Part 5

11.4K 284 13
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————

Bila aku sedar, aku tengok maklong sedang berbual dengan Abang Akmal. Lemahnya badan hanya Tuhan yang tahu. Aku bangun bersandar di kepala katil.

"Hanan dah sedar" maklong menghampiriku dan dia mencium dahiku.

Aku senyum padanya..

Abang Akmal datang duduk di tepi katil, dia meletakkan tangannya di belakang pinggang aku dan memeluk erat. Suka hati dia saja buat aku macam tu. Ingat tau aku masih sakit hati dengan kau.

"Maklong ada bawa bubur... Hanan makan ye.." kata maklong sambil menghulur mangkuk bubur kepada Abang Akmal.

"Hanan boleh makan sendiri.." aku cuba mengambil mangkuk bubur dari tangan Abang Akmal.

"Abang suapkan" terus dia meniup bubur dan menyuakan ke mulutku dengan sudu.

Aku hanya makan tanpa suara, pahit. Sungguh aku masih lagi berkecil hati dengan Abang Akmal, tiba-tiba aku rasa sebak mengingatkan telefon aku yang dah berkecai mesti umi ada call aku, macam mana ni.

"Maklong terima kasih buatkan bubur ni untuk Hanan"

"Tak ada apalah...sama-sama, Hanan makan banyak sikit nanti cepat boleh keluar.." ucap maklong sambil usap rambutku.

"Bila Hanan boleh keluar maklong..."Abang Akmal disebelah tidak aku hiraukan.

"Oh ye.. doktor kata tadi Hanan dah boleh discharge petang ni, kalau suhu Hanan dah baik dah stabil apa semua..tapi Hanan balik dengan abang boleh? Maklong dengan paklong ada dinner tahunan dekat Shah Alam" ucapnya dengan membuat muka sory dekat aku sambil bangun untuk ke tandas.

Aku hanya mengangguk lemah, langsung aku tak pandang muka Abang Akmal. Tiba- tiba aku sebak, aku rindu umi. Jatuh setitik air mataku, bila mengenangkan umi dan abi di kampung, apalah dia orang tengah buat sekarang.

'Umi jahh rinduuuuu...

"Hanan...are you okey? kenapa ni?" perlahan suara Abang Akmal, terus dia menunduk menatap mukaku yang terlindung dengan rambutku.

Aku hanya mengeleng kepala dan aku berpaling ke arah lain, tak mahu aku menatap wajahnya. Kalau aku pandang wajah dia aku jadi sebak, terus aku teringat balik apa yang dia buat semalam.

Dia pegang kepala aku dan cium dahi aku. Dapat aku rasakan jantungnya berdegup kencang. Aku tidak tahu kenapa dia begitu.

"Abang betul-betul minta maaf sayang" bergetar suaranya. Cenggeng

Maklong keluar dari tandas melihat aku dalam keadaan menangis dan Abang Akmal sedang memujukku...

"Abang kenapa dengan Hanan sayang...Hanan ada sakit mana-mana ke" tanya maklong cemas, Abang Akmal melepaskan pelukan dan berlalu keluar dari bilik tanpa menghiraukan pertanyaan mamanya.

Maklong peluk aku "kenapa ni sayang.. hmmm"

"Hanan teringat dekat umi" aku menangis teresak-esak.

"Oh kesian anak maklong...okey....jap maklong call umi" terus maklong membuat panggilan.

Lega hati aku bila sudah bercakap dengan umi. Tidak aku bagitahu apa yang telah terjadi pada aku. Aku tak mahu umi risau tentang aku.

••••••••••••

Aku sudah boleh keluar petang ini, seperti kata maklong aku perlu balik dengan Abang Akmal, tiada ucapan diantara kami berdua. Abang Akmal menggangkat semua barangku tanpa bersuara, dia pimpin tanganku ke kereta, walau aku memberi reaksi yang tidak selesa tetapi tidak dihiraukannya.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now