15

8K 500 15
                                    

"Dah lama ke kenal athif?"

"Err" peluh mula membasahi dahi. Qisya menguis nasi di pinggan. Apa nak jawab ni? Kang aku nak jujur ada yang laki depan aku ni karate aku.  Tadi qisya ingin memberitahu perkara sebenar kepada puan sri zaifa tetapi baru sahaja nak panggil, athif sudah memandang nya tajam. Pandangannya bagai 'berani kau bagitahu, kau tahula nasib kau'.

"Eh kenapa sikit je lauk tu? Tambah la lagi " puan sri zaifa mengalukan qisya untuk menambah lauk. Kesian pula dia melihat qisha yang gelisah.

"Sebelum datang tadi dah makan dh puan sri." Qisya menolak lembut. Dia memandang athif yang duduk di depannya. Raut wajahnya tenang dan bagai menikmati makanan itu. Eh mamat sengal ni! Dia yg libatkan aku dalam ni pastu buat donno! Akibat geram kepada athif, qisya menendang kaki athif di bawah meja. HAHA AMIK KAU!

"UHUK UHUK!" athif tersedak akibat terkejut dengan tindakan qisya. Qisya tersenyum geli hati tetapi dicovernya.

"Ya allah athif kenapa gelojoh sangat makan ni?" Kalut puan sri zaifa mengurut belakang badan anaknya.

"Awak ni athif makanla elok elok. Nah air. Sian awak" qisya mengambil gelas yang penuh dengan air lalu disuakan kepada athif. Athif yg geram tidak menyambut gelas itu. Sebaliknya jelingan tajam diberikan. Qisya memandang dengan raut risau. Yang dipura purakan.

"Athif amikla air tu. Minum. Nanti tekakntu sakit." Pelik pula puan sri zaifa. Kenapa x sambut air tu? Bukan dia tak tau qisya yang menendang kaki anaknya. Tapi dia cuma mengikut permainan anaknya. Malah dia berusaha menahan ketawa dengan teletah qisya. Sudah beberapa kali athif mengupah wanita untuk berlakon untuk menjadi kekasihnya. Sengaja dia reject kerana semua calon itu tak boleh diguna pakai. Tetapi entah kenapa kali ini hatinya bagai terusik dengan kehadiran qisya. Naluri ibu mungkin?

"Takpela umi. Athif nak air lain" pantas athif mengambil gelas yg telah digunakan oleh qisya lalu dengan bangga menghabiskan sisa air itu. Qisya tergamam. Dia dia minum sisa aku?! Dah kenapa mamat ni?!

"Eh tu air sayala. Ni kan air untuk awak?" Tanya qisya dengan lembut walau terasa bengang.

"Nope. Entahla tiba tiba nak minum air sayang. Barulah lega tekak." Kata athif sambil meletakkan tangan di leher. Seperti nikmat sungguh air itu. Qisya sudah terkejut. Eeeee bencila mamat ni! Betul ke dia crush aku? Dulu aku nampak dia macho. Sekarang kenapa nampak sengal pulak ni?

"Eish yang bukan bukan la athif ni. Dah sambung makan. Lepastu hantar qisya balik." Puan sri zaifa sudah pening kepala melihat keletah mereka. Setahunya athif bukanla seorang yang kebudak budakan dengan wanita. Selalunya tunjuk macho je. Tetapi kenapa hari ini kelakuan nya pelik.

"Qisya okay tak? Ke nak air baru?" Athif saja menanya khabar qisya yang sedang memandang gelas yg kosong bekas athif itu.

"Ha? Eh okay je " balas qisya. Kau siap kau athif. Tunggu la. Akan satu masa aku lancarkan serangan.

"Hahhaha" tiba tiba ruangan yang tadinya senyap mula meriah kerana bunyi ketawa athif. Athif ketawa mengekek apabila melihat muka Qisya. Entah kenapa raut wajah qisya membuatnya geli hati.Mulut kata okay tapi kening dah macam hampir bersambung. Kerut marah tu nampak sangat.

Qisya memandang athif pelik. Apahal gelak? Qisya yg baru hendak rasa bengang tiba tiba seronok pula melihat muka ceria athif yg bagai budak2 itu. Haih nasib hensemla. Kalau tak aku balingkan lauk pada muka.

Puan sri zaifa yang tadi muka risau mula terharu. Selama ni athif tidak pernah ketawa seriang ini kerana seorang gadis! Dan gadis itu ialah Qisya! Tak sangka kehadiran gadis itu mampu menjadikan athif begini. Dia tersenyum gembira.

"Athif dahla tu. Seronok sangat. Dah habis makan belum?"

"Dah umi" athif mula bercakap apabila gelaknya reda.

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWhere stories live. Discover now