Dia melihat penampilannya di cermin. Tudung bawal berwarna hijau tua dibetulkan sedikit supaya nampak lebih cantik. Dia tersenyum di depan cermin. Tetapi selepas 3 saat senyumannya menghilang. Semalam dia mendapat panggilan daripada butik tempat dia menempah baju nikah dan perkahwinannya supaya datang untuk mencuba baju itu dan sekiranya ada sesuatu pada baju tersebut yang ingin dibetulkan oleh pihak pengantin.
Qisya mengeluh. Semalam pemilik butik itu kata dia belum memberitahu athif. Jadi, maknanya dia perlu memberitahu athif sendiri.
Athif. Nama yang tidak pernah hilang di sudut hatinya. Rasanya sudah seminggu dia tidak mendengar khabar berita tentang lelaki itu. Seminggu juga athif tidak pulang ke rumah. Apakah dia sudah berpindah?
Qisya mengeluh. Tarikh perkahwinan mereka hanya tinggal lagi seminggu. Selalunya pada waktu begini, pasangan biasa atau normal akan sibuk membeli hantaran, menyediakan majlis, dan lain lain. Tetapi majlis perkahwinan mereka seperti hambar. Kerana keluarga qisya yang beria melakukan persiapan. Ibu bapa athif juga ada menolong. Tetapi athif? Seminggu dia hilang. Apa la yang mahu ditolongkan? Khabar aku pun tidak mmgambil tahu.Seperti dia yang beria ingin mengahwini mamat itu. Padahal lelaki itu yang mengajaknya berkahwin. Apa patut aku buat sekarang ini?
"Ish rosak mood aku nak testing baju kahwin la! Ish macam mana nak ajak dia ni? Kalau aku pergi sendiri, nanti apa pulak butik tu kata. Yela mamat tu pun kena try baju kahwin dia jugak. Eeeee kalau macam ni baik aku kahwin dengan pokok lagi senangla! " gumam qisya sendiri.
Ting! Tiba tiba qisya mendapat idea. Apa kata kita sendiri jumpa athif? Saja nak tengok muka dia. Bohongla dia tak merindui lelaki itu. Senyuman lelaki itu. Jadi, by hook or crook, kau terpaksala jumpa dia sendiri Qisya oi.
***********************************
Rasanya inilah tempatnya. Syarikat yang berdekatan dengan kolejnya.
"Cik nak turun di sini ke?" Tanya pemandu grab kepada qisya. Dia hanya mengikut kata-kata qisya supaya memberhentikan kereta di syarikat ini. Terlihat gadis itu sedang meneliti syarikat itu.
"Boleh saya tanya tak?" Tanya qisya.
Pemandu grab bernama mail itu memusingkan badan menghadap qisya.
"Ya silakan cik"
Qisya tersemyum nipis.
"Awak kenal tak ceo syarikat ini?"Mail mengerutkan kening.
"Err saya tak pasti tapi saya dengar ceo syarikat ni muda. Ayahnya tan sri adli tak silap saya"Qisya menghela nafas lega. Ha jadi betulla kat sini. Mamat ni pun tak pernah tunjuk mana syarikat dia. Haritu dia tumpang kereta dewi pun mamat tu berhentikan jauh sikit dari sini.
"Okay terima kasih ya. Nah. Simpan bakinya" kata qisya sambil menghulurkan not rm50 kepada mail. Dia tersenyum ramah.
"Alhamdulillah cik. Semoga murah rezeki cik." Mail senyum kepada qisya. Tidak sangka ada gadis yang baik hati seperti qisya.
Qisya senyum lalu keluar dari kereta. Dia melihat lihat syarikat tersebut. Uish megah nya syarikat ni! Patut dia selalu busy!
Qisya melangkah masuk ke dalam. Alamak err banyaknya tingkat. Aku takut sesat je ni! Tanpa berlengah dia ke kaunter yang berada di situ.
"Hai tumpang tanya boleh?" Gementar qisya bertanya sambil tersenyum. Terlihat wanita dalam lingkungan 30 an itu membalas senyumannya. Hu nasib baik!
"Ya nak tanya apa cik?" Pelik juga dia kerana gadis cantik itu muncul secara tiba tiba di syarikat ini. Rasanya dia bukan pekerja di sini.
"Err athif fattanah kerja di sini ya?" Tanya qisya selamba sambil senyum nervous. Tiba tiba dia terlihat wanita itu tergelak kecil. Aik pasaipa dia gelak pulak ni?

ANDA SEDANG MEMBACA
DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSION
Romance(1st book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I am an iceberg. But don't you realise that I can be like a melting ice when I'm with you, sweetheart?" CEO OF AIS BATU CAMPUR *masih dalam proses untuk mengedit segala penulisan noob UWU. TENGKU ZINNIRAH QI...