Part 6

11.2K 274 5
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————

Selepas solat subuh aku bersiap-siap berpakaian sukan, aku turun kebawah nak berjogging. Aku nak keluarkan peluh, nak bagi bertenaga sikit, iyalah baru pulih dari demam badan mesti lenguh-lenguh. Mana Abang Akmal ni...ke tak berjogging dia hari ini. Aku ke kiri ke kanan warm up terlebih dahulu.

Akhirnya turun juga Abang Akmal, aku tahu dia akan turun punya sebab pagi-pagi dia tak akan tinggal berjogging. Iyalah orang jaga badan.

"Abangggggg....."aku melaung, boleh dia tak nampak aku dekat tepi ni, menonong je straight berjalan.

"Lah nak pergi mana ni.."dia pusing ke arah aku.

"Nak ikut abang jogging skali.."

"Kan demam lagi, mana boleh.."

"Alaaaaaa...Hanan dah baik ni...haa tengok" aku ambil tangan dia letak di dahiku.

"Mana boleh..."

"Bolehh...kalau abang tak nak bagi.. Hanan tak nak kawan abang"aku hentak kaki..hah kau. Tujuk perangai terencat

"Eishh macam budak-budak..yela yela"

"Hehe jom"

Lajunya jogging, ni jogging ke pertandingan merentas desa. Tunggu la aku oiiiiii. Jogging tak sampai 10 minit lagi aku dah mengah.

'Dasar zirafah boleh dia tinggal aku yang kemetot ni....iyyaahhh!!!! Vroom vroom....

"Abanggggggg...!!! Tunggu laaa..!!"aku melaung

"Cepatlah...nak ikut sangat kan" dia laung aku balik.

Aku kejarnya lagi, dia ni macam sengaja pula lari daripada aku

"Catch me if you can baby...!!"Lagi laju dia lari.

"Abang jahattt... siap bang aku kejar kau" aku apa lagi terus aku pecuttt.

Zzzaaappp

Malang tak berbau....

Aku tersadung tersepak batu.

Pap...

Seolah-olah duniaku terhenti. Sakit

'Abanggggggg'

Aku tengok Abang Akmal sudah sampai disimpang, berpusing balik ke arahku.

"Hanan ...okey tak ni?"terus dipapah aku untuk berdiri

"Abang sakit"aku menangis

"See..Hanan tak sihat nak juga ikut abang"dia berusaha mengangkat dan menggendong aku di belakangnnya.

"Cepat bang sakittt ni"lutut aku terkoyak. Sakit

"Iya sabar lah...awak ni berat tau"

"Mana ada.."

"Awak ingat awak tu kecik ke"

"Hanan kecik jelah...abang tu lembikk"

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now