32

7K 447 12
                                    

Sorry lama x update. Saya busy la akhir2 ni..😭

Puan sri zaifa meletakkan lauk di atas meja makan. Dia tersenyum. Ni lauk kegemaran athif ni. Masak lemak ikan keli.

"Abanggg athiff mari makan. Dah siap dh ni." Laung puan sri zaifa. Memang itu kebiasaannya. Nanti pandai pandai dua beranak tu cari meja makan ni ha.

"Dah siap ke puan sri zaifa? Saya lapar ni." Tanya tan sri adli sambil memegang perutnya. Dia mendekati isterinya yang sedang berdiri di tepi meja makan.

"Kalau belum siap, saya tak ajak abang"  tan sri adli hanya tergelak kecil. Puan sri zaifa mengerut kening.

"Abang, mana athif? Tadi saya dengar suara dia?" Pelik pula puan sri zaifa. Selalunya jika sebut makan cepat sahaja anak beranak ni duduk di kerusi meja makan ini.

"Hm tadi katanya nak cari awak kat dalam bilik. Dia masih kat atas la tu. " tan sri adli melabuhkan punggung di kerusi .

"Saya panggil dia lah. Kita makan sama2. Awak janganla makan dulu" kata puan sri zaifa sambil menanggalkan apron.

Tan sri adli mengangguk. Haih aku dah lapar ni. Mana la athif ni. Papa dah kelaparan lah.

Baru sahaja puan sri zaifa ingin naik tangga, terlihat kelibat athif yang menundukkan wajah sambil turun tangga dengan longlai.

Puan sri zaifa mengeluh lega. "Ha athif ummi baru nak panggil. Risau jugak ummi. Selalunya bila sebut makan laju saja kamu. "

"Meh duduk sini athif. Papa dah lapar. " puan sri zaifa menjeling tan sri adli. Eee tak reti sabar betul. Tan sri adli hanya memandang puan sri zaifa seperti 'kenapa?'.

Puan sri zaifa mengerut kan kening tanda pelik. Kenapa anak aku tunduk je ni?
"Athif...kenapa dari tadi tundukkan kepala je ni sayang?" Puan sri zaifa mendekati athif dan ingin memegang wajah athif.
Tetapi cepat sahaja athif mengelakkan muka dari sentuhan puan sri zaifa.
"Jangan sentuh athif." 

Puan sri zaifa tersentak. Kata2 athif sangat mengejutkannya. Tan sri adli yang dengar segalanya terus bangkit dari kerusi.

"Athif! Papa tak pernah ajar athif biadap dengan ummi!" Marah tan sri adli. Baginya kelakuan athif sangat kurang beradap kepada isterinya.

"Abang...janganla marah athif mcm tu" puan sri zaifa membela athif. Walaupun dia masih terkejut tapi mungkin athif mempunyai sebab sendiri. Dia melihat wajah athif. Sugul. Makin kuat tanda tanya di kepala. Kenapa dengan anak aku ni?

Tan sri adli beristighfar. Dia mengurut dada.
"Athif, kenapa ni nak?" Tanya nya apabila kemarahannya sudah hilang.
Athif diam. Tan sri adli perlahan lahan mendekati isterinya dan athif. Dia memandang puan sri zaifa tanda inginkan jawapan. Puan sri zaifa menggeleng tanda dia juga tidak tahu.

Tiba tiba badan athif yang kaku menjadi terhinjut hinjut. Dia mendongak memandang kedua dua ibu bapanya.

Puan sri zaifa dan tan sri adli terkaku. Mereka lihat wajah athif yang dihiasi air mata. Semakin lama semakin berjuraian.

"Athif, kenapa ni sayang? Ceritala pada ummi. Ummi tak suka tengok athif macam ni sayang. " puan sri zaifa seperti ingin menangis sekali. Lumrah seorang ibu. Pantang nampak athif sedih. Dia juga yang sedih.

"Ya athif. Cerita je pada kami" tan sri adli juga amat risau. Jarang athif menangis di depan mereka. Athif seorang yang tegas dengan orang luar tetapi manja di rumah. Jadi, jarang orang mencari pasal dengannya. Kali terakhir athif nangis semasa puan sri zaifa terjatuh tangga dan kakinya terseliuh semasa athif berumur 8 tahun. Mungkin kerana dia terlalu sayang akan puan sri zaifa.

"Ke...ke..napa umi pa..pa sorokkan ha..hal ni dari a.. athif?" Tergagap athif bertanya dalam nada sendunya.

"Hal apa athif? Ummi tak pernah sorokkan apa2" puan sri zaifa ingin mendekati athif semula tetapi athif mengundurkan dirinya.

"Ja..jangan dekat dengan athif!" Marah athif.

"Athif, kenapa ni nak? Apa hal nya tu? Tak baik tinggikan suara pada ummi athif!"
Marah tan sri adli semula. Kenapa anaknya berkelakuan ganjil ni?

"Huh ummi? Dia bukan ummi athif!" Kata athif sambil memandang tan sri adli berani. Matanya merah tanda marah atau sedih yang amat. Menggigil tangannya sambil memegang surat.

Jantung Puan sri zaifa berdegup laju. Dia melihat ada surat di tangan athif. Tidak! Tidak mungkin athif sudah tahu semuanya.

Berkerut muka tan sri adli. "Athif! Kenapa cakap macam tu? Ini ummi athif!"

Athif tergelak sinis. Kenapala hidup aku macam ni?

"Jadi, siapa linda?" Athif bertentang mata dengan tan sri adli.

Terus terkaku tan sri adli dan puan sri zaifa.

"Linda?" Tan sri adli menyebut nama wanita yang merupakan rakan baik isterinya.

"Ya linda. Linda tu bukanka mama athif?" Saja athif bertanya. Apabila melihat kedua dua manusia di hadapannya kaku dia tergelak besar. Bunyi gelak nya bagi puan sri zaifa sangatla sedih.

"Kenapa diam? Huh surat ni" athif menunjukkan surat itu kepada kedua dua manusia itu.

"Surat ni dah beritahu semuanya lah! Seronok? Seronok tak dapat sembunyikan semua ni? Kalau athif tak jumpa surat ni,entah2 sampai mampus pun athif tak tahu lah!" Athif menghempas surat itu ke lantai. Bukan niatnya ingin berkurang ajar dengan kedua dua manusia paling dihormatinya. Tetapi kebenaran ini sangat pedih. Tersangat. Dia sedaya upaya menahan air mata dari menuruni di pipi lagi.

Tan sri adli hanya menggeleng. Tidak terdaya dia ingin memarahi athif. Kerana benar. Semuanya salah dia dan isterinya.
Puan sri zaifa memegang dada. Ya allah. Kenapa semua ni berlaku. Dia merasa badannya longlai.

"Allah!" Kata puan sri zaifa badannya hilang arah.

"Zaifa!" Cepat2 tan sri adli menerpa isterinya. Dia memegang bahu puan sri zaifa dan mendudukkan isterinya di sofa .

Athif hanya memandang sekilas. Jika bukan kerana hati yang terluka, cepat sahaja dia akan membantu.

Tan sri adli menoleh memandang athif. "Athif! Apa yang athif tahu ni?"

Athif tergelak sinis. "Semuanya. Yang tan sri adli dan puan sri zaifa bukan ibu bapa kandung athif fattanah. Dan mama sebenar athif tiada. Dan senang2 je dia suruh tukar nama bapak athif jadi berbinkan adli! " dia menepuk tangan.

"Hebat hebat!" Puji athif.

"Athif.. ummi boleh cerita semuanya. Tapi ummi mintak sangat jangat marah mama sebenar athif! Dia tak salah!" Kata puan sri zaifa sambil mengelap air mata yang tidak henti mengalir.

"Jadi, nak athif buat apa? Duduk gelak minum kopi? Lepas tahu yang athif ni bukan darah daging ummi papa! Ha? Mana keluarga athif? Kenapa dia tinggalkan athif? Apa jijik sangat ke athif ni?"

Puan sri zaifa bangkit. "Athif! Jangan kata macam tu! Keluarga athif sayang sangat pada athif! Athif sepatutnya bersyukur mereka buat macam tu!"
Tan sri adli memicit dahi. Dia tahu athif akan mengamuk dan susah dikawal. Jadi dia perlu bijak dalam hal ni. Dia tidak boleh menggunakan emosi.

"Syukur? Apa lawak yang anda cuba lakukan? Syukur jadi anak yang dibuang? Syukur jadi anak patung? Boleh bagi2 sukahati? " athif menggelengkan kepala. Boleh gila aku macam ni! Dia terus pergi ke pintu untuk keluar dari rumah ini. Panas hatinya!

"Athif! Athif jangan tinggalkan umi!" Kata puan sri zaifa sambil ingin mengejar athif. Cepat sahaja tan sri adli menggapai tangan puan sri zaifa sebelum sempat puan sri zaifa bergerak mengejar athif.

"Abang!jangan halang saya! Athif dia nk pergi!" Rayu puan sri zaifa. Dia memandang sayu kelibat athif yang sudah menghilang.

"Kita kena bagi masa pada dia tenagkan diri. Kalau tak penjelasan kita takkan dia dengar" pujuk tan sri adli sambil memeluk isterinya. Niatnya ingin menenangkan wanita itu. Puan sri zaifa teresak esak menangis di dada suaminya. Linda! Apa patut saya buat sekarang?

Kesian ummi dan papa. Tapi kesian jugak pada athif. KORANG SOKONG SIAPA? Haih stay tuned kalau nk tahu apa jadi nanti!

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWhere stories live. Discover now