21

8K 527 26
                                    

"Jadi dia ni lah kekasih qisya tu?" Tanya tengku ifa sambil menilik atas bawah athif. Dia duduk berhadapan dengan mereka.

Hm hensem jugak. Nasib aku tak pengsan tadi. Manakan tidak anaknya membuat keeja gila. Malu sudah dia kepada kawan baiknya puan sri husna dan anak bujangnya. Selepas pengakuan qisya, puan sri husna meminta diri dan terus balik bersama adamlah kan takkan tinggalkan anak? Mungkin puan sri husna dapat merasakan perang dunia antara qisya dan tengku ifa akan terjadi. Selepas pemergian puan sri husna, tengku ifa menyuruh qisya dan 'boyfriend'nya masuk ke dalam dan duduk di sofa.

"Yes. Hensem kan mama" Qisya cuba membodek. Baru mamanya hendak membalas tiba tiba
Ting ting ting. Terus tengku ifa mengangkat panggilan. Tengku ifa berpusing untuk bercakap dengan pemanggil.

Qisya menghela nafas lega. Tangan masih memeluk lengan athif. Tapi baru dia tersedar. Aik kenapa aku kena pegang lengan dia lama2? Qisya melonggarkan pegangan dan ingin menarik semula tangannya tetapi ditahan oleh tangan sebelah kanan athif. Tangan athif menghempap tangan qisya yang ada di lengannya. Tanda jangan lepaskan.

Qisya pandang muka athif.

"Apa awak buat ni?" Bisik qisya.

Athif tersenyum senget. "Just do my work. Acting. Am i right?" Athif bisik di telinga qisya. Qisya boleh merasa hembusan nafas athif.

"Eee awak ni berlakon tu jangan lelebih" qisya memandang muka athif dengab pandangan garang.

"Aku yang melebih ke kau? Sapa yang kata aku ni bf kesayangan? So inila caranya  untuk tunjuk cara aku layan kesayangan. You still don't know about the skills of acting right? So duduk diam2 biar aku buat. Kau hanya senyum" athif membelai kepala qisya. Dah macam anak kucing kau layan aku!

"Eeee " qisya geram. Macam mana aku boleh suka dia? Annoying!

"Hey aku suruh senyum bukan kerut dahi. Senyum!" Athif memegang kening qisya untuk meluruskan kening tersebut. Terkejut qisya dengan tindakan athif.

"Awak ni janganla sentuh2. Yela saya senyum. See. I have a sweety smile right?" Qisya senyum manis walau terpaksa.

"Good girl" athif senyum senget. Tangannya masih menghempap tangan qisya. Tengku yang sudah habis menjawab panggilan terus berpaling ke arah 'kanak kanak' yang memeningkan kepala itu.

"Apa nama kamu tadi?" Qisya ingin menjawabkan tetapi dia dapat merasakan tangan athif mengetatkan pegangan tangannya tanda athif yang akan menjawab.

"Muhammad athif fattanah, tengku" athif tersenyum. Qisya yang berada di sebelah sudah tergamam. Wah dia senyum lebar! Hensemnya! Tapi kenapa dia senyum pada mama? Tak adilah! Jeles.

"Ooo ibu bapa tinggal di mana.?" Ahh sudah! Mamanya ingin ber interview pula.

"Ibu bapa saya tinggal di damansara."

"Ooo kerja kamu apa ya?" Qisya menguap. Adui bosannya. Tengku ifa mejegilkan mata ke arah qisya. Tak senonoh betul! Athif hanya menggelengkan kepala. Bukan nak support aku . Lagi menguap adalah.

"Saya bekerja dekat syarikat ayah saya. Sayalah waris tunggal jadi saya yang harus miliki syarikat ayah saya." Qisya mula merasakan ini topik menarik. Yelah bila masa lagi nak tau biodata mamat ni?

"Jadi kamu seorang ceo? Apa nama syarikat tu?" Tengku ifa mula berminat. Wah pandai anak aku pilih orang. Ceo pulak tu.

"Ya saya. Syarikat AZ holding,tengku." Athif menayang senyum. Qisya sudah terlopong mulutnya. Patutla pakai kereta audi! Ceo rupanya! Tengku ifa melihat muka terkejut qisya.

"Aik qisya. Kamu macam terkejut je dengar kata kata athif. Kata dah kenal lama. Takkan tak tahu?"

"Qisya tahula. Qisya saja bagi reaksi. Nak support mama." Qisya memberi alasan yang agak munasabah. Tetapi apa dia kisah.

"Jadi athif macam mana boleh tersuka anak saya ni?" Tengku ifa terus ingin mengorek rahsia. Wah mama palau aku!

"Er sebenarnya, kami pernah berjumpa semasa qisya di universiti. Tetapi lost contact. Dan saya percaya qisya ni jodoh saya selepas banyak pertemuan tak sengaja. Jadi saya ingin jadikan qisya sebagai suri hati saya" qisya sudah tergelak. Lawak pula gebang mamat ni .

"Awww so sweet la awak ni" qisya senyum manis pada athif. Athif hanya membalas dengan senyuman. Takde masa aku nak bergurau dengan kau.

Melihatkan muka bahagia qisya, tengku ifa tahu dia harus mengalah. Bukan senang nak tengok qisya selesa dengan lelaki. Dia juga percaya athif akan  menjaga satu satunya bunganya. Tengku ifa tersenyum.

"Hm okayla kalau macam tu. Bila kamu nak kahwin?"

Athif tersnyum kecil. Menjadi lakonan aku.
Qisya sudah terkjut tetapi dia terus tersenyum manis. Wah berjayala!

"Kalau mengikut ummi saya, dia mahu dalam 2 bulan lagi. Saya juga setuju sebab benda baik tak patut dilewatkan."

What?? 2 bulan? Dia gila ke? Cepatnya! Qisya panasaran.

Tengku ifa mengangguk. Betul juga kata kata anak muda itu.

"Pihak kami tak kisah pun athif. Kalau kamu pinang esok pun kami tak kisah. Kan qisya?" Gurau tengku ifa.

"Ha? Apa? Ha ye ye qisya memang nak kahwin cepat dengan dia ni." Qisya mencubit lengan lelaki itu. Ee geramnya aku. Suka hati je 2 bulan eh? Tetapi Lenguh juga tangan dia kerana tangan athif belum melepaskan tangannya. Tak penat ke laki ni?. Athif menoleh dan memandang qisya apabila merasa ada tangan kecil cuba mencubit lengannya yang sado.

"Auch" athif hanya tersenyum senget. Qisya merasa dirinya diejek. Tahula tangan sado!

"Qisya, ajak athif lunch sekali dengan kita ya? Maksom dah masak dah tu. Mama nak ke dapur dulu" tengku ifa meminta diri.

Selepas pemergian tengku ifa terus qisya menarik tangannya. Nasibnya baik apabila athif juga suda melepaskan tangannya. .
"Awak tau tak tangan saya ni lenguh!" Qisya mengurut tangannya.

"Tak dah jomla. Aku dah lapar" athif sudah bangun.

"Pergila sendiri" qisya masih mengurut tangannya. Adui boleh cramp!

"No. Nanti mama kau pelik. Haih im sorry. Your hand give me some strength to answer all of the questions. Thanks. Dah jom sweetheart." Athif menyuakan tapak tangannya. Qisya sudah terharu.

"Aww awak ni lately ni sweet sangat. Okay jom kita makan!" Qisya tidak menyambut huluran athif tetapi dia bertindak memeluk lengan athif. Takpela sekali sekala mamat ni tak marah aku sentuh dia. Athif hanya membiarkan. Biarla qisya merasa gembira. Dia juga selesa diperlakukan begitu.

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWo Geschichten leben. Entdecke jetzt