47

7.8K 517 7
                                    

Athif membuka mata apabila terdengar bunyi azan subuh berkumandang. Dia melihat wajah di hadapan wajahnya. Wajah mereka sangat hampir. Terus segar wajahnya.Dia tersenyum. Tutup mata nampak dia buka mata pun nampak dia haih indahnya. Terus dia mengucup dahi qisya sebagai pemulaan harinya.

"Qisya...bangun. Jom solat subuh." Kejut athif lembut sambil berbisik di telinga qisya. Wajah qisya berkerut sedikit tanda dia terasa tidurnya diganggu. Tetapi selepas 2 saat dia kembali tenang dan menyambung tidur.

Athif menggeleng kepala.
"Qisya hey bangun." Pujuk athif sekali lagi. Dia menepuk lembut bahu qisya.

Lega hatinya apabila qisya mula bergerak tetapi selepas itu qisya terus memeluk pinggang athif dan mukanya kembali tenang. Terlopong athif melihatnya. Payah betul nak kejut minah ni!

Tak boleh jadi ni. Nanti lambat subuh.
"Qisya, bangun sayang." Lembut athif berbicara.

Qisya terus tersedar dan mengedipkan matanya. Amboi panggil sayang baru nak bangun. Gedik sangat. Qisya terkejut melihat wajah athif yang terlalu dekat terus dia terbangun. Dia menggosok mata untuk menghilangkan ngantuk.

"Awak,dah pukul berapa ni?" Tanya qisya polos.

"Dah lama dah azan subuh muncul then nak kejut kau dah ambil 10 minit aku. Dah bangun jom solat." Athif menggelengkan kepala.

"Astagfirullah." Lambatnya dia bangun! Eh jap. Ish dia kejut aku ke tadi? Ala malunya apala aku buat pada dia tadi. Selalunya qisya akan sentiasa bangun awal semasa azan berkumandang tetapi mungkin kerana letih hari semalam masih belum hilang, dia terlajak tertidur .

Selepas mengaminkan doa, athif menoleh ke arah isterinya dan menghulurkan tangan.

"Kenapa?" Tanya qisya blur.

Athif mengeluh kecil.
"Salam suami puan qisya oi."

"Oh aah maaf." Terus qisya mengucup lembut tangan athif dan tersengih.

Athif hanya menggelengkan kepala sebelum terus mengucup dahi isterinya lembut. Syahdu qisya rasakan saat dicium oleh suaminya selepas menjadi imam kepada solatnya untuk pertama kali. Dia bangga mendapat suami seperti athif bukan sahaja memiliki rupa paras yang mencairkan para wanita dan memiliki susuk badan yang mampu membuat wanita tergilakannya. Bahkan athif mempunyai suara yang merdu lagi lagi ketika membaca ayat suci Al-Quran dan mampu menjadi imam kepada solatnya sudah cukup membuatkan athif berjaya menakhluk hatinya dan qisya ingin athif menjadi miliknya sorang.

"Dah jom turun kita sarapan lepastu ada something ummi dengan papa nak bincang dengan kita." Ajak athif.

"Oh okay jap eh." Terus qisya menyarung tudung sarung dan mengikut langkah athif. Dia mngetap bibir lalu terus memberanikan diri mengenggam tangan athif. Sudah lama dia teringin ingin berbuat begitu. Apa salahnya buat dengan suami kan?

Terkejut athif kerana tindakan tiba tiba qisya tetapi akhirnya dia tersenyum memandang qisya. Lalu dia mengenggam kembali genggaman qisya dengan hati yang senang dan turun untuk bersarapan.

**********************************

"Ummi rasa ada patutnya kamu berdua pergi honeymoon." Cadang puan sri zaifa kepada dua orang anaknya kini.

Qisya sedikit terkejut tetapi dia melihat wajah athif seperti tenang mendengar cadangan itu.

"Macam mana kamu setuju qisya?" Tanya tan sri adli kepada menantunya.

"Err.." dia menoleh memandang athif. Athif pula memandang wajah qisya di sebelah.
Athif mengangkat kening tanda 'jawablah.'

"Eee qisya tak kisah kalau athif tak kisah." Ya, dia okay sahaja untuk pergi honeymoon lagipun lama dia tidak keluar dari kl ini. Bosan!

Terus tersenyum lebar puan sri zaifa mendengarnya.
"Ha apa lagi pilihla mana mana tempat. Ummi akan settlekan semuanya. Pilih la nak paris ke london ke new Zealand ke."

"Eerr ummi tak perlula sampai ke luar negara ya? Dalam malaysia ni pun dah kira beruntung dah. Lagipun athif kan ada banyak kerja." Luah qisya. Dia tidak mahu membebankan siapa siapa lagi lagi suaminya.

Athif tersenyum. Qisya qisya kenapa kau baik sangat? Walhal sebenarnya dia sudah mengambil cuti seminggu.
"Haah ummi. Betulla apa yang dikatakan oleh qisya tu" Athif terus bersetuju dengan qisya.

Puan sri zaifa mengeluh.
"Tak membazir pun qisya. Ummi memang nak tengok korang bahagia. Tapi kalau dah kamu berdua dah cakap macam tu ummi setuju jelah." Ya dia harus menghormati keputusan anak dan menantunya. Dia tiada hak untuk memaksa mereka. Tan sri adli hanya teŕsenyum.

"Ha qisya pilihla tempat cepat ya. " tan sri adli percaya qisya bijak memilih. Sikap qisya yang memgambil berat itu sudah menjadikan dia semakin sayang akan menantunya. Beruntung athif mendapat isteri seperti qisya.

"Sebenarnya athif dah pilih tempat dah untuk honeymoon kami. " ujar athif tiba tiba sambil tersenyum nakal.

Qisya memandang athif . Perasaanya memnag teruja tetapi entah mengapa dia berasa lain macam melihat senyuman nakal athif. Mesti ada sesuatu yang lelaki ini ingin lakukan!

************************************

"Hai krabi here we come!" Ujar athif teruja sambil duduk di seat kapal terbang. Dia hanya membiarkan muka qisya yang toya disebelah. Qisya yang tidak sanggup dipalau terus menoleh memandang athif di sebelah.

"Awak, awak kata nak honeymoon dalam negara je?" Haritu beria setuju dengan aku sekarang lain pula.

Athif beriak selamba.
"Aku setuju tentang kenyataan kau yang aku ada banyak kerja. Memag takkan habis pun kerja tu. Bukan nak honeymoon dalam negara." Terus athif terglak kecil. Semasa ditanya ingin ke mana,Dia sembunyikan lokasi yang dia mahu pergi untuk honeymoon sehinggalah dia dan qisya tiba di lapangan terbang tadi. Terus tergamam qisya apabila dia memberitahu gadis itu bahawa mereka akan ke krabi,Thailand. Dan sekarang mereka selamat berada di dalam kapal terbang.

Qisya mencebik lalu memeluk tubuh. Dia bukan tidak suka ingin berhoneymoon bersama suaminya tetapi kenyataan yang suaminya menipu dirinya hidup hidup membuatnya geram. Dahla dia tidak membawah baju yang sesuai dengan suasana krabi yang berpantai.

Athif melihat tingkah laku qisya.
"Rileksla qisya. Kalau aku beritahu kau mesti nanti kau akan membebel malaysia best la taknak bazir duitla aku ada banyak kerjalah. Come on dear. Honeymoon ni sekali seumur hidup and first time kita. Takkan nak pergi dalam Malaysia je." Pujuk athif. Risay sekiranya mood qisya menjadi tunggang terbalik gara gara dirinya.

Qisya mengeluh.
"Fine. Tapi lain kali jangan sembunyikan apa apa dari saya. Pinky promise?" Tanya qisya sambil menunjukkan jari kelingking.

Athif memutarkan mata lalu menyatukan jari kelingking mereka.
"Pinky promise."

Terus qisya tersenyum dan kemudian memandang ke luar tingkap. Dia sangat suka melihat permandangan yang indah seperti sekarang. Hatinya kan berasa tenang dan lupa segala masalah nya. Dan sebenarnya dia agak teruja untuk ke krabi lagi lagi bersama athif. Dia sangat suka pantai yang indah. Eee bestnya!

Athif tersnyum nipis memandang qisya. Ala kata jela kau teruja nak pergi krabi qisya oi! Terus dia menggenggam tangan qisya erat. Qisya hanya membiarkan tetapi lama kelamaan ngantuk mula menguasai diri. Terus dia tertidur bersandarkan lengan athif.

Athif hanya menggeleng kepala. Bibirnya geram ingin mengucup wajah isterinya tetapi banyak pula mata melihat. Ish sibuk je mereka itu. Takde bini ke? Takpela athif terus mengucup tangan qisya.  Redha.

Maaf kalau sedikit bosan chapter ini ya gais. Asik asik pasal athif dan qisya ! Ade orang nak part ethan ke? Takpe nanti adelah tu. Kita bagi can hero heroin kita lalu okay? Apa lagi tekan bintang kecil tu . Kau nak aku nyanyi twinkle twinkle little star sebelah kau baru bak tekan? Muah done merapu.

Oh ya!maaf typo. Sesungguhnya author tak cek lagi ade typo ke tak.

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWhere stories live. Discover now