Part 42

7.1K 149 0
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
———————————————



Pulang saja dari kerja tadi aku hanya bermalasan di atas katil. Entah kenapa sehari dua ini aku merasa lesu tidak bermaya. Nak buat kerja pun tiada mood. Tadi pun aku muntah-muntah selepas makan tengah hari. Apa yang aku makan semua keluar. Beberapa minit sekali perut aku akan merasa sebu. Sungguh aku tidak larat. Penyakit apa yang menimpaku sampai macam ini sekali.

"Sayang." Abang Akmal memanggilku.

"Iya abang."

"Sayang kenapa? Dari tadi lagi abang tengok macam tak sihat saja ni, muka sayang pucat."

"Entah la abang, sayang rasa tak larat betul dua tiga hari ni, kadang-kadang rasa pening. Hari ni sayang muntah-muntah selepas makan tengah hari tadi."

"Muntah? Kenapa tak bagi tahu abang awal-awal, patut abang tengok sayang pucat saja dari tadi." Dia sudah kalut, sentuh dahi aku.

Aku menghidu bau tubuhnya.

Hemm wangi!

Hilang rasa peningku. Aah la, wanginya bau badan Abang Akmal. Aku terus menerus menghidu baunya.

Tapi! Bukan ke selalu dia memang bau macam ni.

"Wangi bau abang, sayang rasa nyaman."

"Eish jangan merepek, abang belum mandi lagi ni."

"Wangi.....

Aku mencium-cium tubuhnya. Macam menghidu gam sudah aku ni. Aku peluk tubuhnya erat.

"Sayang ni okey ke tak? Sayang tak pernah macam ni tau."

"Entah, tapi bau abang ni menyenangkan." Aku tetap lagi memeluknya erat sambil mukaku di sembamkan ke dadanya.

Tiba-tiba rasa ingin bermanja ingin dibelai. Aku cubit kuat kedua pipinya. Geram! Hurmmm

"Auuu! Sakit la sayang."

"Geram dengan muka abang ni, flawless." Berkali-kali aku mencium mukanya.

Abang Akmal ni kalau nak tahu dia punya muka flawless gila. Kalah aku yang perempuan ni. Jeles tau.

Akhirnya dia mengalah juga. Hanya membiarkan aku memeluknya erat. Terasa tangannya membelai kepalaku lembut.

"Esok kita ke klinik, sayang sampai muntah-muntah, abang takut sayang  keracunan makanan ke apa."

"Emmm...

"Sayang buat apa saja dekat pejabat hari ini?"

Aku mendongak kepalaku memandang wajahnya. Aku suka posisi kami seperti ini, dia memelukku sambil mendengar setiap luahanku. Sementara aku pula memberi tahu itu ini aktiviti seharianku.

"Erm buat kerja macam biasa, tapi lepas muntah-muntah tadi, En Izz suruh rehat jadi sayang tidur jelah dekat bilik rehat. Nasib baik Kak Marlia ada, boleh dia tolong picitkan kepala sayang tadi."

"En Izz? Siapa tu?"

"Bos sayang."

"Bukan ke bos sayang sebelum ni nama lain."

"Oh! Dah bertukar orang, En Rafiq ditukar ke jabatan lain."

"Muda lagi ke En Izz tu?"

Haip! Soalan berbau apa nih.

"Entahlah, baya abang kot, tak pasti."

"Dia ada miang keladi tak dengan sayang?"

"Ish abang nih mana ada, dia kan bos sayang, tak ada masanya nak bermiang keladi dengan dia——abang pula macam mana kerja hari ni? Okey? Ada yang ngurat Abang tak?" Hehe saja nak tanya.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now