidup bujang lama sikitla umi" athif tak taula alasan nya boleh diterima ke tak. Dia membuat muka seperti puss in boot. Tangan uminya dipegang.

"Apa selama nak dekat 3 dekad kamu tak puas hidup bujang? Sudah! Umi nak jugak qisya jadi menantu mama. Dah umi nak tido. Esok kamu jumpa qisya beritahu pasal ni ya.Assalammualaikum huh" puan sri zaifa menolak tangan anaknya yang sedang terkial kial memegang tangannya. Apa benda siap pegang2 tangan? Adui anak aku ni.

Athif melihat pemergian umi tersayang dengan sayu. Athif mengambil bantal di sofa lalu menutup mukanya. Arghhhhh! Jeritnya tetapi dalam hati sahaja. Jeritan batinku! Tak pasal2 kena kahwin dengan budak gedik tu!

*****************************

"Qisya, kau serius ni?" Dewi memandang qisya ragu.

"Ye dewi. Apa lagi boleh aku buat? Haih kau doakan jela aku bahagia dengan pilihan aku ni" qisya tersenyum kelat. Dia menarik bagasinya ke arah dewi yang duduk di sofa. Qisya melabuhkan punggung sebelah dewi.

"Haih yela. Athif macam mana? Kau dah tak sayang dia ke?" Kesian nya pada qisya membuak buak. Kena kahwin paksa satu hal! Lepastu Kena tinggalkan pujaan hati ! Kesian bff aku.

"Athif? Dewi, kau pun tau kan aku sayang dia walau baru je kenal dia. Aku dapat rasa dia adalah manusia yang akan menjadi imam aku. Tapi nak ke dia dekat aku ni? Lagi baik aku ikut pilihan mama aku. Aku taknak kecewakan dia." Qisya pasrah. Matanya sembam. Sudah puas dia menangis di bahu dewi semalam. Takkanla dia nak nangis lagi.

"Hm berat betul kes kau. Janji kau jangan lupa singgah sini ya? Rumah ni rumah kau jugak"

"Eish macam la kita tak jumpa kat u nanti. Ala kau ni boleh je kita shopping ! Sudahla dari layan drama kau baik aku letak beg dalam bonet" qisya menarik bagasinya ke luar rumah. Dia membuka dahulu pagar rumah nya dahulu. Supaya mudah untuk mengeluarkan keretanya.Dia menekan punat keretanya dan membuka bonet. Dewi menemani qisya di luar. Tetapi memag takla nak tolong qisya angkat beg! Berat woi! Entah apa si qisya ni bawak.

"Nanti cite tau macam mana rupa laki tu" pesan dewi.

"Yela adui kau ni" minah ni macam beria sangat kenapa?

" agak2 sama hensem tak dengan athif?" Dewi sengaja mengusik.

"Entahla. Kau pun tahukan bagi aku athif tu hensem sangat!.." sedang qisya bercerita dia tak perasan yang mata dewi sudah terkejut! Mana taknya athif sedang melangkah ke arah qisya. Kenapa mamat ni pergi rumah kita ni qisya?  Aduu qisya. Nasib baik aku dah tutup kepala aku guna towel.

Athif ingin ke rumah jirannya untuk menyatakan hasrat uminya. Pandai2a dia deal dengan qisya. Aik pagar terbuka? Lagi senang aku nak masuk. Cun. Dia melangkah ke rumah sebelahnya dan terlihat wajah qisya yang sedang membelakanginya. Mulut gadis itu seperti membicarakan sesuatu. Kenapa bagasi ada di dalam bonet kereta gadis itu? Kenapa baju qisya seperti hendak keluar? Tetapi pakaian dewi biasa biasa sahaja.

" Walau dia macam iceberg tapi entah kenapa itula yang buat aku cair pada dia!" Beria qisya bercerita. Dewi sudah ternampak athif. Athif menunjukkan isyarah 'shh' kepada dewi.

Aik apahal kena shh2 pulak? Ala qisya ni dahla tengah bercerita pasal kau! Qisya pelik melihat dewi yang tak henti2 memuncungkan mulutnya. Nak kiss aku ke minah ni? Qisya tak perasan yang athif sudah berada di belakang nya. Athif mendengar semua yang keluar di bibir qisya.

"Kesimpulannya, ya aku dah suka sangat pada athif tu wey. Walau dia macam tu dia caring sangat wey. Baik hati. Jejaka paling kacak!" Qisya sudah memintal hujung tudungnya. Bagai malu2.Menandakan dia memang betul sukakan athif! Athif yang mendengar kata2 qisya sudah tersenyum nipis. Kembang? Sikitla tak banyak pun! Cover athif cover.

Dewi sudah menepuk dahi. Mati la qisya lepasni mesti kau malu macam babun!

"Eh dewi kau kenapa? Tadi muncungkan bibir lepastu tepok2 dahi? Sawan ya? Aku cite pasal athif kau yang panas? Ke kau suka dia? Hm kalau macam tu, jaga dia baik2 ya. Aku dah tak boleh suka dia" qisya memuncungkan bibir. Ala sedihnya. Athif sudah tertanya tanya dan merasa tidak sedap hati. Apa maksud dia dengan dah tak bole suka aku?

"Kepala brain kau! Cuba kau pandang belakang!" Dewi sudah tak tahan. Tapi kelakar pula. Beria qisya bercerita padahal tengah memalukan diri sendiri. Gasak kaula qisya.

"Apa kenapa?" Tiba2 qisya terbau seperi wangian lelaki. Macam pernah bau. Aik kenapa aku ada dua bayang2? Tinggi nya? Freehair pulak tu!!Qisya memusingkan badannya perlahan2. Entah kenapa perasaan risau mula menjalar di hati. Alangkah terkejut beruknya qisya selepas pusing. Wajah athif di belakangnya! Athif segak berpakaian kemas . Pakai spek hitam. Huuu kalau bukan diikutkan rasa malu dah lama qisya puji dia.

"Ahh awak kenapa ada kat sini???" Nada qisya sudah naik seoktaf. Athif sudah tersenyum sumbing melihat qisya.

"Don' worry girl. Aku dah dengar semuanya. Thanks puji aku lelebih" athif sedaya upaya menahan gelak. Manakan tidak wajah qisya sudah merah.

"Ahhh saya benci awak! Dewi kenapa kau tak bagitahu aku! Ahhh" qisya sudah berlari masuk ke dalam rumah. Bonet kereta tak sempat ditutup. Apa yg penting lari dari manusia nama athif!

Dewi sudah menggelengkan kepala. Athif sudah tersengih melihat telatah qisya. Padan muka kau! Lepani aku bahan kau!

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWhere stories live. Discover now