16

8K 551 15
                                    

"Apa dah jadi ni? Bising2 sampai ke sana boleh dengar ni? Athif qisya? Umi suruh basuh pinggan yg basuh diri sendiri sekali kenapa?" Puan sri zaifa memandang pelik  dua badan di hadapannya.

"Er takde ape2 datin eh puan sri. Maaf kan saya. Semua ni salah saya." Qisya mengaku salah. Walau 50 % ikut logik adalah salah lelaki sengal sebelah aku ni!

"Memang salah dia umi! Ada ke patut dia letakkan span yang bersabun tu kat muka athif yang hensem ni? Dahla kene kat mata. Mana tak pedih umi!" Ngadu athif. Pedih lagi hati aku. Yela muka aku ibarat khazanah negara. Dahla hensem. Ada jawline.

Eh ekleh mamat sebelah aku ni. Kalau ikutkan nafsu serakah aku dah lama aku bagitau hal sebenar. Bukan reti bersyukur! Lagi memgadu! Macam budak! Nak pentingkan muma hensem konon! Tapi memang hensem pun hm nasib aku sayang kau!

Muka qisya menjadi merah kerana malu dan marah. Dia menundukkan kepala ke bawah. Mesti datin ingat aku immature! Athif memandang sekilas ke arah qisya. Aik marah pulak budak ni. Aku main main je.

Puam sri zaifa tersenyum. Wah umi aku senyum. Bukan kaleng kaleng. Maknanya dia tak marah! Athif mula lega. Sebenarnya puan sri zaifa suka melihat telatah mereka. Naluri ibunya kuat mengatakan mereka jodoh. Agak2 betul ke?

"Dah2 la tu. Qisya, saya mintak maaf atas sikap mengada anak saya ni. Dia ni jarang betul mengada depan perempuan. Selalunya tunjuk macho. Depan qisya lain pulak ya. Athif suka qisya ya?" Puan sri zaifa mengusik mereka. Saja dia mahu tengok reaksi mereka.

Qisya sudah membeliakkan mata. Apa yg puan sri mengarut ni? Tapi hm sukala pulak! Mak dia macam bagi green light je! Qisya tersenyum.

Athif sudah terkejut. Apa benda umi ni? Malu la aku! Ada ke patut dia kata aku suka budak ni? Entahla aku pun tak tau. 20% kut?  Tapi takkan aku nak terus terang? Lakonan perlu menjadi real!

"Apa umi ni! Memangla athif sayang dia! Dia kan kesayangan athif." Athif menarik senyum paksa. Berharap supaya lakonannya nampak seperti realiti. Qisya juga menanyang senyuman. Berharap supaya segalanya realiti dan bukan lakonan!

"Macam yeye kamu ni. Okayla qisya. Saya naik atas kejap nak solat. Kamu pergila balik. Athif kata kamu jiran dia. Terima kasih untuk makanan tadi." Ikhlas puan sri zaifa senyum.

"Baik puan sri" qisya menayang senyuman semanis mungkin demi menutup kesedihan.

Qisya pergi ke sinki semula untuk membasuh tangan. Athif juga ke situ untuk membilas lebihan pinggan.

"Biar aku je basuh lebih2 ni. Kau pergila balik" tutur athif lembut. Kesian juga pada qisya. Tak pasal2 terjebak dalam lakonanya.

Qisya memandang muka athif di sebelah. Hm walau dia berlakon tadi, Akan aku simpankan sebagai memori. Macam lirik lagu pulak. Tapi sebenarnya qisya agak sedih kerana mustahil athif akan menyukai nya. Terpaksa dia terima keputusan mamanya. Tarikh pun hampir tiba. Teringat perbualan dia dan mamanya.

"Assalammualaikum qisya."

"Waalaikumussalam. Ye mama kenapa call qisya pagi ni?" Pelik ni . Ada apa2 ke?

"Qisya, mama nak qisya terima pinangan anak kawan mama tu." Qisya tergamam.

"But why mama? This is not fair.."

"Apa fair? Kamu sedar tak kamu tu tu dah tua? Mama tak kira. Kalau kamu ade pilihan sendiri kau akn bawak esok kerana masa yg kita berdua adalah esok kan? Mama buat semua ni untuk kamu qisya  esok balik sini. Faham?" Ternyata mamanya trus menutup talian. Qisya buntu. Macam mana ni ya allah? Aku taknak kahwin dengan orang unknown. Aku nak kahwin dengan athif. Aik. Hm tapi itu yang dirasakannya. Macam mana aku nak buat athif jatuh cinta dengan aku kalau masa aku tinggal sehari? Haih. Takpela. Mama lebih penting. Syurganya adalah mamanya.

Qisya masih mengambil peluang menilik wajah athif yang lincah membilas pinggan.Awak, terima kasih buat hati saya rasa lain macam dengan kaum lelaki buat kali pertama. Lepas ini saya takkan jumpa awak lagi. Saya sedar diri saya. Terima kasih buat saya bahagia buat kali terakhir. Saya akan rindu wajah hensem awak. Perangai beku nak mati awak. Qisya berusaha menahan kesedihan. Masanya untuk mencari lelaki hanya tinggal berbaki 1 hari. Mana mungkin dia mampu mencuri hati athif. Dia redho jika ini takdir Tuhan untuknya. Ralit sungguh dia memerhatikan athif sehingga tidak perasan athif sudah habis memyudahkan kerjanya. Aik minah sebelah aku ni tak reti blah ke?

Athif yang merasa diperhatikan toleh memandang arah qisya. Tersentak dia kerana bertentang mata dengan mata hazel qisya. Pandangan sayu dan mengharap. Athif seperti terpukau dengan pandangan qisya. Kenapa hati aku tenang melihat mata dia? Athif bagai tersedar. Athif melambai tangan depan qisya supaya dapat menyedarkan qisya ke realiti.

"Kenapa kau tenung aku ni?"

Qisya yg baru tersedar terus berdehem.
"Ma ma mana ada saya tenung awak." Qisya cuba berdalih. Aduh qisya dah sah2 kau tenung dia. Bila dia habiskan kerja dia? Adui malunya.

"Eh eh bukan main sedap kau tenung pastu kata tak. Lantak kaula. Aku tau aku hensem" athif membuat muka berlagknya. Sangkaannya qisya akan membuat muka annoying biasanya tetapi senyuman manis gadis itu yg dia dapat. Terpanar athif. Aik baik punya mood budak ni? Sawan ke?

"Awak ni apala. Ye awak hensem. Apa salahnya saya tatap muka awak untuk kali terakhir kan? Yela awakkan bakal suami tak jadi saya. Okayla awak saya balik dulu. Jaga diri baik2 ya." Qisya menahan sebak di dada. Mencuba memberikan senyuman ikhlas. Ya nak melepaskan lelaki ini bukan mudah tetapi demi mamanya. Dia sanggup. Qisya berpaling dan mula melangkah. Pandai2 la aku cari pintu keluar.

Athif merasa ada sesuatu yang terjadi kepada gadis itu. Kenapa kata kata gadis itu berlegar di mindanya? Kali terakhir? Bakal suami tak jadi? Apa maksudnya?

"Hm qisya!" Athif memanggil qisya yang sudah beberapa tapak melangkah.

Qisya yang terkejut cuba merelaxkan diri. Kenapa la dia panggil aku?  Okay qisya. Kau kuat. Jangan tunjuk muka sedih. Qisya berpaling menghadap athif.

"Ye awak yang hensem" qisya menanyang senyum lebar. Menggedik buat kali terakhir apa salahnya.

"HM aku nak mintak maaf sebab terjebakkan kau sekali tadi. Aku darurat sangat masa tu."

"Takpe saya faham. Lakonan awak sgt mantap! Okay tata saya kena cepat" Tapi kan bagus kalau ia bukan lakonan athif? Sebelum aku betul2 melalak kat sini baik aku pecut. Bye jiran hensem. Qisya sudah melarikan diri dan terus ke rumahnya.

Athif cuba mncari sinar gembira di muka qisya yang tersenyum tadi. Tiada. Tiada kegembiraan. Tetapi hanya kerisauan. Apa yang dah jadi pada kau qisya? Tapi athif tahu itu bukan tanggungjawbnya. Dia tiada kaitan dengan hidup qisya. Kan bagus aku ada alat untuk tahu isi hati perempuan?

Author demam huwaaaa! kalau dah ok sikit i update okay guys

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang