42

7.8K 530 20
                                    

Langkahnya dipercepatkan.Tangannya mengenggam beg tangannya kuat. Supaya dapat menyalurkan kekuatan kepada dirinya supaya tidak mengalirkan air mata lagi lagi dia sekarang berada di tempat awam. Tangannya di angkat tanda ingin menahan teksi.

Alhamdulillah. Pada saat itu ada teksi yang berhenti di tepi jalan. Cepat cepat dia ingin membuka pintu kereta teksi.

Tetapi pergerakannya terganggu kerana terkejut. Ada tangan menghalangnya dari membuka pintu kereta dengan meletakkan tangan di cermin pintu kereta.

"Maaf saya dapat teksi ni dulu" kata qisya tanpa memandang gerangan di sebelahnya. Dia tidak mahu orang nampak matanya basah gara gara air mata sudah keluar dan dia berusaha supaya air mata tidak mengalir.

"Well kau tak perlu naik teksi tu sekarang. Naik dengan aku." Qisya tersentak. Suara itu? Terus dia mengalihkan pandangan ke arah wajah manusia di sebelahnya. Terus dia merengus.

"Tak payah. Awak tak payah la bebankan diri awak ni hantar saya. Saya boleh pergi sendiri. Now move!" Arah qisya tegas.

Tetapi tangan itu kekal di situ. Qisya menjeling athif yang hanya membuat muka selamba. Athif terus merampas sling bag qisya dari dipegang gadis itu. Qisya yang terkejut tak sempat mengambil semula begnya. Melopong mulutnya.

"Apa awak buat ni? Bagi balik la!" Qisya cuba merampas semula tetapi athif cepat cepat mengangkat beg itu tinggi dan hanya senyuman mengejek athif yang dia dapat. Senang kerana dirinya lebih kurang 15 cm lebih dari qisya.

"Ee awak ni tak malu ke? Ni tempat awam. Stop main main!" Marah qisya. Malu pula dirinya apabila terdapat orang yang lalu lalang melihat aksi mereka. Penat pula cuba melompat untuk mengambil begnya. Nampak sangat pendek!

Athif tidak mempedulikan kata kata gadis itu dan biar ia berlalu bersama angin sebaliknya dia mengetuk cermin tingkap kereta teksi itu.

Pemandu teksi itu terus menurunkan cermin tingkap. Dia senyum apabila athif senyum kepadanya.

"Maafla bang. Tak jadi lah nak naik teksi. Biasalah bini saya merajuk tadi. Pembawakan budak" selamba athif berkata sambil senyum. Pemandu teksi itu tergelak kecil. Qisya di sebelah sudah merah mukanya. Terus dia menampar lengan athif. Pembawakan budak apanya! Aku kahwin pun belum! Oh sebab bakal suami dia menyakitkan hati!

"Oh la begitu ya? Takpela. Pergila pujuk bini tu ya? Biasalah ibu mengandung. Kalau macam tu Abang gerak dulula. " pamit pemandu teksi itu.

"Eh abang! Kejap. Nah kesian tunggu kami dari tadi. Abang amikla" sebelum sempat pemandi teksi itu menurunkan tingkap, athif cepat cepat menghulurkan not rm50 kepada pemandu teksi itu.

"Eh terima kasih sangat dik! Abang bersyukur sangat!" Terus dia berjabat tangan dengan athif. Athif mampu membalas dengan perkataan "takpe".

Qisya hanya diam. Dia kagum dengan sifat pemurah athif sebenarnya tetapi saja taknak ditunjukkan. Hatinya masih hangin dengan athif.

Selepas teksi itu beredar terus athif memandang arah qisya.
"Jom"
qisya merengus. Dia menahan diri. Tak nak bergerak. Arahan athif dibiarkan begitu sahaja. Athif mengecilkan mata menahan geram tetapi cepat cepat dia memyabarkan diri kerana dia tahu punca perang ini adalah kerana dirinya sendiri.

"Kau nak aku dukung kau ke?" Soalan athif hanya membuat dia berdecit.

"Lapuknya. Ingat saya takut? " qisya masih memeluk tubuh dan tidak bergerak. Huh dia yakin athif takkan berani mendukungnya.

Athif mengeluh. Dia memandang qisya yang membelakanginya lalu perlahan lahan mendekati qisya. Mata qisya terbeliak apabila merasai ada tangan menyentuh bahagian tengkuknya. Terus dia berpusing menghadap manusia di hadapannya.

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONМесто, где живут истории. Откройте их для себя