64

9.8K 641 117
                                    

Ethan tidak kisah penatnya kerana berlari tetapi terus masuk ke dalam rumah itu tanpa teragak agak.

Kelihatan anak-anak buah John yang sedang merokok terkejut dengan kehadiran ethan. Pantas mereka melangkah laju ke arah ethan dan ingin melawan dan menghalang ethan.

"I warning you. Where is the girls?" Tanya ethan serius. Dia tiada masa ingin bermain dengan mereka.

Ternyata anak buah john tidak menunjukkan rasa gentar kepada ethan. Mungkin merana jumla mereka lebih ramai dan hanya harus melawan ethan seorang.

"Settle him!" Kata salah satu dari mereka.

Terus semua anak buah john melangkah dan mengelilingi ethan supaya lelaki itu tidak dapat melarikan diri.

Ethan berdiri tenang lalu melipat lengan kemeja panjangnya ke paras siku. Kemudia terus dia melakukan postur bersedia untuk melawan. Apabila sudah bersedia dia terus membuat signal mari menggunakan tangannya .

Anak buah john mula pelik melihat ketenangan ethan tetapi mereka tetap menyerang ethan.

Ethan tanpa lengah terus melayangkan penumbuk kuat ke muka salah seorang dari mereka. Apabila merasa ada seseorang di belakangnya terus dia melangkan tendangan tanpa melihat orang tersebut laju.

Anak-anak buah john terkejut melihat aksi ethan yang mampu mengalahkan dua orang dari ahli mereka serentak.

Ethan senyum sinis.
"1..2 ..3 three more ."

Ahli tiger Warrior merasakan ethan mengejek mereka lalu melangkah pantas ke arah ethan dan ingin menumbuk ethan. Pantas Ethan mengelak kemudian menarik tangan seorang dari mereka dan terus menterbalikkan lelaki tersebut mudah.
Baru dia ingin mengambil nafas terasa ada orang memegang kedua lengan nya dari belakang terus mengunci ethan dari bergerak. Lagi seorang ahli terus menumbuk wajah ethan.

Terteleng wajah ethan kerana tumbukan itu. Tersenyum sinis lelaki yang telah berjaya menumbuk ethan.

Ethan mengelap darah yang keluar di bibirnya. Dia tergelak kecil.
"Weak punch "

"What?" Tanya ahli Tiger Warrior.

Ethan bangkit selamba.
"I said you all weak. So weak." Pantas ethan mengambil peluang untuk menumbuk mereka bertubi tubi hingga tumbang. .
Ethan terus mengalihkan pandangan ke arah seorang lagi ahli mereka. Terus dia mengangkat penumbuk tinggi untuk menumbangkan ahli terakhir.

"Err ple please...don't hurt me..they're in upstairs." Ujar lelaki itu menggigil apabila semua rakannya sudah tumbang. Terkejut dia melihat kemahiran mempertahan diri ethan.

Ethan senyum nipis. Takut pun kau! Terus dia menurunkan penumbuk lalu berlari selaju mungkin ke arah yang ditunjuk.

"Tie her up. Faster!!" Telinga ethan menangkap arahan yang keluar dari mulut john.

"Stay away from me!" Terdengar pula suara aleysha cuba menolak lelaki lelaki itu.

"Calm down pretty. We only want to tie you up." Terasa aleysha ingin termuntah mendengar kata-kata salah seorang dari dia orang ahli Tiger Warrior itu.

Terasa makin membahang hati ethan. Dia tidak mampu lagi menahan semua ini.
"Hands off from her you bullshit!"

Terus semua mata di situ memandang terkejut kepada suara petir itu.

"Ethan!" Kata aleysha terpegun. Qisya memandang Ethan dengan perasaan lega. Fuh!

John yang pada mulanya terkejut mula tersenyum sinis.
"Wow look who is coming here to save his princess!"

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWhere stories live. Discover now