Part 35

8.7K 168 0
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————



Aku bermalas-malasan di atas katil sambil mengusap perutku perlahan. Inilah orang kata kenyang yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata. Makan tak ingat dunia padah jawabnya.

Selepas makan tadi kami sempat singgah di supermarket untuk membeli barang basah. Memandangkan di rumah aku ni sudah kering semua, terpaksalah beli juga.

Apa nak hairannya Abang Akmal dengan rela hati ingin belanja. Masa inilah aku nak pau dia kaw-kaw hehehehe.

Suara Abang Akmal yang melaung-laung memanggilku dari dapur menyuruh aku mandi. Aku pula masih enak bermalas-malasan di atas katil empuk.

Tak ada Umi, dia pulak dengan rela hati nak ganti Umi aku tengok.

Pot pet pot pet pung pang pung pang.

Mulut macam bertih jagung, bagitahu itu bagitahu ini, ini okey ini tak boleh ahh banyak lagi. Segala tip dia suruh aku ikut. Saru hidup aku sekejap.

"Hanan! You tak mandi lagi?" Nak marah betul ni sampai ber I you.

Ahaha

"Hehe..belum, sekejap lagi."

"Nak I mandikan you baru nak mandi!"

Dengan gayanya macam mak-mak yang tengah pegang senduk. Hahaha

"Ehh apa pulak, orang boleh mandi sendiri la, sekejap lagi la orang mandi, perut ni kenyang sangat tak larat nak bergerak."

"Whatever la sayang, sekejap lagi abang datang, kalau sayang tak mandi lagi siap la."

"Iya! Halah macam askar pencen."

"Apa dia...

"Tak ada apa, pergi mandi dulu, sekejap lagi Hanan menyusul hehe."

Aduh! Hidup aku dah di kawal ketat oleh sarjan tak bertauliah sekarang. Semua benda dia nak aku dengar cakap dia.

Selepas aku siap mandi. Aku keluar dari bilik air, ternyata Abang Akmal sudah menungguku di sofa sambil khusyuk dengan telefonnya.

Apa yang fokus sangat dengan telefon tu?

Aku perlahan-lahan berjalan membelakanginya di sofa.

'Penjagaan Diri Ketika Berpantang'

What?

Abang Akmal ke ni?

Aku tak sangka dia ambil serious tentang diriku.

"Abang."

Dia sepertinya terkejut dengan panggilanku.

"Sayang....come here." Dia menarik tangannku duduk di sofa.

"Abang baca apa?"

"Er emm tak ada apa."

"Tak nak share dengan Hanan?"

"Tak ada apa lah, tak penting" Muka dia berona merah.

"Eleh macam Hanan tak tahu yang sebenarnya abang dok google pasal pantang lah pasal recover apa semua, kan?"

"So what?"

Dia malu guys. Hahahaha

"Baik betul abang dengan Miss G sekarang ya." Hahahaha aku suka dia time macam ni, dia malu bila aku sakat dia. Nampak innocence sangat.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now