Part 40

8.7K 166 4
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
———————————————



Aku berjalan menuju ke lif. Butang ke atas aku tekan. Setelah beberapa saat menunggu pintu lif terbuka dan aku masuk untuk menuju ke tingkat atas. Belum sempat pintu tertutup, tiba-tiba pintu lift di sekat seseorang.

En Izz.

"Hai Hanan."

"Hai..

Suasana sepi dalam lif hanya kami berdua.

"So, how your life after marriage?"

What?

Tidak enak pula bila hanya kami berdua di dalam lif.

"Emm okey, good."

"Just good?"

Habis kau nak aku jawab apa? Sudah la pagi-pagi sudah tunjuk muka ais beku. Yekk!!!

"Ya..

"By the way, congratulation, sorry I'm not attempt your wedding that day. I have some business in Turkey and——this is gift for you, just take it." Dia menghulurkan kotak sederhana besar kepadaku.

"Wow, thank you En Izz, what is it?" Aku menyambut kotak itu daripada tangannya.

Bunyi ting menandakan sudah sampai di tingkat 5.

Aku melangkah keluar bersamanya.

"You just open it, I'm hope you like it babe."

Babe?

"I will, thank you En Izz for the gift."

"Most welcome."

Dan dia berlalu ke biliknya.

Tarik balik lah yang aku berhabis kutuk dia tadi. Hehehe

"Hai pengantin baru welcome back to work." Geng kakak-kakak bagi kejutan pula dekat aku.

Hahahahaha

Hampir seminggu cuti kahwin. Jadi ini hari pertama masuk kerja.

"Thanks akak-akak semua."

"Waw, orang tu dapat gift dari bos." Ujar Kak Anis.

"Buka rr nak tengok juga apa yang dekat dalam tu." Kak Marlia pula kecoh.

"Okey, nak tengok ya, tara———?

Wow...selendang.

"Cantiknya Hanan, ni permata swarovski, mesti mahal, untungnya Hanan."

Iya sangat cantik, nampak la kainnya kualiti bagus ni kalau 3 bulan gaji aku belum tentu dapat beli. Untung ada orang bagi. Muehehehe

"Untung lah.....

"So, macam mana perasaan selepas kahwin." Kak Nomi pula yang bertanya.

"So far okey, alhamdulillah."

"Harap-harap kekal selamanya hubungan korang berdua, tapi tu lah tak sangka pula kami, yang kamu berkahwin dengan abang sepupu kamu. Rupanya yang selalu jemput kamu sebelum ini, boyfriend kamu ya. Berabis kami ingat dia tu macam abang kamu la konon."

"Hahaha dah jodoh kak. Hanan pun macam tak sangka juga."

"Iya la kan? Jodoh dia depan mata je." Ucap Kak Marlia.

"Alah akak ni, akak kan dengan En Rafiq sudah, cakap dekat dia tak payah tunggu lama-lama."

"Emm entah la Hanan, nak ke dia dekat akak ni, akak ni perempuan mana ada perigi cari timba."

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now