33

7.2K 440 39
                                    

Dia menekan pedal untuk menambah kelajuan keretanya. Dia tidak kisah akan had laju yang ditetapkan. Pergi mampus sama had laju! Hati aku ni macam mana?

Dia tidak tahu ke mana hendak dituju. Mukanya beriak kosong. Penat nak mengalirkan air mata sebenarnya kerana dia tahu dia takkan dapat merubah kebenaran.

Prett prett

Aik pahal kereta ni? Dia memberhentikan kereta di tepi jalan. Pahal kereta ni pulak?
Dia turun dari kereta. Dia melihat keadaan keretanya.

Wtf tayar keretanya pancit.
"Haih macam mana boleh pancit ni. Ya allah..." dia mnyandar kan badan di tepi kereta sambil memicit dahi. Dia bergerak ke bonet kereta untuk mencari tayar spare. Sebaik bukak dia ternganga. Tf?

"Adui macam mana aku boleh lupa nk letak tayar spare?" Semakin pening dibuatnya. Kereta nya adalah kereta baru. Jadi dia terlupa ingin letakkan tayar spare di dalamnya. Dia memang akan letakkan satu tayar ganti di dalam semua keretanya jikalau ada hal kecemasan.

Dia menumbuk bonet kereta.
"Ahhhhh" jeritnya. Dia memejam mata. Lega. Dapat melepaskan segala pekung di hati melalui satu jeritan.Dia duduk semula  di tempat pemandu. Jalan sudah lenggang kerana angka jam menunjukkan 1.30 pagi. Lama juga dia memandu.

"Terpaksala kau tidur dalam ni huh" dia mula selesakan kedudukan diri. Kalau boleh dia ingin hilang ingatan supaya boleh melupakan segala yang terjadi. Dia memejam mata.

Tuk tuk!

Dia mengerut kening. Sapa yang mengacau ni? Dia membuka mata. Dia terkejut melihat ada lelaki di tingkap sebelahnya sedang menundukkan badan. Lelaki itu santai memakai kaca mata hitam dan berbaju kasual. Dia menurunkan cermin tingkap keretanya.

"Yes encik?" Tanya athif.

Lelaki itu membuka kaca mata.
"Sorry but you look like need a help. What can i help you? Mr athif right?" Tanya ethan. Ethan kebetulan sedang memandu untuk melihat suasana malam di malaysia. Dia berada di malaysia selama 3 minggu untuk menyelesaikan segala urusan penting di sana. Tetapi dia melihat ada kereta di tepi jalan. Pada mulanya dia ingin membiarkan tetapi nalurinya kuat untuk pergi menolong. Dia mengeluh dan terus berpatah balik untuk menolong kereta tersebut. Manala tahu perempuan. Tetapi alangkah terkejutnya rupanya pemilik kereta itu ialah athif.

"Are you mr daniel ethan?"tanya athif semula. Kenapa mat salleh ni ada kat sini?

"Yes. Just call me ethan. I'm only 4 years older than you. So what's wrong with your car?" Kata ethan sambil menghulurkan salam perkenalan. Jika di ofdice memang dia menyuruh orang memanggilnya mister tetapi di luar dia seorang yang peramag dan lebih suka dipanggil mesra dengan nama ethan atau daniel. Tetapi daniel itu nama yang dipanggil oleh arwah ibu bapanya.

Athif menyambut huluran tangan ethan. Dia tersenyum nipis.
"Er just this flat tire. I forgot to put a spare tire in the bonet. Haih clumsy me" kata athif sambil keluar dari perut kereta dan berlalu ke tayarnya yang pancit.

Ethan mengangguk. "I think you should ride my car tonight. I can send you home. About your car hmm i know some mechanic to help you but just look at your watch it's almost 2.00 a.m." jelas ethan sambil melihat jam tangannya.

Athif mengangguk. Benar kata lelaki ini. "Sorry to trouble you dude" kata athif serba salah. Mungkin bukan kerana ethan terpaksala dia tidur di dalam kereta dengan tak selesanya. Dia fikir lelaki inggeris ini mungkin kurang mesra tetapi sangkaannya salah. Lelaki ini berhati murni walau mempunya mata yang garang.

Ethan tergelak kecil. Dia menepuk bahu athif. "Small matter dude. Let's go" kata ethan sambil bergerak ke keretanya. Athif mengunci keretanya dan mengikut langkah ethan.

*****************************

"Dewi cepatlaaaa. Kau ni penyebab kita lambat masuk kelas sir ramesh tau tak? Dia tu dahla kuat membebel. " qisya membebel sambil membuka pagar utama rumah mereka.

Dewi menghidupkan enjin kereta. Dia menurunkan tingkap keretanya. Dia mengeluarkan kepalanya sedikit."Hey aku rasa kau yang kuat membebel.Kau tengok jam. Rilexla kelas start 8.30a.m. Sekarang baru 8.00 a.m.And, blah kau dari situ! Aku nak reverse ni!" Kata dewi kuat sambil memasukkan semula kepalanya. Dia menukar gear untuk mengundurkan kereta perodua Alza kesayangannnya.

Qisya mencebik. Asyik2 aku je salah. Qisya keluar dan menunggu dewi mengundurkan kereta. Dia melihat rumah sebelahnya. Qisya tersenyum nipis. Rindu pula pada bakal suaminya. Qisya tersenyum malu. Dia memegang pipi sambil memejam mata.
"Eee sukanya dapat sebut bakal suami!"

"Kenapa senyum2 kat sini? Gila?" Sebelum qisya sempat berangan tiba tiba ada suara memecah kesunyian. Qisya cepat2 membuka mata.

"Makkk" latah qisya sambil melompat sedikit. Bila masa lelaki ni ada di sini?

"Awak? Berapa lama awak ada kat sini?" Tanya qisya sambil menenangkan diri.

"Huh cukup lama nak nampak kau tersenyum sambil sebut pasal bakal suami. Yes aku tau akula tu" athif mendekati qisya sambil tersenyum mengejek.

Qisya menjeling athif. Biadap! Malunya sayaaaa.
"Hey saya kata bekal la! Esok saya nak bawak bekal pergi kolej hm. Ji.. jimat duit sikit." Qisya memandang arah lain. Tah logik ke tak alasannya. Asalkan dapat menyelamatkan diri.

"Whatever dear. Aku tau kau tak sabar nak bergelar isteri seorang athif fattanah" athif memandang wajah qisya yang sudah bertukar merah jambu. Peluh mula keluar di dahi qisya. Eee apa aku nak kata ni? Suka sangat kacau aku.

Pin! Pin!

"Eh ha tu dewi dah hon! Saya nak pergi dulu." Kata qisya. Yes! Thank dewi selamatkan aku! Tak jadi aku nak membebel lagi! Baru sahaja nak melangkah athif sudah memanggil.

"Qisya zinnirah wait! " qisya menoleh memandang athif.

"Yes?" Athif tersenyum comel. Qisya mula pelik. Apa ni? Mesti ada sesuatu sampai buat muka comel. Saja nak bagi aku cair la ni.

"Aku nak tumpang kereta kau. Kereta aku kat bengkel. " kata athif selamba.

"So what? Hey macam mana kereta awak ada di bengkel pulak? And Panggilla grab" dalih qisya. Tak sanggup aku nak duduk dengan dia dalam satu kereta dahla tengah malu ni.

Athif mendekati qisya hingga jarak antara badan mereka rapat. Qisya menelan liur.
Dia dapat menghidu wangian athif. Uish wanginya! Ni aku suka ni! Dia mendongak memandang athif yang tinggi lampai. Kenapa la si galah ni diri dekat2?

"Aku tak kisah kau bagi ke tak. Aku nak jugak , sweetheart" kata athif selamba sambil mengelipkan mata pada qisya. Dia terpaksa menumpang kereta gadis itu kerana pada jam 11 pagi keretanya barulah boleh digunakan semula kerana dia sudah suruh pekerjanya menukarkan tayar keretanya. Dia terlalu sibuk untuk menukar tayar keretanya sendiri. Dia melangkah ke kereta dewi.

Qisya kaku. Eew sukahati dia je. Qisya berjalan di belakang athif. Athif mengetuk cermin kereta. Dewi pada mulanya terkejut terus menurunkan cermin kereta.

"Er dewi boleh saya tumpang kereta awak? Maafla kereta saya ada masalah." Kata athif sambil senyum nipis kepada dewi. Dewi sengih.
"Err boleh je takpe. Saya pandu ke awak?" Tanya dewi sambil melihat qisya yang sudah masam mukanya. Aik jangan jeles sudah.

"I'll drive." Kata athif sepatah.

"Okay" kata dewi sepatah juga sambil keluar dari perut kereta. Takkan dia nak balas berjela jela pula. Buat malu je nanti. Athif senyum nipis sambil masuk ke dalam kereta.
Dewi menggaru kepala.
Dia baru ingin bergerak ke tempat penumpang dihadapan terus ditahan qisya.

"Woi dewi! Aku nak duduk depan" kata qisya sambil bergerak ke tempat penumpang hadapan. Tanpa menunggu balasa dewi terus sahaja dia melangkah. Eee panas hati aku! Saya awak? Bluek! Dengan aku aku-kau! Konon tak sweet2 dengan perempuan lain! Porraaah! Dengan dewi pun sempat mengayat. Qisya membebel dalam hati sambil menutup pintu kereta agak kuat. Dia membiarkan athif yang terkebil memandangnya. Huh dah bersaya-awak dengan dewi nak pandang2 aku acah innocent pulak! Dia hanya melihat ke luar tingkap.

Dewi menggelengkan kepala. Macam macamla pasangan sejoli ni! Last2 aku yang kena!

Sorry gais kalau bab ni tak best sangat! Korang kata rindu athif dengan qisya kan? Ha nah! Kalau nak lagi sweet, stay tuned!

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWhere stories live. Discover now