Part 26

8.6K 191 2
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————



Sejak kejadian semalam Abang Akmal tidak mahu bercakap denganku. Pagi tadi aku ke biliknya mengajak bersarapan bersama, malah aku tidak dilayan. Eh! Itu sebab maklong suruh tau, kalau ikutkan hati aku malas la nak layan perangai merajuknya itu.

Ni malam pula nak kena ajak makan. Keras kepala sekali.

Setelah berkali-kali aku ketuk pintu biliknya, namun tiada sahutan. Aku membuka tombol pintunya. Tidak berkunci.

Aku masuk ke biliknya.

Abang Akmal sedang berada di toilet, aku mendekati meja kerjanya yang banyak dengan lakaran. Pasti dia bawa balik kerjanya di rumah lagi.

Bunyi mesej masuk di telefonnya menarik perhatianku. Terus aku mengambil telefonnya.

'Thanks babe I love you' 

Dari Bella.

Apa sebenarnya hubungan mereka.

Tengah aku sedang memikirkan tentang ni, tiba-tiba telefonnya di rebut daripada tanganku.

"Siapa benarkan Hanan ceroboh telefon abang."

"Ermm mana ada."

"Tak payah nak tipu, abang nampak tadi."

"Aah kalau betul kenapa! Abang nak marah Hanan?"

"Jangan nak sibuk hal abang."

"Oh! Kalau abang stalk telefon Hanan tak apa pula, sampai password telefon Hanan pun nak tahu sampai meroyang-royang, sampai telefon Hanan tu siap di baling-baling sampai hancur tak apa pula? Ini telefon dia baru pegang sikit dah bising,dah la penipu!!" Tercunggup-cunggup aku melepas geram.

"Eh! Apa maksud Hanan, sesuka hati cakap abang penipu."

"Dah la abang tak payah nak sorok lagi, mengaku sajalah yang abang ada hubungan dengan Bella tu kan?"

"Sayang ni tak tahu usul periksa terus tuduh melulu." Dia senyum sinis padaku.

Sakitnya hati aku, rasa nak di tendang-tendang saja mukanya saat ketika ini.

"Orang bodoh sajalah yang tak percaya, dah la tak payah nak tegakkan benang yang basah, mengaku sajalah."

"Yang Hanan sakit hati sangat tu kenapa? Hanan jealous?"

Aku tak cakap banyak terus aku maju di hadapanya dan aku..

Pang!

Ya aku tampar mukanya dan aku tumbuk dada bidangnya sekuat tenagaku.

Dia sampai terduduk akibat dari hentakanku padanya.

Puas hati aku.

Aku terus keluar dari biliknya dan ke bilikku.

Terlampau sakit hati dengan dia sehingga aku menangis teresak-esak di tepi katil.

Entahlah.

Aku Pujaan Abang Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora