Part 41

7.5K 161 2
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
———————————————





Begitu cepat masa berlalu, sudah 4 bulan kami menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri. Ini bermakna sudah sebulan lebih kami tinggal berasingan dengan mama dan papa. Pada awalnya mama keberatan mahu mengizinkan kamu tinggal berasingan dengan mereka. Namun setelah di pujuk papa, akhirnya mama akur juga dengan keinginan kami. Sebenarnya aku tidak kisah tinggal di mana. Tapi ini semua kehendak Abang Akmal katanya ingin hidup berdikari, ingin belajar hidup tanpa menyusahkan mama dan papa bukan bermakna melupakan mereka. Mahu membina kebahagian antara kami.

Mama dan papa menyambut baik niat kami yang satu ini. Umi dengan Abi pula tiada masalah pesan Abi buatlah apa-apa yang boleh membahagiakan rumah tangga kamu berdua. Sentiasalah saling percaya antara satu sama lain. Mesti saling bertolak ansur.

Kami mendengar setiap butir bicara mereka sebagai nasihat yang baik untuk kami.

Alhamdulillah antara aku dan Abang Akmal kami masing-masing dalam proses memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.

Rutin harian kami seperti biasa pergi kerja balik kerja. Setiap kali pergi dan balik kerja Abang Akmal yang akan menghantar dan menjemputku. Itu adalah permintaan dia. Dan aku sangat senang dengan setiap effort dia terhadapku.

Honeymoon? Ahahahaha

Kalau honeymoon aku yang memilih tempatnya. Kami ke Semporna Sabah, itulah tempat yang aku rasa sangat nak pergi dan akhirnya tercapai juga. Pergi pula dengan orang tersayang. Walaupun pada awalnya Abang Akmal mengajakku ke Korea negara oppa-oppa yang korang suka tu. Aku menolak, aku hanya mahu yang biasa-biasa dan mendamaikan. Halah kami ni biasa-biasa saja bukan dalam drama tv3 petang-petang tu yang nak kena ke Paris, ke New York kan? Bagi aku dalam Malaysia ni banyak saja tempat yang menarik. Tak kisah la mana-mana, ada rezki lebih boleh la ke luar negara pula. Tak gitu ya?

Kalau tanya soal anak. Kami tak kisah aku lagi la tak kisah. Kalau ada rezki, kami terima dengan hati yang terbuka.

Ingat lagi hari tu, bila aku tanya Abang Akmal. Saja aku tanya dia.

"Abang, kalau abang nak anak lelaki ke perempuan?"

"Sayang tanya abang?"

"Iya lah, siapa lagi."

"Okey kalau abang nak anak perempuan."

"Kenapa?"

"Sebab nanti tak adalah abang jeles kalau perempuan, dua-dua akan datang dekat abang, kalau lelaki berebut pula abang dengan dia nak sayang."

Aku masa itu juga, aku tepuk dahiku. Ada ke fikir nak jeles dengan anak. Korang fikir, tak masuk akal langsung.

"Abang ni dengan anak pun nak jeles dah kenapa."

"Tadi kan sayang tanya, so abang jawab, kalau sayang lebih prefer boy or girl."

"Okey kalau sayang boy, sebabnya dia akan jadi ketua dalam keluarga, dia akan lindungi adik-adik dia nanti, akan jaga kita, pokoknya anak lelaki tu besar tau tanggungjawab dia dalam keluarga. Tapi Hanan tak kisah dapat boy or girl, asal sihat sudah itu yang penting."

Bila ingat balik perbualan kami, aku tersenyum sendiri dengan sikap Abang Akmal.

"Sayang!!!"

Oh mak kau! Terkejut aku

"Iya abang."

"Baju abang yang hitam corak-corak dekat tepi ni duduk mana?"

Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Dekat mana ya?

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now