Part 33

8.9K 194 3
                                    





Setelah berkali-kali aku kejut dia dari tadi. Hanya suara erangan dia saja kedengaran. Tadi aku check suhu badannya hampir mencecah 39 C.

Aduh!

Aku pun tak tahu nak buat apa sekarang ini. Dengan pergerakan aku yang agak terbatas, dia pula boleh demam time macam ini.

Aku hanya mampu buat yang termampuku saja setakat ini. Seluruh badannya aku lap dengan kain basah.

Harap-harap suhu badannya menurun.

Aku sapu muka dia dengan kain basah. Wajahnya yang agak pucat aku perhati. Bulu kening dan bulu matanya yang sentiasa menjadi tarikan, menambah lagi kesempurnaan di wajahnya. Siapa tahu di sebalik kesempurnaannya itu, dia itu orangnya posesif sekali.

......urghh!" Suaranya lemah sekali.

"Abang!"

"Nak air...

Aku hulurkan air padanya.

"Abang okey?"

"Okey." Menipu la kau.

"Abang bangun lah telan ubat, abang deman ni."

"Sorry sayang abang susahkan sayang pula." Aku tengok tangannya mengurut-urut kepalanya.

"Abang sakit kepala?"

"Pening sikit."

"Ooo mari Hanan picitkan." Aku menyapu minyak angin di sekitar kepalanya dan mengurut perlahan.

"Sayang dekat sini pula." Amboi kau. Di tariknya tanganku urut di kelopak matanya.

Setelah keadaannya agak stabil, aku bangun berjalan ke dapur. Aku panaskan lauk yang di beli olehnya tadi.

"Abang jom makan, lepas ini telan ubat pula." Dia menghulurkan tangannya padaku supaya menariknya untuk duduk. Manja.

"Sayang, maaf abang sudah susahkan sayang."

Memang pun.

"Sepatutnya abang yang jaga sayang, ini abang yang tumbang dulu."

Hah sedar pun kau.

"Sayang, abang minta maaf abang janji abang akan berubah, abang jaga sayang, abang nak kita kahwin, bagi abang peluang abang janji."

Amboi kau dalam keadaan sakit macam ini pun sempat lagi buat perjanjian. Ini kalau di biarkan segala perjanjian pangkor perjanjian aqabah keluar ini! Lepas sudah sihat nanti di lanyaknya aku pula. Bukan boleh percaya sangat dia ini.

"Abang makan dan telan ubat ini dulu, tak payah nak buat perjanjian sangat tengah-tengah malam ini."

"Please babe give me chance... I will love you, take care of you I'm swears." Main sumpah-sumpah pulak dah.

"Abang! Please not this time okey! Look at your condition, you not well right now..so I don't want any argue with you for this time!"

"But when?"

Eiii benci la aku, tengok la reader sekalian perangai dia tak berubah-ubah. Nak paksa aku saja kerja dia.

"Abang ni memang keras kepala kan! Abang tu tak sihat, masa ini tak sesuai nak bahas semua tu. Hanan pun letih lah kalau abang terus-terus macam ini. Belajar jadi matang boleh tak? Boleh tak kali ini saja Hanan minta tolong abang dengar cakap Hanan! Tadi Hanan suruh abang makan dan telan ubat tu, bukannya abang pergi melalak pasal benda lain. Faham ke faham?" Nah macam petir sudah suara aku ini, tak faham lagi tak tahu la.

Aku Pujaan Abang Место, где живут истории. Откройте их для себя