31

7.2K 451 17
                                    

"Qisya, macam mana kau leh jumpa mamat tu?" Tanya dewi sambil memasukkan sesudu aiskrim ke mulutnya. Qisya menggeleng setiap malam mesti makan aiskrim budak ni. Kencing manis baru tahu!

"Sapa? " qisya bertanya malas sambil menukar siaran televisyen.

"Ala yang etan? Atan? "

"Eee ethan la! Atan tu pak atan dalam didi and friends" qisya mengambil bantal di sofa dan membalingnya ke dewi.

"Woi nanti bantal kene aiskrim la!" Marag dewi.

"Bluek pandai2 la kau bersihkan" qisya menjelir lidah.

Dewi hanya menjeling. "Cepatla qisya. Citela. Macam mana kau boleh kenal dia?"

Qisya menguap "Nantila aku cite ngantukla"

"Alaaaaa cite la kejap. Aku curious sangat la!" Dewi menggoyangkan lengan qisya.

Qisya tergelak kecil. "Yela perempuan! Okay macam ni. Haritu aku nak hampir accident lepas tu dia selamatkan aku. Yang dekat mall tu pulak, aku langgar dia and hampir jatuh then dia selamatkan aku. Again. So dua kali aku jumpa dia and tak kenal sangat dia tu. Apa yang aku tahu dia cousin kawan aku" ringkas qisya membuat kesimpulan.

Dewi mengangguk. "Wahhh entah2 dia jodoh kau qisya! Kalau kau dalam bahaya ada je dia kan? "

"Aah kan? Bolehla aku nak dia la!" Kata qisya sambil mengerdipkan mata berkali kali.

"Woi! Aku main mainla! Kau tu dah ada athif a.k.a future husband kau! And ethan tu pun terlalu hensem untuk kau! Bagila aku can. Aku ni haih bila la nak kahwin" dewi mengeluh.

Qisya tergelak kecil. "Dasar miang! Nak kahwin cepat eh kau ni. Aku gurau jela! Aku ni setia tau. Walau aku tak tau perkahwinan ni akan kekal ke tak" qisya tersenyum kecil.

"Apa kau cakap ni qisya? Insyaallah perkahwinan kau akan sampai jannahlah." Dewi menggaru kepalanya.

"Dewi, aku tak tahu sama ada dia cintakan aku ke tak. Entahlah aku taknak dia kahwin dengan orang bukan dia cinta. " luah qisya.

Dewi memegang tangan qisya untuk menenangkannya.
"So kau buatla dia jatuh cinta dengan kau. Insyaallah kau boleh. Lepas nikah kan semua benda halal. And aku dapat rasakan athif akan jaga kau dengan sempurna. "

Qisya tersenyum. "Betul juga. Aku kena teruskan perangai gedik aku ni la ye?"

"Haah menggedik la kau dengan dia. Asalkan kau bahagia. Ingat, kau kan pertahankan rumah tangga kau nanti !" Dewi bersungguh memberikan kata2 semangat pada qisya.

"Okay okay dah jomla tidor. Kau nak makan aiskrim sampai kembung ke apa?" Perli qisya sambil bangkit untuk ke biliknya.

"Diamla. Aiskrim ni favorite aku ni. Kau pergila tidur dulu. Aku nak habiskan aiskrim ni." Kata dewi sambil meneruskan aktivitinya iaitu cedok aiskrim masuk mulut.

"Seriusla? Satu mangkuk besar ni kau nak habiskan jugak?" Ternganga qisya dibuatnya. Gila ke apa dewi ni?

"Ala seminggu 3 kali je dahla shuh shuh" kata dewi sambil menghalau qisya.
Qisya hanya menjelir lidah.

*********************************

Athif merasakan tangannya menggeletar. Dia membaca nama wanita itu sekali lagi.

Linda abdullah?

Dia membaca surat itu sekali lagi.

From: your bestie LINDA ABDULLAH

To: ZAIFA AMANI my friend till jannah

Assalammualaikum,sahabat.

Saya ingin katakan yang saya sayang sangat pada awak. Awak la yang membantu saya untuk mendalami agama saya sekarang Islam. Saya sangat bersyukur kerana saya tidak lagi tersesat jalan.

Awak wanita yang sangat baik zaifa. Awakla satu satunya orang yang ingin berkawan dengan saya. Saya sangat gembira mengenangkan kenangan kita.

Saya harap awak tidak terkejut dengan apa yang saya lalukan ini. Saya rasa mungkin saya tidak sempat untuk menjelaskan perkara sebenar. Tetapi apa yang saya lakukan ini adalah untuk kebaikannya.

Dia lelaki zaifa. I have two heroes. Dia hanyalah bayi yang baru sahaja melihat dunia untuk 2 bulan. Jikalau awak fikir saya tidak sayangkannya. Tidak. I really really love him so much. Dia bagaikan nyawa saya. Kami sangat menyayanginya.

Saya harap awak boleh jaga dia dengan sempurna,zaifa. Dan saya tahu itu yang awak akan lakukan. Saya tahu awak teringin sangat inginkan cahaya mata kan? Saya harap awak akan menjaganya bagai anak sendiri.

Kami izinkan awak menukar nama ayahnya. Ini semua untuk menyembunyikan hal ini dari dirinya bila dia sudar besar. Saya terpaksa zaifa. Demi keselamatannya. Saya sanggup buat bergini. Saya harap awak akan menjaganya di malaysia. Percayalah negara ini tidak selamat untuknya.

Hati saya berkecai tetapi apala yang saya mampu lakukan. Hati ibu mana yang tidak sayangkan anaknya? Inilah takdir saya. Mungkin bila awak jumpa surat ini, mungkin saya dah berada jauh dari awak.
Saya yakin bila anak ini sudah besar, dia akan membesar menjadi seorang lelaki yang sangat kacak dan bijak. Tengokla siapa ibunya kan?

Jaga kan dia zaifa. Sesungguhnya saya berhutang nyawa dengan awak. Takkan mampu saya membalasnya tetapi saya mampu mendoakan untuk keluarga awak dan awak. Dan anak ini. Kata padanya mama sayang sangat awak. Tapi mama terpaksa sayang. Mama harap awak tak marah pada mama dan papa. Anak mama adalah jantung hati mama.

Terima kasih untuk segalanya zaifa. Jumpa awak di tempat yang awak harapkan. Di jannah. I love you bestie!

                                                       Lindah

Athif mengesat air matanya kasar. Takkanla anak yang dia cakap ini adalah aku? Tidak mungkin! Kenapa umi tidak pernah beritahu aku? Ya allah apa semua ni?

Kesian linda kan gais. Agaknya sapala dua tu.Sorry guys lama tak update. Saya busy sangat lately ni. Aappun stay tuned kalau nak tahu the truth.much love

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWhere stories live. Discover now