60

7K 443 25
                                    

"Alhamdulillah kandungan puan sihat. Tetapi puan perlu makan makanan yang berkhasiat lebih lagi ya?" Pesan doktor anita sambil memandang wajah qisya.

Qisya sengih menunjukkan gigi cantiknya.
"Bàiklah doktor! Saya janji saya akan jaga pemakanan saya! "

Doktor anita hanya mampu tersenyum melihat sikap qisya yang ceria.
"Baguslah macam tu. Err dewi, tolong pastikan kawan awak ni jaga pemakanan dia ya?"

Dewi mengangguk akur.
"Saya akan pastikan. Doktor jangan risau lagi. Dia ni memang tak reti jaga pemakanan sebab suami dia ni asyik asyik manjakan dia ni je. Semua isteri dia nak main bagi je!" Dewi mengerling sekilas qisya untuk melihat reaksi wanita itu. Tersedakla kau athif kerana menjadi topik mereka.

Qisya mencebik geram. Ingin sahaja ditampar mulut bak burung murai si dewi itu. Hey my husband is the best!

"Ala dia sebenanrnya jeles dengan saya doktor. Kau kalau jeles sangat, pergilah kahwin. Eeee! Tu ha mamat kat luar tu boleh amik jadi suami."

Dewi memekakkan telinga mendengar kecaman qisya. Dia menjeling qisya. Mamat mana? Nazrul? Oh pleaseela! Kenal pun tidak.

Doktor anita gelak kecil melihat pergaduhan manja mereka. Rindu pula zaman mudanya sewaktu dulu. Aik? Sekarang dia sudah berumur 40 tahun dan mempunyai tiga anak.

"Mamat mana ya?" Tanyanya spontan.

Ingin tersedak dewi mendengar soalan doktor itu.

Qisya yang baru ingin menjawab terhenti gelagat nya apabila pintu bilik itu diketuk.

"Ya,masuk."

Terus pintu dibuka sedikit dan tersembul wajah nazrul.
"Er maaf ya doktor. Tapi maaf lepasni saya ada urusan jadi kena hantar qisya balik sekarang." Serba salah pula rasanya mengacau perbualan mereka tetapi memang betul dia mempunyai tugas sebentar lagi. Kerja sebagai inspektor tak pernah habis.

Qisya senyum ejek.
"Ha doktor, inilah mamat tu!" Ujar qisya riang.

Dewi sudah terbatuk batuk kecil.
"Uhuk uhuk. Doktor rasanya dah habis kut sesi check up ni. Kami balik dulu ya?"

Doktor anita tergelak melihat drama di hadapannya kini.
"Ha elok la kamu semua balik. " dia sudah mengganggap mereka adiknya kerana perangai qisya dan dewi yang peramah.

"Okay bye doktor. Muah!"

Nazrul yang masih blur hanya bantu membukakan pintu bilik itu. Apahal aku yang kena tadi? Diorang mengumpat aku ke?

"Dah mari kita balik. Laparnya!" Ujar dewi kuat. Lapar beb! Dah pukul 2 ni!

"Makan je kerja." Dewi pantas menangkap kata-kata nazrul yang perlahan.

"Hey sukahati sayalah. Perut saya bukan awak!" Nazrul diam. Alamak makcik ni dengar pulak!

"Korang, aku nak pergi kedai runcit tu sekejap lah. Nak beli air kotak. Haus pulak ." Ujar qisya lalu melangkah ingin menuju ke kedai. Malas ingin masuk campur hal mereka. Dari mula datang asyik melawan mulut sahaja mereka ini! Penat aku dan anak aku dengar. Kan baby kan. Terus dia mengusap sedikit perutnya yang sudah berbentuk sedikit. Suka dia melihat baby bump!

"Eh takpelah biar saya belikan. Awak duduk sini. Dewi, jagakan qisya sekejap. " pantas nazrul mengayun kaki meninggalkan qisya dan dewi.

"Ish apahal semua orang ni? Kejap kejap jaga qisya elok elok ya? Sikit sikit jagakan qisya tau! Apa bahaya sangat ke dunia ni? Fikir aku penjaga kanak kanak ke?" Dewi membebel sambil menutup mata menghalang dari terkena pancaran matahari.

Qisya terus tergelak.
"Aku special. Ibu mengandung. Kau?kahwin pun tak! Uwek!"

Dewi memuncung mulut merajuk.
"Sampai hati kau! Kau fikir aku taknak kahwin ke?" Aku juga ada impian qisya oi.

Baru sahaja qisya ingin membalas kata-kata dewi, mereka berdua terkejut apabila sebuah van hitam tiba tiba berhenti di hadapan mereka.

Dewi pantas memegang tangan qisya erat. Merasa tidak sedap hati dengan kehadiran mengejut van itu.

Terenjut badan mereka apabila pintu van itu terbuka keluar dua orang lelaki berbadan besar dan memakai topeng.

"Come here!" Ujar salah satu lelaki lalu memegang lengan qisya kuat supaya mengikutnya ganas.

"Dewi?! Tolong?!' Jerit qisya kuat. Dia cuba untuk menepis tangan besar lelaki itu tetapi tidak mampu kerana perbezaan saiz badan mereka.

Dewi yang panik terus menarik sebelah tangan qisya tidak mahu qisya pergi darinya mengikut lelaki lelaki gemuk itu.

"Eh korang nak buat apa ni?!lepasla?!" Jerit dewi.

"Eish idiot!" Terdengar lagi seorang lelaki memaki dewi. Panas hatinya melihat tindakan dewi yang menarik qisya dan menghalang urusan kerja mereka. Tanpa belas dia menolak badan dewi hingga gadis itu terjatuh ke tanah. Menyusahkan!

"Argh! Sakitlah gemuk!!!!!" Marah dewi. Dia cuba bangkit semula untuk membantu qisya tetapi malang nasibnya. Aduh! Kakinya terasa seperti terseliuh akibat ditolak kuat.

"Dewi?!tolong?! Sesiapa tolong saya?!" Jerit qisya. Terasa ingin menangis hatinya melihat teman baiknya ditolak sebegitu. Dia meronta kuat meminta merayu dilepaskan.

"Shut up!" Ujar lelaki itu lalu menolak qisya kasar supaya masuk ke dalam van. Qisya yang dipaksa masuk van terhantuk kepalanya pada tingkap van itu. Terasa pening dirinya semakin kelamaan makin kelam pandangannya.

Nazrul yang baru sahaja keluar dari kedai terlihat seorang lelaki menolak qisya masuk lalu menutup pintu van. Tidak semua ini tidak boleh berlaku !

"Woi?!" Jerit nazrul kuat lantas berlari mengejar van itu.Tetapi van itu lebih pantas meluncur pergi dari situ.

"ARGH! Tak guna!!!" Jerit nazrul geram. Ini semua salahnya! Kalaulah dia tidak melengahkanan diri ke kedai tadi,sudah tentu semua ini tidak akan terjadi.

Sebentar baru dia teringat. Dewi! Mana dewi. Entah kenapa hatinya mula risau tentang gadis itu.

Pantas dia berpusing. Makin mendidih hatinya melihat dewi sedang duduk sambil memegang kakinnya lemah. Dayus punya gemuk! Dia menggengam penumbuk.Pantas dia berlari ke arah dewi untuk memberikan bantuan.

************************************

"So melissa is the one that make all of this happened?" Tanya ethan kepada adiknya di hadapannya.

"Yes. And we have the proof. CCTV cameras that filmed melissa in Tiger Warrior's company." Ujar athif tenang padahal hatinya memang terasa ingin terkam melissa hidup hidup. Gara gara minah tu semua ini terjadi.

Ethan mengangguk perlahan.
"Then what's next?"

"We need to do like what we had planned. We need to search where is Tiger Warrior's location now before they do something horrible. "

"But..." terhenti kata kata ethan apabila terdengar bunyi deringan datang dari telefon athif.

Pantas athif menjawab panggilan apabila nama nazrul tertera di skrin. Terasa tidak sedap hati pula.
"Kenapa naz?"

"Apa?! Kena culik?!" Hampir terjerit athif apabila mendengar khabar berita bahawa isterinya sudah diculik. Hatinya usah dikata, sakit pedih!

"Kau sabar kejap! Aku datang sekarang!" Ujar athif. Dia menahan rasa sedih. Terasa mahu gugur hatinya mendengar khabar berita itu.

Ethan menahan lengan athif dari bangun dari kerusi.
"Why? What happened noah?" Tanya ethan lembut. Dari pandangan matanya ternyata ada sesuatu yang dasyat telah berlaku kepada adiknya sekarang.

Athif meraup wajahnya menahan panik.
"My..my wife..qisya has been kidnapped."

Terus terasa terkejut ethan mendengarnya.
"Okay now, you need to calm down first. Let's go. Everything has a solution noah." Pujuk ethan walau hatinya juga sedang gundah gulana kerana qisya.

Athif mengangguk lemah. Sekarang apa yang penting keselamatan qisya dan anaknya! kalau apa apa terjadi pada isteri dan anaknya, dia berjanji akan membalas dendam! Takkan dia maafkan pesalah itu!

Huwaaa qisya! Tidakkk!! Macam mana ni lepas ni? Anyways sorry typo! Tekan bintang kecil. Enjoy! Muah. Sahur nak. Author memang suka bebenor update masa sahur ya tak? Tiber.



DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWhere stories live. Discover now