4

10.2K 680 90
                                    


"Wey dewi sumpah handsome wey! Aku tak tipu wey!"

"Ye qisya kau tak tipu sudah la tu!" Ujar dewi dengan muka sengsara.  Stres pulak aku. mana taknya dah 5 kali dia sebut benda sama. Naik bernanah telinga aku tau qisya!

Qisya tersengih.  Nampaknya si rakan baik sudah muak dengan ayatnya.
"Okay okay tapi siyes handsome"

Dewi menggulingkan mata.
"Adui dahla aku nak pergi U dah ni kau jgn merayau pulak!"

"Yelaaa nak merayau apa nya kereta kau pakai kan" memang hanya ada satu kereta saja di rumah mereka iaitu kereta Dewi. Dewi anak orang kaya jadi tidak susah untuk memiliki sebuah kereta.lagipun si qisya tu bukan reti bawak kereta pun. Hello ? Biarlah. Nanti kalau nak dating ke apa, suruh jodoh I je drive.

Beria kata pasal jodoh padahal sendu.

Qisya akur melambai.
"Okay babai"

Selepas pemergian eh macam mati pulak aipp mulut aku ni selepas dewi bergerak ke U, Qisya terus terbaring di atas sofa.

Dia mula memikirkan idea untuk melihat muka lelaki itu kembali. Ya. Dia kena jumpa lelaki tu lagi. Sebab mana mana aku pergi, aku nampak muka mamat tu. Bukak peti ais nampak muka mamat tu. Sapu rumah nampak mamat tu. And masa terbaring ni pun nampak muka mamat tu.

Damn ilmu apa dia guna sampai aku yang susah jatuh cinta pada lelaki tiba tiba tak dapat nak berhenti dari fikirkan dia?

Dan aku masih tak faham macam mana bidadara syurga boleh sesat dekat sebelah rumah aku.

Inikah takdir paling bertuah aku.

Hmmmm idea datanglah dikau ke mindaku.

"Aish kalau nak jumpa dia malam ni silap silap pukul 1.30 pagilah aku boleh jumpa. Hm takpe aku buang sampah lagi esok!  Kalini aku akan tegur dia muahahah. Lepas aku tegur aku minta gambar dia. Supaya boleh buat hilang rindu.  Haih qisya kau ni bijak betulla. " haih tak sia sia hari hari aku makan kismis. 

.

.

.

*****************************

.

.

.

Keesokkan nya, harini mereka berdua akan ke U pukul 12 nanti jadi ade banyak lagi masa. Dan sudah tentula masa yang ada takkan disiakan olah Qisya. Masa itu emas! Lagi lagi masa pagi pagi begini. Paling cun pukul 7 pagi. Automatik jadi masa itu intan permata.

Sebab apa? Sebab dapat melihat wajah sang bidadara sesat.

Wah qisya happynya dapat jumpa kekasih. Kekasih? Aku kenal dia pun tak. Kekasih bendanya. Tapi asal bila aku pandang muka dia automatik jantung aku dub dab ni?? Adakah ini namanya love at the first sight?  Adakah ini cinta kilat?? Kemain kau Qisya.

Akhirnya masa yang dinantikan tiba. Apabila kira kira lagi 10 minit nak pukul 7, Qisya tersenyum bangga. Mari keluarkan senjata rahsia. Apa lagi . Tangan kanan sudah enak menggenggam plastik hitam.

Apa lagi! Jom buang sampah! Dia mula menapak ke luar rumah bagai gaya ninja.

Dia menunggu masa yang sesuai untuk memunculkan diri untuk membuang sampah. Kita kena bijak. Bila dia keluar lah kita kena nampak ada aktiviti  buang sampah. Yela kalau tetiba ada di luar kang dicop skodeng pulak! Tapi bukan itu ke realiti dia? Walau itu realitinya, kita kena pandai cover .

Aha! Tepat tekaan Qisya. Apabila jam menunjukkan 7.05 pagi, lelaki misteri itu pun ingin ke  luar rumah untuk membuka pagar untuk keretanya.  Ha masa ni la sesuai Qisya. Ini lah yang ternanti nantikan!

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWhere stories live. Discover now