ending

12.2K 611 100
                                    

Jangan lupa add my second and third masterpieces di reading awak semua juga! Don't worry sama best dengan cerita ni tau! Vote and share DIA Encik Suami Nakal dan DIA Encik Mata Biru ♡

8 bulan kemudian....

"Abang, tolong pegang kejap hadif ni bang." Pinta qisya. Athif dengan gembira terus mengangkat putera sulungnya dari dakapan qisya.

"Sayang penat ke?kalau sayang penat rehatlah kejap. Takpe abang boleh handle kenduri ni." Kesian pula athif melihat wajah penat isterinya. Dahla sedang masih proses berpantang!

Alhamdulillah minggu lepas isterinya selamat melahirkan putera sulung sekaligus pujaan hatinya iaitu Muhammad Hadif Rizki bin Athif Fattanah. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bahagianya hatinya saat menyambut kehadiran cahaya matanya. Betapa syahdu dirinya apabila mengiqamatkan anaknya. Betapa cair jiwanya apabila melihat anaknya membuka mata dan melihatnya. Apa yang tidak disangka,Mata anaknya juga berwarna hazel terang! Syukur ya allah kerana dikurniakan bayi secomel hadif.

Qisya senyum nipis.
"Abang ni. Saya okayla. Cuba badan lenguh sikit ."

Athif turut senyum. Dia tahu betapa kuatnya isterinya. Yela baru minggu lepas bersalin nak jugak buat kenduri kesyukuran atas kelahiran Hadif ini.
Athif sebagai suami tak mahu menghalang isterinya yang gembira gila tu.

"Yela sayang. Sayang jela yang hebat kuat. Siapalah abang ni ingin melawan sayang.."

Qisya gelak manis. Tiba tiba dia teringat sesuatu.
"Abang, ethan tak datang lagi ke? Tak nampak pun dia?" Pelik pula qisya apabila tiada kelibat abang iparnya di rumahnya kini. Padahal katanya dah jejak malaysia tetapi tak datang datang. Ke mana lah dia ni pergi. Risau aku.

"Ethan kata dia datang kejap lagi. Adalah tu jalan jam ke apa. Inshallah kejap lagi sampailah tu." Pujuk athif. Mereka memang ambil berat tentang ethan lagi lagi semenjak kematian rakan baik mereka aleysha benjamin. Athif juga turut mengajak ethan tinggal di malaysia tetapi ethan kata mungkin suatu hari nanti.

Qisya hanya mengangguk faham.

"Woi! Mama budak! Tak nak makan sama sama dengan aku ke?" Suara manja itu terus membuatkan mata mereka memandang.

Terlihat dewi manis berbaju kurung warna jambu lembut sambil memegang sepinggan nasi dan ayam masak merah.

Qisya terus tergelak.
"Kau ni nak dekat kahwin pun nak makan dengan aku. Baik kau suruh si ehem teman kau. Suap kau sekali!" Sakat qisya.

"Kalau ikutkan aku memang aku nak dia suap aku tetapi apala boleh dilakukan. Dia kan kuat iman! Mana boleh sentuh sentuh. Sikit sikit dosa. Yela anak imam la katakan!"

Terus mereka berdua tergelak di situ. Athif hanya mampu menggeleng kepala melihat perangai mereka yang tidak pernah berubah . Kebudakan walau sudah tua!

Dewi yang baru perasan athif sedang mendukung hadif terus tersenyum teruja. Dia meletakkan pinggan nasinya di atas meja beehampiran.
"Heyyy hadif adala.. meh kat mummy dewi meh. Ala comelnya." Terus dewi membuat isyarat yang dia ingin mendukung hadif.

Athif terus memberi hadif kepada dewi sambil tersenyum senang.

"Memanglah hadif ada. Dah mama dia ada kat sini. Anak aku memang comel.dia ikut muka mama dia kan abang?" Gurau qisya sambil memandang athif.

"Tak dia comel ikut muka abang. Nampak mata dia tu warna hazel!" Ujar athif selamba.

"Hahahaha husband tak backup!" Ejek dewi sambil gelak riang.

Qisya mencebik. Eiiyai dua ekor ni kang!
"Nazrul!meh lah sini makan sekali kat meja ni." Qisya terus menunjukkan meja di sebelah mereka yang kosong kepada nazrul yang juga baru datang dengan membawa pinggan.

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWhere stories live. Discover now