57

6.7K 428 17
                                    

Ethan melangkah ingin masuk ke dalam pejabatnya. Eric yang menyedari bosnya itu sudah muncul di depan mata terus memanggil jejaka itu.

"Mr ethan!"

Ethan terus menghentikan tindakannya yang ingin membuka pintu pejabat lalu berpaling wajah memandang eric. Keningnya hanya dinaikkan tanda 'mengapa?'.

"Err this letter is for you. I don't know who is the giver. It already on my table when I came here,sir." Ujar eric sopan sambil menghulurkan sampul surat misteri itu kepada ethan.

Ethan menyambutnya sambil senyum kecil.
"It's okay. Oh yes eric, please make one cup of coffe for me. Less sugar okay?"

Eric memgangguk dan melihat ethan yang sudah masuk ke dalam pejabat. Dia terus pergi ke pantri untuk membancuh kopi untuk Ethan.

Ethan melabuhkan punggung di kerusi mahalnya dan memandang surat yang bersampul berwarna putih. Dia menilik surat itu. Dari siapa surat ini? Dia melihat bahagian atas sampul itu. Bertulis namanya. Jadi memang ini surat untuknya.

Dengan perasaan ingin tahu dia membuka sampul itu dan melihat ada sehelai kertas yang sudah dilipat. Terus dia membuka lipatan kertas itu untuk membaca isinya.

Do you think I'm stupid?

Go Mr Daniel Ethan! Go protect your brother before I come and kill him! 
Oh I  mean Noah Fattanah!

p/s: or I think you should use all of his money before I will steal all of his TREASURE from him.

Adios,
John.

Terasa tangannya sedikit menggeletar membaca isi surat itu. Dia terus meletakkan surat itu dan meraup wajahnya. Bagaimana si tak guna ni boleh tahu kebenarannya? Rasanya hanya dia dan athif sahaja yang memgetahui hal ini. Tak mungkin athif! Tak mungkin adiknya ingin membahayakan nyawa sendiri. Jadi siapa musuh dalam selimutnya kini?

************************************

"Awak, saya nak makan asam." Kata qisya sambil cuba menggapai plastik yang berisi asam di tangan athif di sebelahnya.

Athif menaikkan tangan menghalang qisya mendapatkan asam tersebut.
"No no no. Kau tahu tak berapa banyak dah kau makan benda alah ni? " ujar athif lalu memasukkan satu keping asam ke dalam mulut.

Qisya memeluk tubuh tidak puas hati.
"Awak tu pulak? Saya rasa awak lagilah banyak makan asam tu dari saya tau!"

"Sukahati aku lah. Sebenarnya aku pun pelik kenapa tiba tiba aku minat asam. Dulu tak pula. Sekarang aku suka rasa benda masam masam. Kenapa eh sayang? Aku rasa doktor tu salah ceklah. Ada ke patut dia kata aku sihat? Kalau aku sihat aku takkan sentuh benda alah ni!" Bebel athif menggoyangkan tangan.

Qisya menggigit bibir. Dia masih belum beritahu perihal dia mengandung kepada athif. Saja dia ingin memberitahu hal ini dengan cara paling gempak sekali tetapi suaminya sibuk kebelakangan ini. Mungkinkah ini masa yang sesuai?

"Mana mungkin doktor salah cek. Mungkin awak mengidam kut." Usik qisya sambil melentokkan kepala di bahu athif.

Terkerut kening athif dibuatnya.
"Aku? Mengidam? Itu dah lain macam!lainlah kalau kau mengidam. Itu baru betul. Kalau aku mengidam dah lama aku mengandung." Ujar athif sambil tergelak kecil. Terasa kelakar pula apabila memikirkan dia mengidam. Pfft takkanlah aku makan semua benda pelik sebab mengidam! Nonsense. Takkanlah aku macam kuda laut? Kuda laut jantan kan yang akan melahirkan anak. Aik?

"Tapi ada je suami dia mengidam sebab isteri dia yang mengandung. Banyak jadi kes unik macam tu." Qiaya memandang wajah athif ingin melihat reaksi athif. Adakah mampu athif menghadam kata-kata penuh makna nya? Sebijak mana suaminya ini agaknya.

"Ada eh? Ha kalau macam tu maknanya aku mengidam mestilah sebab kau mengandung!" Athif gelak lagi. Tetapi terus terhenti gelaknya. Jap maknanya...

Terus dia memandang wajah qisya yang sedang memandangnya sambil tersenyum.
"Jadi...maksudnya kau pregnant?" Tanya athif sedikit kuat.

Qisya mengangkat bahu sambil membalas pandangan athif dengan pandangan penuh makna dan senyum kecil.

Athif terkesima. Mata hazelnya terus dibesarkan.
"You? Preg..pregnant? My child?!"

Qisya hanya tergelak riang melihat kegugupan suaminya. Siap gagap lagi!

Athif memegang kepalanya. Adakah ini semua benar? Isteri nya sedang mengandungkan anaknya?

Dia terus bangun berdiri. Qisya sedikit terkejut dengan tindakan mengejut athif.
"Kenapa awak tiba tiba bangun ni?"

Athif diam. Dia terus berpaling kan diri arah qiblat lalu sujud syukur.
"Alhamdulillah terima kasih ya allah." Ujar athif sayu sambil menadah tangan.

Hati qisya dipagut rasa terharu yang amat. Tersentuh hatinya melihat tindakan athif .
Terus dia bangun dan melangkah ke arah athif lalu memeluk tubuh suami nya apabila athif sudah berdiri semula.

"Happy tak?"

Athif senyum manis dan mencium dahu isterinya sekilas.
"Gila tak happy? Anak kut?!" Terus mereka Sama-sama gelak. Tetapi terus perasaan bingung hadir di minda athif.

"Tapi haritu bukankah sayang kata result dia negatif? Ummi pun kata macam tu."

"Emm sebenarnya saya yang suruh ummi rahsiakan sebab saya nak buat suprise kat awak. Lagipun masa tu awak tengah pening. Mahunya nanti awak pengsan terus lepas dengar!"

Athif mengangguk. Tapi sekelip mata wajahnya bingung semula.
"Tapi kenapa aku yang kena simptom muntah mengidam semua ni?"

Qisya mengangkat bahu.
"Doktor tu cakap simptom ni daripada keturunan. "

Athif mengangguk lagi. Ooo begitu. Dia senyum. Mungkin ayahnya dahulu juga mengalami pengalaman ini.

"Okay now! Aku tak nak kau buat apa apa kerja mulai hari ini. Kau kena dapat rehat yang cukup. And make sure! Jaga kesihatan. Makan benda berkhasiat. And jangan buat kerja berat. Kalau boleh.." athif terus berpesan sambil menggoyangkan jari telunjuknya bagai mak membebel kepada anaknya.

Qisya terus menutup telinga. Tak mampu mendengar leteran athif yang sepanjang badan kereta api.

Athif mencebik. Sikit sikit tutup telinga.  Aku cakap benda betul je!

Qisya terus menjatuhkan tangan apabila melihat athif mencebik. Alamak!
"Yelaaa saya akan sedaya upaya jaga diri saya baik baik demi anak awak ni."

"Anak kita." Terus athif mengusap pipi qisya. Qisya merenung anak mata hazel itu lalu tersenyum manis . Aww cair saya lah awak ni!

Ting ting! Ting ting!

Athif tersentak mendengar telefonnya berbunyi. Terus dia keluarkan telefonnya dari poket seluar. Dia melihat nama pemanggil. Timbul rasa tidak sedap hati. Mengapa abangnya menelefon dia pada masa sekarang?

"Jap eh sayang. Aku kena angkat call."ujar athif sambil mengusap kepala qisya.

Qisya mengangguk lantas kembali duduk di sofa.

"Yes. Why bro?" Tanya athif.

Terus terdengar keluhan berat keluar dari mulut ethan. Terus hati athif makin rasa tertanya.

"Calm down and tell me." Athif cuba menenangkan ethan walau dia sendiri sudah rasa tidak sedap hati.

"Noah, actually I got a mysterious letter this morning and when I opened and read it, then I found out  that this letter....is from..John. Yes! the leader of Tiger Warrior. He already know everything! I don't know how he know about us. And he wants to kill you." Nada suara Ethan jelas kelihatan hampa.

Tergamam terus athif. Tiger Warrior sudah tahu? Bagaimana dengan dia sekarang ini? Adakah ini bermakna keselamatannya dalam keadaan yang amat bahaya?

Baru athuf bersuka ria dengan qisya dah dapat kabo sedih! Okay gais sorry kalau ada typo and tekan bintang kecil! Muah!

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWhere stories live. Discover now