Part 27

8.8K 195 0
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————


Sementara menunggu Abang Akmal bersiap,aku hanya santai di taman mini maklong.

Semalam Izham telefon aku katanya mahu berjumpa. Aku hanya memintanya tangguhkan dulu sebab banyak hal yang aku perlu fikir. Aku takut juga ingin berterus terang dengan dia, sudah tentulah aku menolak untuk berjodoh dengan dia.

Walaupun dia ada mengatakan, cinta itu boleh di pupuk selepas kahwin. Ya! Aku tidak menyangkal sama sekali apa yang dia cakap, tapi bagiku dia itu tetap kawan aku sampai bila-bila. Tidak lebih hanya seorang kawan.

Aku juga berhati-hati dalam mengurus perkara ini kerana aku tidak mahu maklong atau Abang Akmal mengetahui akan perkara ini. Aku tidak mahu ada salah sangka diantara aku dan Abang Akmal. Faham-faham saja Sikap Abang Akmal tu macam mana. Posesif sekali orangnya.

Aku ingin menolak lamaran Izham dengan cara yang paling halus supaya dia tidak terasa hati dengan penolakanku. Aku rasa Izham lebih dari faham kerana sebelum ini sudah ada kata sepakat dari kami berdua, sekiranya apa saja keputusanku itu terima atau tidak, kami berdua menerimanya dengan hati yang terbuka.

Aku percaya pada Izham kerana karekter dia menurut aku, dia sangat matang dalam menangani masalah, apatah lagi perkara yang melibatkan perasaan begini.

Ah! Sudah lah.

"Sayang jom." Muncul Abang Akmal daripada biliknya.

Aku mengikuti langkahnya ke kereta.

Kata Abang Akmal pukul 9 pagi kena ada disana. Sebenarnya family day dia orang bermula dari petang semalam lagi. Di sebabkan aku tak nak bermalam di sana jadi Abang Akmal pun mengikut sekali tidak mahu ke sana tanpa aku. Jadi hari ini last family day mereka. Ada-ada saja dia itu.

Kira-kira 2 jam perjalanan, akhirnya kami sampai juga di Teluk Kemang.

Ya! Seperti yang aku sangkakan, ramai betul staf pejabat dia, dengan anak isteri apanya semua.

Tapi yang aku tak sukanya dari jauh lagi aku nampak si sotong laut tu berlari-lari ke arah kami.

Ooopppss!!!

Ke arah Abang Akmal.

"Abang...tu." Aku muncungkan mulutku ke arah perempuan itu.

Aku rasa genggaman tangan Abang Akmal padaku erat.

"Eishh! Macam sotong dah berlari macam tu." Komen Abang Akmal.

"Hahahaha tak baik lah abang ni." Padahal aku dalam hati mengata kaw-kaw punya pada perempuan tu.

"Dah tu, gelilah abang tengok."

"Bukan abang suka ke?"

"Eh! Mintak jauh, bukan taste abang macam tu, taste abang macam sayang ni."

"Yeke?"

"Yelah sayang, sudah lah jom!"

Kami berjalan bergandingan di tempat mereka semua berkumpul.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now