Part 23

9K 209 5
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————


Selesai sudah majlis nikah dan resepsi Abang Hariz dan Kak Lina yang diadakan di hotel The Regency Waterfront. Ramai juga saudara mara Umi dan Abi yang datang, sampai ada di antara mereka yang aku tidak kenal. Kebanyakan mereka yang aku jumpa masa kecil-kecil dahulu. Sekarang dah besar semuanya dah berubah.

Bila ada majlis macam ni barulah kenal saudara mara. Aku masa zaman remaja dulu bila Umi dengan Abi mengajak pergi kenduri saudara mara mananya mahu ikut.

Masa kanak-kanak tak usah cakap pantang tengok Abi start enjin kereta mulalah aku dengan Abang Hariz berkejaran mahu mengikut sekali. Bila dah besar, keluar rumah pun jarang, apatah lagi nak pergi melawat saudara mara.

Aduh lenguhnya badan. Kalau kena urut ni pasti lega.

Sebenarnya aku terjatuh tadi masa dekat hotel, dah la pakai heel.

Apa malang sangat nasib aku ni, tangan teseliuh kaki pula tergelincir macam ni.

Selepas pulang dari hotel tadi, aku hanya santai di ruang tamu bersama saudara mara yang lain. Kebanyakan mereka yang tinggal berjauhan menginap di rumah kami. Ada juga di kalangan mereka yang menginap di hotel.

"Jah, macam mana kaki kamu tu? Tangan tak baik lagi kaki pula jadi macam tu." Ujar Umi yang baru pulang, melabuhkan tempat di tepiku.

"Sikit je ni Umi."

"Sikit-sikit la, nanti sedar-sedar jadi lain kaki kamu tu.. ni Kak Nik cuba tengokkan kaki Jah ni, tergelincir dia tadi."

"Mana tengok, macam mana kamu ni boleh tergelincir ni?"

Kak Nik ni waris belah Abi, aku pun tak kenal sangat.

Dia mengurut kaki ku, sampai aku tertidur di sofa.

Aku tersedar dari tidur bila rasa seperti ada orang mengejutku bangun.

"Sayang...

Abang Akmal membisik namaku di telinga.

"Sayang..masuk tidur dalam bilik, tak manis sayang tidur di luar macam ni." Bebelnya di telinga ku.

Aku yang baru tersedar dari tidur mamai-mamai terus bangun menuju ke bilik.

Rasa mengantuk membuatkan aku tidak hiraukan keadaan sekelilingku. Walaupun di ruang tamu itu kedengaran agak bising dengan saudara mara sedang bersembang.

Aku tutup pintu bilik dan rebahkan tubuh di katil.

Argh! Leganya

"Sayang...

Ish apa lagi! Langau betullah. Kacau orang nak tidur.

"Sayang bangun lah, tolong abang kejap."

"Apa dia?...

Bangun juga aku akhirnya.

"Ye nak apa?...

"Sayang tolong pergi ambik beg pakaian abang dekat bilik depan."

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now