Part 34

8.6K 201 1
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————


Aku menghirup udara segar di beranda rumah sambil membelek telefonku membaca isu-isu semasa.

Bosan!

Buka Instagram bersepah dengan muka-muka Instafamouse, budak-budak sekolah main tik tok, artis-artis dok tayang kemewahan, lawak jenaka yang hambar aduhh! Bosan aku.

Buka Facebook adalah juga faedahnya boleh baca kisah-kisah di page IIUM. Dulu aku selalu baca kisah-kisah dekat sini, banyak tip-tip yang berguna mereka share. Aku paling tak boleh lupa kisah Butan, terhibur dengan lawak jenaka dia.

Aku menarik nafas panjang.

Bunyi perut yang berkeroncong mengganggu emosiku ketika ini. Keluhan kasar aku lepaskan.

Ke mana saja Abang Akmal ni. Sudah dua hari dia tidak datang ke sini. Dia tak nak datang itu dia punya pasal, yang menjadi masalahnya dia keluar dengan kunci kereta aku sekali dia bawa. Sudahnya aku kebuluran di rumah. Bayangkan saja segala makanan basah di rumah aku ini sudah habis, bahkan mee segera pun tidak ada.

Dari kelmarin lagi aku wasap dan call dia. Namun semua panggilanku tidak dijawab. Aku hanya makan biskut kering dengan milo saja. Aku ni perut melayu, mesti nak makannya nasi. Tapi apakan daya hanya itu yang tinggal di rumahku ketika ini.

Sudahnya keluar tiada khabar berita, ini membuat aku jadi susah hati.

Puas ambil angin di luar aku masuk ke dalam rumah. Tiada apa yang aku lakukan hanya santai menonton televisyen di ruang tamu. Selepas tengok drama aku tengok sport pula. Sampai bosan sudah aku ni.

Bunyi enjin kereta memasuki halaman rumah membuatkan aku terbangun dan ke pintu utama.

"Abang!" Aku tiba-tiba jadi bersemangat. Mana tahu dia bawa balik makanan.

Sepertinya dia baru balik dari pejabat. Dengan pakaian formalnya dia itu menguatkan lagi firasatku.

Tetapi mood aku jadi down bila aku tengok dia pulang dengan tangan kosong.

Aku usap-usap perutku.

"Sayang sorry! Abang ada emergency case kelmarin, tak sempat balik rumah."

Dia mendekati aku dan mencium forehead ku.

"Okey!" Jawabku sepatah.

Aku mengikuti langkahnya ke ruang tamu.

Dia masih sibuk dengan telefon bimbitnya.

Aku lapar. Badan aku sudah menggigil-gigil ini. Aku berdiri di depannya yang sedang duduk di sofa. Masih lagi dengan telefon bimbitnya.

"Abang!" Aku panggilnya.

"Iya sayang."

Menyahut tapi masih lagi fokus pada telefon dia.

"Abang! Kunci kereta Hanan dekat mana?"

"Ada dengan abang, sekejap sayang." Apa yang penting sangat dekat telefon tu.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now