51

8K 480 13
                                    

"Hello melissa dah sampai ke tu?"

"Dah papa. Mel ada di cafe berdekatan hotel sekarang ni. Saja tengok kawasan sekitar hotel ni." Jelas melissa kepada papanya, dato Ismail.

"Jaga diri elok elok mel. Kalau ada apa apa telefon je papa ya?" Pesan dato Ismail. Risau dirinya apabila anak kesayangan berada jauh di depan matanya. Dia juga agak terkejut dengan keputusan melissa untuk bercuti di Amerika Syarikat selama seminggu. Tiba tiba sahaja anaknya ingin melancong. Tetapi dia tidak kisah asalkan anaknya tahu untuk menjaga diri di negara orang.

"Ye papa. Mel dah besar lah. Papa, mel letak dulu ya?nanti kita call balik." Melissa berkata sopan. Dia senyum nipis. Haih papa papa tak habis habis risau. Dia saja ingin menenangkan diri di sini. Ada naluri yang menyuruhnya melancong di sini. Takpelah boleh dia pergi ke new york. Bosan juga melihat suasana malaysia sahaja.

"Ethan, do you know that you might be killed?!" Tiba tiba telinganya menangkap perbualan seorang wanita yang berwajah masam mencuka dan lelaki berwajah selamba bersebelahan mejanya. Dia memandang sekilas. Gaduh pasangan bercinta la tu. Terus dia mengalihkan wajah kembali memandang telefonnya. Dia membuka gallerynya untuk melihat gambar-gambar permandangan yang di ambil semasa di hotel tadi.

Tangannya terhenti apabila telefonnya menunjukkan gambar perkahwinan athif yang sempat diambil dari beberapa keping gambar yang alif tangkap secara rahsia. Dia menggenngam penumbuk. Terus dia menarik nafas dan lepaskannya perlahan. Sabar melissa. Kau akan dapat balas dendam juga akhirnya nanti. Dia merenung satu satu wajah di dalam gambar. Gambar itu menunjukkan qisya dan athif mengambil gambar dengan seorang wanita dan jejaka yang dia tidak kenali.

Dia melihat gerangan yang berdiri di sebelah qisya. Wajah gadis itu seperti orang luar negara. Jap kenapa aku macam pernah nampak eh tapi di mana ya? Dia melihat pula jejaka yang berdiri di sebelah athif. Lelaki itu bermata biru! Sah luar negara! Tapi mengapa aku macam pernah lihat mereka ya?

Semasa otaknya ligat berfikir telinga menangkap lagi perbualan manusia di meja sebelah yang tidaklah kuat mana tetapi masih mampu didengari olehnya.

"Suit myself. Can you mind own your  business aleysha?" Tanya jejaka mata biru itu sambil memeluk tubuh.

Terlihat gadis yang dipanggil aleysha itu memicit dahi.
"The problem is you make yourself in dangerous fo someone else's sake! " suaranya ditahan supaya tidak meletus.

Melissa memerhatikan mereka teliti. Jap! Adakah mata aku sakit? Tidak! Dia memandang gambar itu kembali. Tak silap lagi! Memang mereka berdua dalam gambar ini! Dia tersenyum sinis. Apalah nasib. Pergi sini pun masih berjumpa orang yang ada kaitan dengan athif si tak guna tu. Haih. Tetapi telinga masih ingin menangkap setiap bicara mereka. Mana lah tahu berguna untuknya kelak.

"I made this decision for everyone's sake. " ujar lelaki itu perlahan.

Aleysha tersenyum sinis.
"I dont see any benefit from this ethan. What benefit you will get? You gonna die!"

Ethan senyum hambar.
"I can help my brother get his happiness. I can make him happily ever after with his wife and maybe child soon."

"I dont understand. Why you do this only to make him happy. Then you? Dont you want to get married too? Dont you want to have son too? Why are you only think about  athif?!" Aleysha menekan suaranya apabila menyebut nama athif. Siapa sangka suami kepada rakan  baiknya adalah adik kepada Ethan! Betapa kecilnya dunia ini! Semalam dia baru mengetahui nya apabila terdengar perbincangan mereka di pejabat ethan. Dia ke sana semalam untuk mengajak ethan pergi makan tengah hari bersamanya tetapi tidak sangka pula dia bakal terdengar rahsia besar mereka!

Terus dia pergi dari situ tidak sanggup rasanya untuk mendengar permbincangan itu lagi. Dia terus menghamburkan tangisan di rumah apabila mengetahui Ethan mengambil keputusan untuk membahayakan dirinya demi kebahagiaan adiknya. Tidak! Dia tidak boleh terima! Dia tidak sanggup melihat Ethan sengsara kerana masalah orang lain walaupun itu adiknya sendiri. Dia sangat menyampah dengan perangai Ethan yang terlalu baik. Tidakkah lelaki itu ingin menggapai impian dan berkahwin? Terus dia menggesa Ethan supaya segera berjumpa dengannya hari ini. Banyak perkara ingin dikatakan!

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWhere stories live. Discover now