24

8K 495 26
                                    

Dah kenapa dah dia ni ajak aku beli cincin tunang? Lepas tu cincin kahwin sekali? Tahula kaya! Tapi qisya kene mengaku jugakla yang apabila mendengar kata2 athif ' Nak beli cincin tunang and kahwin kita' , qisya seperti mahu pengsan. Cair satu hal excited dua hal! Qisya membetulkan tudung di atas kepala supaya nampak elok. Dia memakai tudung bawal berwarna merun dan baju blouse berwarna pink cair. Nampak simple tetapi manis! Untuk sentuhan terakhir, dia memakai lip balm berwarna merah sedikit dan memakai bedak nipis. Natural beauty jela lebih lebih macam orang nak pandang.

Pinnn pinnn

"Mak kau!" Qisya termelatah. Dia melihat tingkap rumahnya. Ternyata ada sebuah kereta audi di bawah. Alaaaa awalnya sampai. Dia pantas mengambil sling bag dan turun.

Dewi yang baru sahaja ingin memanggil qisya terkejut dengan jelmaan yang laju.

"Woi qisya laju laju nak kemana? Sabarla"

" kau tak faham! Dia tu orang tunggu dia boleh , dia tunggu orang never no! Okay babai sayang kau!" Dia terus keluar rumahnya. Dewi menggelengkan kepala. Sejak nak jadi tunang orang ni, bukan main berseri muka. Untungla kau qisya.

Qisya terus masuk ke dalam kereta athif. Dia tercungap cungap. Okay rileks qisya tarik nafassss hembusss. Okay aku dah okay. Dia pandang ke sebelah. Terus ternampak muka athif yang beraut pelik. Seperti 'dah kenapa kau ni'?

"Why?" Tanya qisya. Dia melihat pakaian athif. Bajunya seperti kemeja yang dilipat hingga ke siku. Dua butang bajunya dibuka. Athif juga memakai kaca mata hitam. Sungguh segak di mata qisya. Hello bakal tunang sapa ni? Bangga sekejap.

"Apahal kau ni? Macam baru lepas merentas desa" kecam athif sambil membetulkan rambutnya.

"Ish saya taknala awak tertunggu saya. Kan awak dah hon tadi" kata qisya sambil memakai seat belt. Ala kenapa tak boleh masuk ni. Qisya cuba lagi. Dan gagal. Argh ni tali pinggang keselamatan ke tali pinggang tak bagi orang pakai. Sapa cipta kereta ni? Meh saya saman. Tapi athif punya elok je.

Selepas puas dengan rambutnya, dia menoleh ke arah qisya. Terlihat qisya yang terkial kial memakai seat belt. Athif menggelengkan kepala.

"Ish kau ni. Pakai seat belt pun tak reti." Kata athif sambil dia membuka seat belt nya. Supaya lebih senang untuk bergerak.

"Hey saya bukan tak pandai cuma...." qisya yang sedang memandang seat belt nya terus mengangkat kepala kerana ingin membalas kata2 athif tetapi alangkah terkejutnya dia apabila athif dengan selamba mengambil seat belt di tangan qisya lalu menariknya hingga berjaya di pakai. Sempat qisya bau haruman athif tadi. Wanginya dia.

Athif duduk semula di kerusinya. Dia memakai seat belt dengan rileksnya. Bukan macam qisya.
"Cuma apa sweetheart?" Sempat Athif melihat muka qisya yang acah cool tetapi sudah merah. Dia tersenyum kecil. Baru kacau sikit dah blushing.

"Err takde apa2. Kita nak pergi mana ni awak?" Saja dia bertanya supaya dapat menutup kegugupannya.

"Aku rasa kita pergi shopping beli cincin kejap alang2 tu boleh beli barang sekali." Kata athif sambil mula memandu keretanya.

"Okay" balas qisya sepatah. Karang banyak cakap nanti athif rimas. Selepas beberapa minit diam, qisya mula bosan. Haih susah dapat lelaki pendiam ni!

"Awak, nak tanya boleh?" Qisya sudag dapat topik.

Athif hanya mengangkat kening tanda 'apa?'dan menoleh ke arah qisya yang sedang melihatnya sekilas.

Eee angkat2 kening pulak. Cuba la bersuara sikit. Macam ada emas dalam mulut!

"Kenapa lately ni awak selalu panggil saya sweetheart? Dulu tak panggil pun?" Tanya qisya sambil memandang muka athif yang sedang memandu. Sebenarnya dia ingin melihat jawline athif. Hensem bhai!

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWhere stories live. Discover now