Part 44

6.7K 166 5
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
———————————————



"Hanan nah." Mirul menghulurkan pisang goreng kepadaku.

"Loh! Mana dapat?" Sukanya aku. Aku mengidam nak makan pisang goreng.

"Adalah, seluruh Bangi tau saya cari untuk awak, kan sayang?" Amboi sweetnya dua ketul ni.

"Thank you Mirul Mimi, adoi ni mesti Kak Marlia yang bagitahu korang kan? Betul kan akak? Buat susah korang je."

"Alah tak ada apanya, dah kita orang ajak lunch sekali kamu tak nak. Habis akak carilah yang kamu nak makan, benda kecik je lah."

Terharunya aku. "Terima kasih korang."

"Alolololo...jangan lah nangis mak buyung, tak cantik nanti, nah makan la nanti sejuk tak sedap pula." Ujar Mimi sambil mengusap belakangku.

Aku bukan tak nak ikut dia orang, faham-faham sajalah aku memang tak lalu nk makan. Aku hanya minum susu makan roti. Nasi pun hanya makan bila lapar, selepas itu aku akan muntah balik apa yang aku makan. Tenagaku agak berkurang. Mungkin juga aku terlampau berfikir.

Abang Akmal sampai ke hari ini masih dingin denganku. Sejak malam kejadian itu, dia tidak bercakap denganku. Segala pertanyaanku dia jawab endah tidak endah saja. Dia jarang sudah di rumah sejak akhir-akhir ini. Pulang pun hanya sekejap selepas itu akan keluar lagi. Pulangnya lewat malam. Tidurnya pula di ruang tamu kadang-kadang di bilik tamu. Bila bangun pagi dia sudah tiada di rumah.

Besar sekali kesalahanku. Sampai dia tak nak dengar apa-apa penjelasanku.

Orang dah tak sudi, apa aku boleh buat. Hari-hari aku datang ke pejabat pun naik grab. Pulang pula kadang-kadang di hantar Kak Marlia. Aku tak larat nak drive sendiri plus aku takut jadi apa-apa pada kandunganku.

Sudah dua kali check up di hospital aku pergi sendiri. Kak Marlia tahu masalah aku. Aku berusaha menyembunyiakan masalahku. Kak Marlia kata jangan tipu dia, dia suruh aku luahkan untuk aku merasa lebih tenang. Akhirnya aku menangis juga di bahu Kak Marlia. Dia yang banyak bagi aku semangat. Aku juga cerita kepada Kak Marlia tentang gambar aku dengan En Izz. Kata Kak Marlia mungkin saja ada orang dengki dengan aku. Tapi aku tidak pernah bermusuh dengan sesiapa. Ini yang membuat aku berfikir plus sejak sehari dua ni, kelakuan En Izz padaku boleh aku katakan agak mengambil berat padaku. Pelik aku dengan dia ni.

Hanan awak okey?
Hanan awak dah makan? Saya ada bawa breakfast.
Hanan ni vitamin ibu mengandung, my mom bagi.
Hanan jom lunch dgn saya.

Itulah antara yang aku ingat. Tapi aku tak layan. Aku berusaha mengelak dengan setiap ajakan daripadanya. Wajahnya hampa dengan setiap penolakanku. Nasib ada Kak Marlia yang sentiasa denganku. Menjadi back up aku. Aku hormat dia sebagai bos aku.

"Hanan." Lamunanku terhenti bila Kak Marlia memanggilku.

"Akak...sory, akak panggil saya."

"Hanan okey?"

"Okey kak."

"Hanan...akak simpati dengan kamu, apapun yang jadi kamu kena kuat. Janagn terlalu berfikir, akak takut menjejaskan kesihatan kamu. Kesian dekat baby."

"Terima kasih, akak dah banyak tolong saya."

"Tak ada apalah, kamu tu akak anggap macam adik sendiri dah. Ni dah waktu balik dah ni, jom akak hantar."

"Akak, kita singgah pasaraya sekejap, Hanan nak beli buah."

"Boleh sayang, jom."

"Okey, yeaaa." Aku kemas apa yang patut. Tutup komputer.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now