Part 30

10K 207 1
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————



Masa aku keluar lunch tadi aku terserempak dengan Malik dan Misya. Sempat kami berborak sekejap.

Tidak salah lagi ternyata dia mengesyaki yang hubungan aku dan Abang Akmal dalam masalah.

Banyak yang mereka bertanya padaku tentang hubungan kami. Tetapi aku mengelak untuk menjawabnya.

Memang tidaklah aku nak bercerita tentang apa yang sudah berlaku antara kami.

Aku hanya mengatakan kami okey saja dan meminta diri berlalu pergi.

Huh!

Aku meregangkan urat-urat badan seusai menyelesaikan kerja-kerjaku. Hanya tinggal beberapa orang saja di pejabat, memandangkan waktu pejabat sudah habis. Aku mengemas semua barang-barangku bersiap untuk pulang. Selepas ini aku terus ke TBS untuk menjemput Umi dan Abi yang datang dari kampung.

Minggu depan mereka berempat akan bertolak ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah. Jadi maklong dan paklong meminta Umi dan Abi datang awal ke sini. Mungkin ada perkara yang mereka mahu dibincangkan sebelum berangkat ke tanah suci.

Setelah aku menjemput Umi dan Abi di TBS aku membawa mereka memandu pulang ke rumah sewaku, memandangkan waktu maghrib sudah hampir.

Selepas selesai urusan solat di rumah barulah kami keluar lagi. Maklong sudah telefon aku awal-awal tadi. Katanya dia mahu makan bersama-sama malam ini. Jadi kami ramai-ramai anak beranak makan di luar saja malam ini.

Harap-harap si langau tu tak join sekali malam ini.

Aku memandu kereta sederhana laju membelah jalan raya.

"Jah!"

"Ya Umi."

"Umi tengok kamu ni makin kurus saja! Kuat sangat buat kerja ke apa?"

"Eh! Kurus ke Umi..tak adalah orang macam biasa saja."

"Cengkung saja Umi tengok kamu ni."

"Perasaan Umi saja kot hehe."

"Kamu ni Jah, jaga kesihatan tu, jangan kuat sangat buat kerja, betul kata Umi kamu tu kurus Abi tengok kamu ni." Abi pula bersuara.

"Baik Umi Abi." Tak payah bahas-bahas, orang tua cakap iyakan semua. Baru selesai masalah hehe.

Akhirnya kami sampai juga restoran yang telah di tetapkan oleh maklong.

Dari jauh lagi aku sudah nampak maklong dengan paklong melambai-lambai ke arah kami.

Kami bersalaman, maklong peluk aku macam setahun tak jumpa padahal baru sebulan lebih kami tidak tinggal bersama. Ada saja sebelum ini aku datang ke rumah maklong. Waktu Abang Akmal tiada di rumah, waktu itulah aku datang.

Sepertinya maklong mengesyaki sesuatu tentang kami. Tapi setakat ini dia tidak pernah bertanya apa-apa padaku. Kan aku sudah cakap maklong ni sporting orangnya. Dia tidak suka mendesak tidak suka mengongkong. Tak macam anak dia tu. 🙄

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now