44

7.2K 552 46
                                    

"Aku terima nikahnya Tengku Nur Zinnirah Qisya binti Tengku Haris dengan mas kahwinnya senaskhah Al-Quran."

"Sah? Sah? Alhamdulillah."

Syukur ke hadrat ilahi dengan sekali lafaz Zinnirah Qisya telah selamat menjadi pasangan hidup Athif Fattanah.

Qisya mengaminkan doa dengan linangan air mata. Air mata kegembiraan. Akhirnya crushnya sudah menjadi milik hakikinya selamanya. Yey! Dia melihat susuk badan tegap athif yang juga sedang mengaminkan doa. Pada pandangan matanya athif sangat segak dengan baju melayunya tetapi sejak sudah bergelar suami, segaknya bertambah 5 kali ganda.

Wajah athif pula sungguh tenang dan tidak gugup semasa akad nikah hingga kini. Kenapa aku tengok dia makin hensem eh?

"Haih isteri, janganlah tenung saya lama lama." Tersentak qisya ke alam realiti. Terus memerah mukanya. Bagaimana dia tidak perasan athif sudah berada di hadapannya untuk sesi membatalkan air sembahyang.

Semakin mahu pengsan dirinya apabila dengan selamba athif mengenyitkan mata kepadanya.

"Ma mana ada saya tenung awak" dalih qisya.

Athif hanya tersenyum mendengar bicara qisya. Ala cover pulak! Athif sebenarnya juga terpanar melihat kecantikan isterinya pada hari ini. Wajah itu disolek nipis tetapi sangat menawan dan mampu menggoncang tangkal hatinya.

"Qisya salam tangan suami tu" tegur Tengku Ifa kepada anak nya. Gembira rasanya apabila hajatnya selama ini untuk melihat anaknya bahagia sudah tercapai. Kini, dia mampu hidup dengan tenang kerana ada seseorag yang mampu menjaga qisya dengan sebaiknya. Dia percaya athifla jodoh qisya. Gembira juga hatinya apabila mendapat menantu hensem. Boleh dia show off pada rakan rakannya.

Qisya gugup. Inilah kali pertama dia bersentuhan dengan lelaki selain bapanya. Tetapi lagi janggal ketika ingin menyebut perkataan suami. Terasa berbelit lidahnya.Seperti baru semalam dia mengaku dirinya single kepada teman temannya tetapi kini dia officially sudah bergelar seorang isteri. Mrs athif. Alamak sedap pulak nama!

Qisya menunduk lalu menyalami tangan athif. Dia mengucup sekilas tangan athif. Lembutnya tangan suami aku ni! Pakai lotion apa? Sempat qisya berteka teki di dalam fikiran.

" Ha pengantin lelaki diminta cium dahi si isteri pula ya . Tapi lama sikit ya sebab nak amik gambar ni." Kata jurukamera selamba .

Qisya mula berasa gugup. Dia melihat wajah athif yang sedang mendekati wajahnya lalu memegang pipinya. Bergetar jiwa qisya apabila dia dapat merasai dahinya dikucup lembut oleh sang suami. Terdengar bunyik klik kamera yang ralit mengambil gambar. 

Aik kenapa lama sangat? Qisya hanya diam kerana dia ingatkan kamera masih sedang mengambil gambar.

"Haih pengantin lelaki dahla tu cium dahi isteri. Tak kemana pun isterinya tu." Tegur rakan persekolahan athif, kamal. Terus terdengar gelak ketawa semua tetamu yang melihat termasuk athif sendiri.

Qisya pula sudah tersipu malu. Dia mengangkat wajah melihat wajah athif dari dekat tetapi dia tidak menyangka athif juga sedang melihatnya.

Qisya terpanar melihat senyuman manis athif.
"Hai wife." Kata lelaki itu dengan nada romantik. Ya allah qisya rasa nak pengsan kerana suaminya sangat hot!

Qisya menelan air liur.
"Hai jugak husband" sejurus itu mereka terus tersenyum manis bersama sama.

"Ha mari kita amik gambar pengantin dengan keluarga." Pnggil jurukamera kepada semua tetamu. Hanya saudara terdekat sahaja yang dijemput kerana majlis akad nikah hanya dilakukan kecil kecilan.

Athif terus menarik tangan qisya untuk bangun.
"Jom" ajak athif lalu melangkah sambil memegang tangan qisya. Qisya hanya mengikut tetapi perasaannya seperti ingin menari kuch kuch ho ta hai sahaja. Teruja!

"Okay sekarang giliran pengantin sahaja mengambil gambar berdua. Tak kisah nak buat gaya apa asalkan nampakla kemesraan di situ." kata jurukamera bernama azmi itu.

Qisya mula berasa kekok. Nak buat apa ni? Takkan nak peluk pinggang dia? Kalau cium pipi macam mana ?
Semasa qisya sibuk berfikir ingin melakukan aksi apa, athif lebih pantas memeluk pinggang qisya. Terus jarak badan qisya menjadi sangat rapat dengan badan athif dan dirinya seperti bersandar di badan athif.

Gulp! Okay dia dah buat kerja dia aku pulak buat apa? Ting! Qisya mendapat idea. Terus dia meletakkan kepala dan kedua tapak tangannya didada athif. Dia merasakan degupan athif laju. Qisya tersenyum. Ala suami kita nerves! Laju sangat degupan tu!

"Good good! Okay last picture!" Lantang jurukamera itu berbicara.

Qisya sudah kekosongan idea ingin melakukan aksi apa. Ha! Apa kata kita..

Terus qisya meletakkan tangan di belakang  lalu memeluk pinggang athif kemas. Terkejut athif dengan aksinya. Qisya hanya tersenyum manis memandang kamera tanpa perasaan bersalah.

Athif memandang pinggangnya yang dipeluk oleh qisya. Dia tersenyum nakal. Okay turn aku pulak.

"Satu...dua..tiga" kedengaran jurukamera sudah mengira detik untuk mengambil gambar.

Cup!

Terus membulat mata qisya apabila dengan selamba athif mencium pipinya. Tetapi senyumannya dicuba sedaya upaya untuk dikekalkan. Jantungnya sudah laju mengepam darah ke seluruh muka. Wajahnya jangan disebut sudah seperti tomato!

"Wahh lawa lawa" puji jurukamera itu apabila melihat hasil tangkapannya.

Qisya terus berpaling dan memandang wajah athif yang tinggi lampai itu. Dia menjegilkan mata tanda 'apa awak buat?"

Athif tersenyum nakal lalu membisikkan sesuatu di telinga qisya.
"Not my fault. Kau yang start jadi nakal. "

Qisya mengetap bibir. Aku pulak dikatanya nakal?

"By the way you look so beautiful today, sweetheart" sambung athif sambil memandang tepat anak mata qisya. Qisya sudah terdiam apabila berpandangan dengan anak mata hazel athif. Ini yang aku lemah ni. Gugur iman aku lihat kesempurnaan ciptaan Allah ini.

"Hm you look so deadly handsome today too" puji qisya ikhlas.

Athif tergelak. "Itu semestinya bila je aku tak hensem." Sempat athif menjadi riak akan wajahnya yang tampan.

Qisya mencebik. Dah mula dah riak takbur dia.

Terus terhenti gelak athif melihat qisya.

"Kenapa awak? Ada apa apa ke?" Tanya Qisya kerana pelik kenapa tiba tiba senyuman athif pudar.

"Jangan buat bibir kau macam tu. " athif bersuara sambil merenung qisya.

Qisya blur.
"Ha macam mana? Macam ni?" Terus qisya mencebikkan bibirnya kembali.

Makin geram athif dibuatnya.
"Yes. Please don't. Aku takut aku tak tahan tengok bibir kau tu. Rasa nak kiss je." Bisik athif romantik di telinga qisya.

Terus membahang wajah qisya. Yang kau ni qisya buat bibir kau macam tu kenapa adui! Bebel qisya di dalam hati.

"Whatever lagipun kita tak jumpa pun malam ni" kata qisya ingin menukar topik tetapi tanpa sengaja terkeluar nada hampa. Ya benar. Dia dan athif tidak akan berjumpa hingga hari esoknya supaya senang untuk mereka bersedia untuk hari berikunya. Jadi, mereka akan berjumpa semasa di dewan hotel. Iaitu tempat persandingan mereka esok iaitu hari Sabtu.

Athif tersenyum nakal.
"Kenapa? Kau nak ke aku jumpa kau malam ni?"

"Eii dahla malas saya nak layan awak!" Qisya terus mengalihkan topik kerana dia sudah malu semalu malunya! Terus dia melangkah laju menuju ke arah keluarganya yang sedang mengambil gambar kenangan. Tergelak athif kerana berjaya mengusik isterinya lalu mengejar langkah Qisya. Tersenyum puan sri zaifa dan tengku ifa melihat telatah mereka berdua.

"Saya harap mereka bahagia sampai bila bila kak" ucap tengku Ifa ikhlas dari sudut hatinya. Setiap ibu inginkan hanya satu iaitu kebahagiaan anak mereka.

"Saya pun harap begitu" giliran puan sri zaifa pula berbicara. Ya dia berharap sangat hubungan mereka kekal dan segalanya akan menjadi baik. Keselamatan pasangan itu juga akan terjamin. Itula doanya pada setiap hari.

Wahhh dah kahwin yeyy!!! Readers happy tak? Maaf kalau cringe hahahha mereka memang macam ni.  Macam manala qisya dan athif apabila sudah menjadi suami isteri ya? Apa lagi korang tekanla bintang kecil comel tu and komen la kalau ada apa2! Muah!

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWhere stories live. Discover now