Part 39

7.6K 189 1
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————





Majlis resepsiku berjalan dengan lancar. Walaupun kami agak penat melayan tetamu yang datang, tetapi kami gembira. Umi siap pesan awal-awal lagi jangan tahu bergambar saja, sesekali kena layan tetamu juga. Mesti hargai tetamu yang datang.

Mulut aku ni rasa macam strok sudah asyik tersenyum dari tadi. Setiap tetamu yang datang sudah tentu ingin bergambar dengan pengantin. Dalam hati aku strok pun strok lah, bukannya selalu, sekali seumur hidup, tetamu bahagia aku lebih lagi bahagia.

Kadang-kadang aku tumbuk perlahan pinggangku kerana lenguh akibat terlalu lama berdiri. Sesekali tangan Abang Akmal mengusap pinggangku.

"Sayang okey?"

"Don't worry I'm okey."

Aku okey saja dia yang terlebih protektif. Lenguh-lenguh tu biasa.

"Hai Hanan, jom tangkap gambar."

"Aah jom-jom kak."

Geng kakak-kakak tempat kerjaku. Ingat lagi aku masa pertama kali aku memberi kad jemputan kepada mereka semua pakat kecoh. Mereka tidak menyangka yang aku kahwin dengan abang sepupuku
sendiri. Memang dia orang tidak tahu tentang hubungan aku dengan Abang Akmal kecuali Mirul sorang. Kata Mirul akhirnya kawan aku sorang ini ke pelaminan juga.

Majlis kami dimeriahkan dengan pelbagai persembahan yang ada, persembahan kompang dan juga persembahan dari anak-anak yatim. Bacaan al-Quran yang sungguh merdu daripada pusat tahfiz yang selalu mama dan papa lawat sebelum ini. Aku sangat senang dengan semua ini. Tak ada la benda yang lagha kan?

Jadi tema resepsi kami lebih kepada arabic. Semua ini kehendak Abang Akmal. So tak adalah pakaian yang pelik-pelik menjolok mata. Kata Abang Akmal dia mahu melihat tetamu yang datang semuanya sopan dengan gaya masing-masing. Macam-macam Abang Akmal ni.

Waktu sudah menginjak ke petang. Patutlah mata aku terasa memberat saja. Aku sudah tak sanggup dengan mekapnya, dengan bulu matanya yang panjang macam entah apa-apa. Aku ni mana biasa mekap tebal-tebal macam ni, bertambah mengantuk ada aku macam ni. Tapi nak buat macam mana ni semua kehendak Abang Akmal. Katanya nak suruh aku nampak cantik di hari bahagia kami. Soalnya cantik ke macam ni? Memang lah cantik tapi aku rimas. Kalau depan dia aku yela-yela saja. Cerewet nak mateyyy!!!

Semasa kami bersalaman dengan tetamu yang ingin pulang. Tiba-tiba kami di sapa seseorang dari belakang.

"Hanan."

"Eh Izham! Ingatkan kau tak datang."

"Mana boleh tak datang kan aku dah janji nak datang, by the way congratulation both of you."

"Thank you Izham, Abang ini Izham and Izham this is my husband." Ujarku.

Izham menghulurkan tangannya ingin bersalam dengan Abang Akmal. Tapi reaksi Abang Akmal yang membuat aku tidak senang. Mukanya yang agak tegang. Terus aku mencuit pinggangnya menyedarkannya dari amarah. Janganlah dia buat hal dekat sini.

Akhirnya dia menyahut juga salaman daripada Izham. Aku menghembus nafas lega.

"Thanks...

"So, kau datang sorang je ke?" Aku cuba menceriakan keadaan.

"Aku datang dengan wife aku, dia ke tandas tadi."

.....arr tu dia, sayang come here!" Izham memanggil isteri dia.

Cantik. Manis bertudung.

"Hehe sorry, Haii, ini Hannan ya? Saya Fina." Aku bersalaman lagi. Orangnya mudah mesra. Sesuai sangat dengan Izham.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now