Part 4

11.9K 302 11
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————

Sedar tak sedar sudah 3 minggu aku bekerja disini. Rutin harianku seperti biasa, pergi kerja balik kerja dengan Abang Akmal, hubungan kami pun okey tiada gaduh-gaduh. Haha

Aku berasa lega selepas berhempas pulas akhirnya siap juga projek website untuk pengeluaran produk syarikat sempena awal tahun hadapan. Dapat pujian lagi dari En Rafiq dan team syarikat semasa aku membuat pembentangan dengan Mirul di hadapan semua staff syarikat tadi. Nasib ada Mirul sentiasa menenangkan aku di saat aku rasa stress, mana tak stressnya itu tak kena itu tak betul, tapi biasalah kerjakan ini semua pengalaman, aku dengan Mirul pun dah boleh bekerjasama dengan baik, aku tengok Mirul dah matang sekarang dah tak memaksa seperti dulu. 

Kalau dulu dia suka memaksa aku buat benda yang aku rasa rimas dengan dia, rasa terkonkong bila semua benda dia nak care tentang aku. Mirul yang sekarang lebih cool, walaupun aku rasa kadang-kadang datang jugak la perangai lama dia tu, tapi masih lagi terkawal. 😂

"Hanan, jom kita keluar nak lepas kerja nanti" Mirul datang ke mejaku. Sanggup dia datang dari tingkat atas semata-mata nak bagitahu tu je. Whatsapp kan boleh. Tak paham aku.

"Alaaa.....emm untuk apa" aku penat sebenarnya

"Alah jom lah, kita selebrate first projek kita...jom la...jom la..Mimi dan Kak Marlia pun pergi"bersungguh-sungguh dia pujuk aku. Kesian pula aku

"Boleh la..."aku berat hati sebenarnya nak pergi.

"Yeayy...okey lepas kerja kita terus pergi"

"Oraitt"

••••••••••••

Kami pergi hanya berempat dengan menaiki satu kereta. Mirul offer kami naik dengannya, senang katanya satu kereta. Mirul ni baru kerja tapi pakai kereta Merc 180, untunglah orang kaya. Apapun syukurlah dengan rezeki masing-masing.

Baru aku ingat yang aku belum bagitahu lagi Abang Akmal yang aku nak keluar bersama dia orang.

Aku cuba call dan call..... tak angkat!!

Tiba-tiba Abang Akmal call, cepat-cepat aku angkat..

"Salam abang..... tut tut tut" bateri habis, ala... tak apa kot tadi rasa aku dah mesej dia yang aku nak keluar dengan kawan-kawan.

Kami makan di Restoran Aroma Hijrah, nasi arab, feberet Mirul ni kalau nak tahu. Mentang-mentang muka ala-ala arab, yelah kacukan pakistan Mirul ni. Katanya sebelah atoknya dulu-dulu.

"Ni nak tanya, Hanan dengan Mirul ni korang berdua ada apa-apa ke" straight betul soalan Mimi.

"Eh mana ada... kami satu fakulti je" cepat-cepat aku menjawab, Mirul pandang aku, aku buat-buat tak tahu.

"Ohh patut la rapat, satu universiti rupanya korang ye" Kak Marlia menyampuk.

"Iya kak..hehe" jawab aku

"Hai Mirul senyap je awak ni... kenapa" tanya Mimi

"Eishh tak ada la...saya tengah menikmati makanan ni sedap gila"

"Akak kalau nak tahu ni lah makanan kegemaran dia haa" ehh tercakap pulak

"La ghupannya..kau yang nak makan kita orang yang jadi mangsa kena teman kau ye" hahhahahah

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now