Part 16

9.7K 228 0
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
———————————————


Aku terjaga apabila terasa sejuk di perutku, tubuhku rasa letih yang teramat. Perit di perut masih lagi terasa.

"Ehh apa ni.."

Terkejut aku apabila melihat Abang Akmal sedang duduk di sisiku di atas katil.

Aku pandang jam di tepi katil baru pukul 3 pagi.

"Hanan sory kacau Hanan tidur, abang nak cuci luka Hanan."lembut suaranya.

"Tak payah, Hanan boleh buat sendiri."aku tepis tangannya yang cuba menyapu ubat di perut ku.

"Hanan Please...."

Perlahan-lahan dia ingin menyapu ubat luka di bahagian perut ku.

"Tak payahlah...." suaraku sudah terketar-ketar menahan tangis.

Aku tak boleh.

Aku jadi ingat balik apa yang dia dah buat dekat aku. Aku jadi sakit hati.

"I'm sorry..."

Dia peluk aku dari belakang dengan erat. "Abang minta maaf sayang..tolong lah memang abang salah, bagi abang peluang."

Suaranya serak menahan tangis yang akhirnya tersedu-sedu di bahuku.

Kelemahan aku bila mendengarnya menangis membuatkan aku juga turut menangis bersamanya.

Dia cium ubun-ubunku lama, dia bawa aku ke dalam dakapannya. "I'm sorry...Please."

Aku hanya diam.

Kerana aku lebih tahu perangai dia macam mana, bila dia marah dia seperti di luar kawalan seolah-olah dia tidak sedar dengan setiap tindakannya. Yang menjadi mangsa dia adalah aku. Aku yang menanggung perit kesakitan dengan sikap dia.

Lepas buat minta maaf, aku dah hafal skrip dia.

"Please sayang say something..."

Senyap.

"I'm really sorry what I've done to you.."pujuknya lagi.

Aku senyap lagi.

"Oh god..please Hanan..."suaranya serak akibat menangis, dia palingkan wajahku ke arahnya.

Aku pandang wajahnya tanpa kata, wajah dan hidungnya merah. Kesan daripada menangis.

Anak tunggal yang manja.

Arghh!

"Kenapa abang sedih? Bukan ini ke yang abang nak?" Tanyaku sayu.

Aku sapu air matanya di pipi.

"Tak... abang minta maaf, Hanan maafkan abang?" Dia pegang kedua pipiku dengan tangannya.

"Kenapa abang sanggup buat Hanan macam ni."

"I'm sorry sayang..."perlahan suaranya,

"Hanan tanya kenapa?..."Dalam menahan tangis aku bersuara,  matanya tidak lepas dari memandang wajahku. Matanya yang kuyu, mata yang membuat sesiapa saja terjatuh suka, mata yang penuh dengan pandangan sayu, mata ini jugalah yang selalu memandang tajam pada ku bila melihat aku dengan lelaki lain. Yang membuat hati aku hancur berkecai dengan sikap aggressive nya itu.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now