Part 24

8.9K 213 9
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————



Terasa beban yang berat seperti menindihku, membuatkan aku terjaga dari lena.

Bila aku membuka mata, ternyata tubuh Abang Akmal di atas tubuhku. Berat

Sedaya upaya aku menolak tubuhnya itu.
Dasar zirafah tidur mati. Sudah la tangan dia enak memeluk tubuhku kejap membuatkan aku merasa sedikit lemas.

Baru aku teringat semalam aku teman dia makan, selepas itu aku tertidur di meja makan dan akhirnya?

Disini aku.

Aku pandang jam sudah menunjukkan sekitar pukul 6 pagi.

"Abang....

Dia boleh mengeraskan tubuhnya.

"Abang bangunlah, berat tahu abang ni, orang lemas lah! Sudah la berat." Aku menolak tubuhnya ke tepi.

"Ermm....

Aku alihkan tangannya dariku tubuhku, aku turun dari katil terus ke bilik air mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh.

Seusai solat, aku mendekati Abang Akmal di katil.

"Abang! Subuh sudah ni."

"Errmm....

"Bangunlah."

"Mengantuk...

"Abang dah nak pukul tujuh dah ni."

"5 minit...

Eh dia ni susah kemain nak bangun.

Tak apa tunggu kau!!

Aku ke bilik air mengambil air terus aku renjis-renjis di mukanya.

Terpisat-pisat dia bangun.

"Eh! Apa ni?"

"Solat subuh okey!" Aku terus keluar seusai berkata padanya.

Mukanya cemberut menahan kemarahan.

Ada aku kisah!!

Aku ke dapur untuk membuat sarapan, Umi sudah ada di dapur bersama dengan maklong.

"Hanan abang dah bangun?"

"Err emm dah maklong."

Aku perasan Umi memandang ke arahku. Takut juga aku, Umi memang tidak tahu yang Abang Akmal tidur di bilikku. Maklong pula pergi tanya aku di depan Umi.

Aku memotong bawang buat-buat tidak tahu bila Umi menggangkat-angkat keningnya kepadaku. Mati lah aku.

Sedang ralit aku menggoreng bihun untuk sarapan pagi ini. Umi datang menyergah ke arahku.

"JAH!!

Makkkk!!!!

Terkejut aku dibuatnya.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now