Part 13

9.5K 229 5
                                    

Tepat jam 11 malam kami sampai di rumah.

Huh!

Bawa kereta macam pelesit, aku tak faham dengan dia ni, apa yang dia tak puas hati sangat dengan aku.

Sepanjang kami dalam kereta tadi sepatah pun dia tidak bersuara. Hanya muka ketatnya saja yang di pamerkan.

Sampai saja di garaj kereta aku terus keluar ke dalam rumah, tidak aku hiraukan pandangan tajam Abang Akmal padaku. Aku kelihatan maklong baru ingin masuk tidur.

Aku hanya bercakap sekejap dengan maklong, selepas itu aku minta diri aku terus naik ke atas.

Aku menutup pintu bilik perlahan, tiba-tiba aku rasa tolakan di belakangku.

"Ehh apa ni."

Abang Akmal!

Di meluru ke arah ku sehingga badanku terdorong ke dinding.

Kami bergelut, aku tolak badannya yang melekat di badanku.

"Abang tolong lepaslah!"aku tolak mukanya yang melekat di leherku. Nagasnya kencang

Aku dah mula takut.

Tidak semena-mena dia memeluk tubuhku erat dan menolak tubuhku ke arah dinding dengan kuat. Dia melumut bibirku dengan kasar sehingga aku tidak boleh bernafas. Aku sedaya upaya melepaskan diri daripadanya, tubuhku sudah menggigil ketakutan.

Ya Allah! selamatkanlah aku.

Aku sudah habis tenaga ingin berlawan dengannya. Dia merentap bajuku sehingga bahuku terdedah. Aku cuba menahan tangannya daripada tubuhku. Air mata yang aku tahan-tahan keluar jua akhirnya.

Dia seperti di luar kawalan. Aku pegang tangannya dengan kuat. Aku cium tangannya, aku peluk tubuhnya dengan kejap, aku cium lagi bahunya supaya dia sedar. " Breathe breathe....Please!!7 ". Dalam esakanku aku cuba untuk mengawal keadaan supaya dia tidak hanyut dalam dunia ciptaannya sendiri.

"Abang...tolong jangan buat Hanan macam ni..Hanan merayu dekat abang."dalam esakan aku cuba bersuara.

Aku usap belakang tubuhnya berkali-kali sambil aku beristighfar di dalam hatiku.

Dia seperti baru tersedar dari perbuatannya. Lama kami berkeadaan begini.

Masing-masing senyap, hanya bunyi detakan jantung kami saja yang kencang.

Ya allah terima kasih kau selamatkan lagi aku kali ini. Aku menangis hiba dengan keadaanku begini.

Bila keadaan agak reda.

Aku melepaskan pelukan kami, dalam keadaan menggigil aku berjalan perlahan ke arah katil. Aku terus menyelinap masuk ke dalam selimut tanpa aku menghiraukan padanya yang menyandarkan kepalanya di dinding.

Aku menangis lagi, apalah nasibku diperlakukan seperti ini. Aku rasa sudah tidak sanggup lagi tinggal disini.

"Kalau abang tidak suka Hanan tinggal dengan abang dekat sini Hanan boleh keluar dari rumah ni... tapi janganlah buat Hanan seperti tak ada maruah."perlahan aku bersuara dalam sendu.

Senyap.

Sungguh aku kecil hati dengan dia.

Aku bangun dari katil, aku berjalan ke arah almari pakaianku. Aku keluarkan bagasiku, aku masukkan pakaianku ke dalam bagasi. Aku tidak hiraukan dia yang sedang berdiri di pintu bilikku. Aku ambil barang-barangku, simpan di dalam beg.

Dia meluru ke arahku dan memelukku erat.

"Hanan jangan pergi Please...Hanan tak akan ke mana-mana."

Dia memegang mukaku.

"No..Hanan jangan tinggal abang..abang salah..abang minta maaf, abang cemburu bila tengok Hanan dengan lelaki lain, abang tak dapat kawal marah abang, maafkan abang..abang sayang Hanan tolonglah faham abang."

Dia melekapkan dahinya ke dahiku.

Aku kaku.

Aku buntu.

Aku hanya diam tanpa kata.

Perlahan dia mengutip pakaianku di dalam bagasi dan dia menyusun semula di dalam almari.

Lama aku memerhati kelakuannya.

Selepas dia mengemas, dia menghampiriku. Dia memegang kedua bahuku. Pandangan kami bersatu. Dia menyapu sisa air mataku di pipi.

Aku hanya membiarkan perlakuannya padaku.

"Abang betul-betul minta maaf, abang janji abang akan cuba kawal perasaan abang.. dan abang harap Hanan jangan keluar dari rumah ni."dia peluk aku, dia cium dahiku dan kedua kelopak mataku.

Dia melangkah keluar dari bilikku. Tiada sepatah pun ucapan daripadaku. Aku hanya pandangnya sehingga dia menutup pintu bilikku.



——


Selepas makan tengahari tadi, aku bersiap-siap untuk keluar. Kata maklong girl time untuk kami berdua, paklong hanya iyakan semua cakap isteri tercintanya. Sweet saja aku tengok mereka berdua ni macam tak pernah ada masalah, maklong orangnya lemah lembut paklong pula agak tegas orangnya.

Masa makan tadi, tak pula aku nampak kelibat Abang Akmal. Pagi tadi pun masa sarapan aku tidak nampak dia. Aku pun tidak bertanya lanjut mengenainya daripada maklong. Ah biarlah dia.

Aku bersiapa ala kadar sahaja, kata maklong dia nak shopping hari ni. Aku apalagi join sekali lah, memandangkan sudah lama aku tidak berbelanja, apa salahnya jarang-jarang memanjakan diri sendiri.

Pukul 3 petang kami gerak keluar dari kediaman, tadi masa aku keluar rumah aku nampak kereta Abang Akmal masuk ke garaj, dia tidak memandangku langsung, aku hanya nampak dia berbual sekejap dengan maklong lepastu terus masuk ke dalam rumah. Ah biarlah dia.

Banyak kedai yang kami masuk, rupanya maklong ni boleh tahan cerewet jugak kalau bab-bab membeli barang ni, ahh samalah macam anak tunggal dia tu. Perangai je jauh beza langit dengan bumi.

Aku pun ikut sekali lah membeli, sempat juga aku membeli pakaian kerjaku tiga pasang selebihnya aku membeli blouse biasa saja.

Bila aku tengok jam rupanya dah nak masuk magrib. Kami membuat keputusan untuk solat magrib di surau mall saja.

Sebelum balik sempat kami makan terlebih dahulu, kata maklong dinner siap-siap. Hehe

Maklong bawa kereta keluar parking, sempat maklong tanya aku soalan cepumas.

"Hanan maklong nak tanya?"

"Apa dia maklong."haishh suspen pula maklong ni.

"Hanan dah ada someone? Maksud maklong buah hati.." dia pandangku sekilas.

"Errr tak ada maklong.. kenapa maklong tanya?"

"Saja maklong tanya mana tahu Hanan dah ada pakwe.."

"Haish tak ada lah maklong, tak ada siapa yang nak dekat Hanan ni."jawabku.

"Hanan jual mahal sangat kot."

"Ahahahaha mana ada."

"Hanan dengan Abang Akmal okey?"

Gulpppp....

"Okey."aku pandangnya sekilas.

"Maklong bukan apa, maaf lah kalau dia ada buat Hanan tak selesa ke, buat Hanan terasa ke, Hanan tahu juga kan perangai dia macam mana."

"Hehe kami okey saja maklong, jangan risau."

Tidaklah aku cerita anaknya telah membuat hidupku huru hara sejak akhir-akhir ini.



——

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now